Monday, August 27, 2012

Bateri Henpon!

bateri nye dah ngok ngek. nak beli baru mahal. ada duet nanty i belikn u battery baru key :)
Annyong semua...
aku sedang mencari info tentang bateri henfon n nilah hasilnya. 
kongsilah sesama kite key. 
korang akn baca 3 jenis penulisan yg berbeza sebab aku copy paste je =)
hahha.. jgn marah kpd yg empunya entry asal key. niat nak sharing jer.

ni yg 1st one:
Bateri handphone kembung atau bengkak? 
Kebiasaannya jangka hayat bateri handphone yang berkualiti tinggi ialah setahun sehingga setahun setengah. Ini bergantung kepada cara penggunaan dan penjagaan bateri tersebut. Di bawah adalah tips supaya bateri handphone tahan lebih lama. 
  1. Off handphone semasa mengecas.
  2. Elakkan mengecas handphone sambil bermain game, mendengar lagu atau semasa bercakap.
  3. Jangan cas handphone terlalu lama(overcharge). Maksimum masa mengecas ialah 3 jam.
  4. Sebaik-baiknya pastikan bateri handphone sudah lemah baru cas semula.
  5. Jangan letak handphone anda di tempat panas seperti atas tv, dashboard, oven dan sebagainya.
Jaga bateri handphone anda!

ok, ni yang second one:
Entri tips.

Kali ini aku nak kongsikan tips penjagaan batery telefon. Aku tak pasti sama ada banyak atau tidak tips ini. Tapi ianya amat bermakna pada aku. Jadi, aku tak rasa tak salah untuk aku amalkan dan korang jugak (pada mereka yang belum tahu).

Jangan kata pula, mentang-mentang la aku baru mendapat telefon bimbit baru. Ala, korang pun boleh amalkan juga. Jom selamatkan bateri handphone anda.

Tips menjaga Battery:
-Cajlah battery handphone sampai benar-benar penuh.
Jangan cabut caj sebelum battery benar-benar penuh tau. Biar benar-benar penuh.

- Ada baiknya pengecajan dilakukan dalam keadaan mati/tak aktif.
Sangat bahaya melakukan pengecasan dalam keadaan hidup. Hal ini akan menyebabkan battery membengkak.

-Kalau caj tu, biarkan ia sendiri. Leave him alone.
Jangan nak gatai tangan tu nak main-main handphone bila dah caj. Ni bila caj la, sibuk nak tekan itu ini kat handphone tu. Kalau tak caj, tak ada pula nak tekan apa-apa. Potong jari tu kang.. Haha~

Bukan apa, kalau buat macam tu, akan memendekkan jangka hayat handphone kesayangan korang tu dan baterinya cepat down. Kalau nak rasa bateri cepat down, sila amalkan bila caj, pergi main handphone ye. Wakaka~

Tak pun, paling teruk meletup. Kan ada kes berdarah telinga dek kerana handphone meletup ketika menjawab panggilan, tengah caj. Ini berlaku di Perak.

-Paling selamat, cabut bateri dan caj luar. Hal ini akan membuatkan telefon dan bateri tahan lebih lama. Tapi aku tak suka macam ni, sebab tak dapat nak tengok handphone tu dan kena setting time balik. Haha~
-Sehari boleh caj sekali sahaja. Jangan caj banyak kali. Sebab handphone memang tersedia ada tempoh tersedia berapa lama seperti mesej berapa lama, berbual 5-6 jam, melayari internet 12 jam. Korang tak tau? Sila cek buku dalam kotak handphone korang tu.

-Ada juga yang mempercayai umur bateri standardnya bergantung kepada berapa kali jumpa caj. Seeloknya, caj bila bateri hampir-hampir habis, (bukan setengah ya) cajlah sampai penuh. Juga, jangan terlebih caj. Bateru akan lemah jugak. Hal ini kerana, apabila kerap dicaj, bateri akan semakin tua.

- Matikanlah fiture-fiture (perkakasan) yang tidak perlu/tidak digunakan.
Contohnya, Bluetooth, infra red, Wlan wi-fi,etc

- Jangan sering menhidup-mematikan handphone.
Ini biasanya bila geram pada seseorang. Berharap dia akan call tapi matikan handphone. Lepas tu gedik nak buka on balik. Bila tak dapat apa-apa respon dari dia, matikan balik. Hahaha~ Cepat mengaku sape yang buat?

