Sunday, August 14, 2011

Wanita



Assalamualaikum.....
Ramai yang cakap susah jadi wanita Islam, lihat saja peraturan di bawah:



  • Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
  • Wanita perlu meminta izin suami jika nak keluar dari rumah tetapi lelaki tidak perlu melakukan begitu.
  • Wanita saksinya kurang daripada lelaki.
  • Wanita menerima wasiat kurang daripada lelaki.
  • Wanita perlu menanggung kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
  • Wanita wajib taat pada suami tetapi lelaki tidak perlu taat pada isteri.
  • Talak terletak ditangan suami bukan isteri.
  • Wanita kurang ibadahnya kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan bersepah. Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

  • Wanita perlu taat pada suaminya tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3x lebih utama dari bapanya. Bukankah ibunya seorang WANITA?
  • Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki perlu menggunakannya untuk isteri dan anak-anak.
  • Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh kejadian Allah di muka bumi ini dan matinya kerana melahirkan adalah syahid.
  • Di akhirat kelak, seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita; ibunya, isterinya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki; suaminya, ayahnya, abangnya, dan anak lelakinya.
  • Seorang lelaki perlu berjihad fisabilillah, tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya akan menerima pahala seperti orang yang pergi berperang tanpa perlu mengangkat senjata.
"Wanita solehah cahaya rumah tangga"

2 comments:

nuruhuda_329 said...

heyy nice entri dear...dtg jenguk kamoo comel belog ^-^

Nakemah San said...

tengs ya :) i'll keep it up.