Sunday, July 31, 2011

Kegagahan Wanita


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:

  1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
  2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
  3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
  4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginannya.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Allah sentiasa di sisi kita =)



Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia...
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.


Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah sudah menghitung air matamu.


Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja...
Allah sedang menunggu bersama-samamu.


Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu...
Allah sentiasa berada di sampingmu.


Ketika kau fikir kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah mempunyai jawapannya.


Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah bersamamu untuk menenangkanmu.


Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu.


Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah telah pun memberkatimu.


Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah akan tersenyum kepadamu.


Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.


Oleh itu ingatlah bahawa di mana pun kau atau ke mana pun kau berada...
Allah akan mengetahui dan sentiasa berada di sampingmu. 

Wasiat Al-Qamah



Sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang yg ingin kita jadikan sahabat bolehlah kita contohi daripada wasiat yang diberikan oleh Al-Qamah kepada anaknya :


Katanya: "hai anak-anakku, jikalau engkau rasa perlu bersahabat dengan seseorang maka pilihlah yang mempunyai sifat-sifat ini iaitu :



  • Jikalau engkau melayaninya, ia suka melindungi
  • Jika engkau bersahabat dengannya, ia akan merupakan hiasan dirimu
  • Jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia suka mencukupi keperluanmu
  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, ia suka menghitung-hitungkan
  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, dan dianggap sangat berguna, sedangkan jikalau ia mengetahui tentang keburukan dirimu lalu ia suka menutupinya
  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, ia mula menyapamu dahulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, ia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu
  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapanmu dan bukan selalu mempercayainya sahaja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat, ia suka mengusahakannya dan jikalau engkau berselisih dengannya, ia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu."

Saturday, July 30, 2011

Senaskhah Al-Quran & Sebuah Kereta Sport



Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya. Lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama. Si ayah hanya tersenyum. Si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu menjadi miliknya.


Beberapa bulan berlalu, tertanya si anak, dengan berkat kesungguhannya....telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang. Hatinya berbunga keriangan. Suatu hari, si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya. Si ayah memuji anaknya sambil menyatakan betapa bangganya hati seorang bapa sepertinya dengan kejayaan si anak yang cukup cemerlang. Si anak tersenyum puas. Di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu.


Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik. Si anak terkesima. Sungguh!! Bukan itu yang kuhajatkan. Dengan hati yang berat, kotak itu bertukar tangan. Matanya terarah kepada riak wajah ayahnya yang tidak mennjukkan sebarang perubahan seolah2 xdapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya.




Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu. Penutup kotak dibuka. Apa makna semua ini? Sebuah Al-Quran kecil; comel dengan cover kulit, tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan. Si anak memandang ayahnya. Terasa dirinya dipermainkan. Amarahnya membuak, nafsu mudanya bergelojak.
"Ayah sengaja mempermainkan saya! Ayah bukannya xtahu betapa saya menyukai kereta tu. Bukannya ayah xmampu utk belikan! Sudah ayah! Bukan Al-Quran ini yg saya nak" katanya keras.
Al-Quran itu dihempaskan ke meja bacaan, si anak terus meninggalkan ayahnya tanpa memberi walau sesaat utk si ayah bersuara. Pakaiannya disumbatkan ke dalam beg. Lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya. Memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yang dimilikinya.


10 tahun berlalu.....
Si anak kini merupakan seorang yang berharta. Punyai syarikat sendiri dengan isteri yang cantik dan anak2 yg sehat. Cukup membahagiakan. Namun, hatinya tersentuh.


Sudah 10 tahun sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya. Sedang dia berkira2 sendiri, telefonnya berdering. Dari peguam ayahnya. Ayahnya meninggal duia semalam dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak. Si anak diminta pulang.


Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa, si anak pulang ke banglo ayahnya. memerhatikan banglo yang menyimpan 1001 nostalgia dalam hidup. Al-Quran yg dihempaskan di bilik bacaan ayahnya masih lagi setia berada di situ. Bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini. Perlahan-lahan langkahnya menuju ke situ. mengambil Al-Quran itu, membeleknya penuh keharuan. Tiba2, jatuh sesuatu dari Al-Quran. Segugus kunci.. di surat ternyata diselotepkan disitu.


Kunci itu segera dipungut. hatinya tertanya2. Nyata sekali di dalam sampul surat itu terdapat resit pembelian kereta idamannya dibeli pada hari konvokesyennya.