Lain kali, kalau nak buat macam tu, tak payah off tapi cukuplah sekadar silentkan. Kan tak de pape bunyi jugak. Tak pun, tinggalkan handphone dalam sarung bantal. Ekeke~ petua terbaru ni. Lepas tu, kalau hilang, sendiri la bertanggung jawab k. Wahaha~

- Gunakanlah cajer (charger) original dari vendor handphone masing-masing.
Pastikan korang check dulu. Kalau Nokia tu pastikan ianya Zitron. Apa pun, pastikan ada kelulusan Sirim, ya. Kalau tak kang, tengah caj meletup pulak. Kan banyak kes tu dulu. Sekarang ni dah senyap pula.

- Jangan sering-sering chargering di kenderaan.
Masa mengisi bateri dalam kenderaan, kita menggunakan pemantik api sebagai sambungan.

Voltase pada kenderaan selalu tidak stabil, sehingga dapat mengakibatkan
tidak stabilnya arus masuk ke dalam bateri.

Jika umur bateri telah lebih dari enam bulan, selalu lah membersihkan pin dan Connector baterai dengan cotton bud atau
tissue.

- Pada pengaturan (setting) sensor cahaya (display sensor setting), pilih pengaturan minimal

- Gunakanlah aplikasi penghemat daya battery seperti smart battery saver, ion battery timer, barrety extender, etc.

Ia akan membuatkan bateri tahan lama. Bukannya akan menggunakan bateri. Nak kekalkan keadaan screen handphone anda tu la yang makan batery. Sila pasang screen saver ye.

- Jangan terlalu banyak memasukkan video porno, sebabnya bikin ketagihan dan hal ini menyebabkan battery cepat habis dan akhirnya harus dicaj ulang.

Padahal setiap handphone kebanyakan memiliki umur tertentu (sumber: syaifudinzuhri.com/tips-handphone/tips-merawat-batrei-hp.html), apalagi video seperti begini berdosa kalau ditonton

- Jauhkanlah dari jangkauan anak-anak dan pencuri
Kenapa, adakah  korang mahu handphone kesayangan tu rosak dan dicuri? Haha~


the last one! ni pulak some of the sebab kenapa bateri cepat habes :)
Mengaktifkan infra red
Infra red merupakan salah satu media bagi menghubungkan handphone dengan peranti lain. Ketika mengaktifkan infra red, tentunya tenaga bateri banyak terbuang untuk menjalankan proses tersebut.

Mengaktifkan EFR (Enhanced Full Rate)
Jika suara pada handphone kurang baik, fungsi EFR boleh diaktifkan. Tetapi untuk aktifkan volume handphone ia memerlukan kuasa yang lebih besar dari sebelumnya.

Game, MP3, Radio, Bluetooth
Ketika kita bermain game, bateri handphone mengeluarkan tenaga hampir sama seperti ketika kita sedang menelefon. Begitu juga ketika anda menjalankan fungsi lain seperti mendengar radio, menggunakan bluetooth dan juga MP3.

Nyalakan Backlight pada siang hari
Apa gunanya menyalakan lampu display pada siang hari. Jadi jika mahu bateri tahan lebih lama, anda matikan atau kurangkan kadar brightness backlight pada waktu siang dan nyalakan semula apabila waktu malam.

Menelefon dalam keadaan bergerak
Menerima atau membuat panggilan dalam kenderaan memerlukan tenaga yang tinggi. Ini kerana handphone berusaha untuk mencari signal dari BTS yang terdekat. Aktiviti inilah yang memakan tenaga bateri yang banyak. Apalagi jika anda menggunakan sambungan internet dalam keadaan bergerak.

Aktifkan fungsi vibrate
Fungsi vibrate memerlukan kuasa bateri yang besar, jika kuasanya kurang maka kadar getaran akan kurang atau tidak berfungsi.

Jalankan aktiviti berganda
Kini handphone boleh menjalankan aktiviti berganda, misalnya mendengar MP3 sambil bermain game atau mengirim mesej. Aktiviti berganda sebegini secara automatik akan memakan tenaga bateri yang lebih besar.

So, korang2 kat luar sana,
SAYANGILAH BATERI HENFON ANDA!
hehe.. bateri phone mahal tau! (bagi aku la)
dah bateri smart phone mahal sgt, aku beli la phone baru yg murah n tahan baterinyer.
smart tu simpan dulu, nanty aku belikn bateri baru.
sayang phone tu sebab abah yg belikan :)
ok, ni tepon baru yg harganya lebih murah dr bateri smart phone aku. 99 hengget je.
 same ngan hubby =) [mengade!] 

0 comments: