Wednesday, November 30, 2011

Tazkirah Hati :)

Setiap manusia pasti akan lalai pada satu ketika dari mengingati Allah.
Aku juga tak lari kealpaan itu. 
Memang sungguh zikrulmaut itu perlu ada dalam diri setiap hamba Allah,
untuk kita ingat yg hidup di dunia adalah sementara :)


Allah juga sentiasa menyuruh hambaNya sentiasa bertaubat kerana manusia juga tidak lekang dari melakukan kesilapan dan kesalahan sama ada pada diri sendiri, saudara seIslam dan sebagainya.
Hanya pada Allah kita pohon keampunan dan berusaha untuk tidak megulangi kesilapan yang sama :)


Allah telah menciptakan alam dengan 1001 penuh dengan hikmah dan nikmat.
Mata sendiri tak mampu untuk mentafsirkan kaindahan dan kebesaran ciptaan Tuhan.
Ingatlah yang kita punya lagi satu mata, iaitu MATA HATI :)
Gunakanlah dengan sebaiknya :)


Hati adalah ibu kepada segala penyakit.
Ubatilah hati, maka badan pun InsyaAllah akan sehat :)


Jangan sampai jadik macam ni :)






Reactions:

2 comments:

conanaurora said...

Emah, jom sama2 ubati hati kita=)

Nakemah San said...

Moh ler kite :)