- Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
- Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
- Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel - sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.
- Penggunaan gula berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
- Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
- Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak, tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel - sel otak kita mati.
- Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
- Membiarkan otak bekerja semasa kita berada dalam keadaan kurang sihat - Bekerja seamasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel - sel otak.
- Kurang berimaginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
- Jarang berfikir - Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan otak kita.
Sayangi otak anda =)
0 comments:
Post a Comment