Dengan bayaran yang telah dilunaskan oleh si ayah, sepucuk warkah tulisan tangan orang yang mat dikenalinya selama ini. 
"hadiah teristimewa untuk putera kesayanganku" 
Air mata si anak menitis deras, hatinya bagai ditusuk sembilu. Penyesalan mula bertandang. namun, semuanya sudah terlambat.....


Sekadar renungan bersama, berapa banyak kita melupakan nikmat Allah hanya semata2 kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yang kita hajati??

Tuesday, July 19, 2011

Terima Kasih Sahabat =)

Pagi2 lagi aku terpanggil untuk check email. Aku terima sepucuk email dari seorang sahabat. Aku fikir, xsalah andai aku berkongsi isi kandungan email tersebut. Untuk perkongsian bersama2 teman yang lain.


Pada zaman dulu di Kufah, Iraq, terdapat seorang pemuda kacak yang sangat kuat beribadat dan kuat melawan hawa nafsu. Pada suatu hari dia bermusafir bersama kaumnya dan telah terpandang seorang wanita yang sangat cantik, lalu dia terpikat dan jatuh cinta kepada wanita tersebut. Wanita itu juga turut terpikat dengan pemuda itu. Kemudian, pemuda itu terus meminangnya, tetapi pinangannya ditolak kerana wanita sudah bertunang dengan sepupunya. Tetapi cinta mereka berdua telah membuak-buak sehingga menyiksa batin mereka, wanita itu terus mengirim surat kepada lelaki tersebut yang tertulis.


"Sesungguhnya aku telah mengetahui begitu mendalamnya cintamu padaku dan sesungguhnya aku juga teramat mencintaimu. Jika kamu setuju, aku akan menziarahi mu ataupun aku akan memudahkan kamu supaya kamu datang berjumpa dengan ku." Kemudian si lelaki itu membalas surat tersebut "Aku tidak memilih salah satu dari 2 pilihan ini. Aku takut azab pada hari kiamat yang agung sekiranya aku membuat maksiat kepada tuhan ku."(15: Al-Anam) aku takut api neraka yang tidak akan padam dan tidak akan hilang kepanasannya."

Apabila wanita itu mendapat kata-kata lelaki tersebut, dia menjawab "Aku merasakan dia memilih demikian kerana dia takut kepada Allah. Sepatutnya semua hamba perlu ada sifat takut kepada Allah kerana semua hamba adalah sama."

Kemudian wanita itu terus menjauhi pemuda itu dan beribadat bersungguh-sungguh. Walaupun begitu, cinta wanita itu tetap memuncak sehingga akhirnya dia mati kerana derita cintanya. Selepas wanita itu meninggal, pemuda itu menziarahi kuburnya, sambil berdoa dan menangis sehinggalah dia tertidur. Dalam tidurnya dia bermimpi bertemu wanita itu dalam keadaan yang amat baik sekali. Perempuan itu bertanya "Bagaimana dengan keadaan mu dan apa yang kamu buat setelah kematianku." Dan wanita itu melafazkan satu rangkap syair:

"Sebaik-baik cinta wahai permintaanku adalah cinta kepada mu, cinta mu membawa kepada kebaikan dan ihsan"

Lelaki itu bertanya "Apa yang engkau dapat sekarang?"

Wanita itu menjawab,"Mendapat nikmat dan kehidupan yg tidak akan hilang di dalam syurga yg kekal dan kerajaan yg tidak akan musnah"

Lelaki itu berkata "Ingatlah aku disana kerana aku tidak melupakanmu." wanita itu menjawab "Demi Allah aku tidak pernah melupakanmu dan aku telah meminta kepada Allah supaya kita dapat disatukan. Hendaklah kamu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ku." Lelaki itu bertanya "Bilakah aku boleh berjumpa dengan mu?"

Wanita itu menjawab "Engkau akan bertemu dengan ku tidak lama lagi."

Setelah tujuh hari pemuda itu pun meninggal dunia. Semoga Allah merahmatinya.

Rujukan:- Raudatul Muhibbin oleh syeikh Muhammad bin Abu bakar az-Zurie'.
-Ustaz Salman, www.akhisalman.blogspot.com"

Sambil membaca email ini, berguguran air mataku kerana aku tersentuh dengan kandungannya. Apa yang pernah ku lalui sebelum ini, biarlah ia menjadi pengajaran dan pedoman dalam hidupku. Aku akan mengambil iktibar dan semoga dapat menjadikan aku seorang yang lebih matang dalam mengharungi cabaran hidup ini.
Semoga hati ini terus kuat.

Ya Allah…
Engaku tahu hati-hati ini berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa dalam taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syari’at-Mu
Teguhkanlah ya Allah, ikatannya
Kekalkanlah cinta kasihnya
Tunjukilah jalan-jalannya
Penuhilah hati-hati tersebut dengan cahaya-Mu yang tidak pernah hilang
Lapangkanlah dada-dada kami dengan kelimpahan iman kepada-Mu
dan indahnya bertawakal kepada-Mu
Hidupkanlah hati ini dengan ma’rifat kepada-Mu
Matikanlah ia dalam syahid di jalan-Mu
Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong

Wednesday, July 13, 2011

Surat Untuk "Abang"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum.
Kehadapan abg(bakal suami ayg),
Syg tak tahu di mana lokasi abg sekarang, abg sihat ke tak, apa yg abg buat, dan apa2 lah mengenai abg.
Abg, kalau kita ada jodoh kat dunia ni, mungkin kita akan diijabkabulkan suatu hari nanti. Jika tidak, semoga kita bertemu diakhirat kelak hendaknya dan berbahagia selama-lamanya.
Abg, sayang pun tak tahu sapa abg sebenarnya. Yelah, mungkin kita pernah kenal selama sayang hidup 21 tahun  nie, ataupun kita belum berjumpa lagi. Jodoh kan kat tangan Tuhan, cepat atau lambat jer kan. 
Abang mesti tertanya-tanya kan kenapa sayang kirim surat ni kat abang. Sebab syg bosan la bang. Hehehe... Sekarang tengah cuti semester. Hari ahad ni syg nak gi daki gunung. Doakan syg selamat key =)
Org lain semua ada bf depan mata, syg ni xda sapa2 pon. Abg la, lambat sgt muncul dlm hdup syg. So, sayang tulis surat tok abg la. (dah macam org dulu2 kan) Kolot betul la bakal isteri mithali abg nie---perasan--- ^^,


Abang,
Abg nak tau x, syg selalu tertanya2, siapalah bakal suami syg ti. Yang dapat jg ayg, tegur ayg bila syg buat salah. Didik syg dengan didikan agama supaya lebih mantap. Didik anak2 kita supaya menjadi mujahid fi sabilillah. Abg nak tau, kdg2 syg nak sgt pakai balik tudung labuh macam sekolah menengah dulu. Tapi tahlah. Syg rasa cam xlayak jer. Syg rasa diri  syg ni cam jahat. Tahlah, tak tau nak ungkapkan caner.


Abang,
Sayang pernah terfikir. nanti kalau dah ada anak, syg nak berhenti kerja. Itupun bergantung kepada keadaan ekonomi keluarga kita. Kalau abg berkemampuan, syg berhenti. Sayang nak jaga anak2 kita sepenuh masa. Syg tanak org lain jg anak kita. Syg sendiri yg nak ajar anak2 kita mengaji, ulangkaji pelajaran, and semua2 la. Itupun kalau abg izinkanlah.


Abang, 
Semoga kita dapat saling bertolak ansur bila dah kawin nanti. Syg nak jadik isteri solehah. Syg nak dengar cakap abg. Yelah, syurga bagi seorang isteri kan dibawah tapak kaki suaminya kan. Kita sama2 perbaiki ilmu rohani kita. Hope sgt2 abg boleh didik ayg.


Abang,
Doakan sayang kuat tau sebelum kita diikat. Semoga hati ayg xmudah goyah. Hanya abg yg bertakhta di hati syg setelah ma && abah ayg. Oklah abg, ayg tak tau nak cakap apa dah. Ekceli bnyak jer nak citer. Bakal isteri abg ni bnyak mulut tau. Jgn terkejut plak ti. =) Ok, abg jg diri leklok. Jaga kesihatan. Ayg kurang sehat nie. Tapi xpa, ayang kene gak kuat coz nak gi daki gunung nie. =)


Sekian, wassalam.

Monday, July 11, 2011

Weird Shoes =)

Assalamaualaikum and selamat tengah hari semua =)
Entry yg lalu saya dah share tentang kek yang unik dan comel2 belaka. Kali nie ape kata kita menjengah kasut yang pelik2 tak penah nak dipakai orang. Memang gua salute ar dengan designer kasut2 nie. Memang kreatip tol.  Selama nie aku nie pakai kasut biasa jer. Ta penah terpikir pon nak pakai kasut pelik2 cam yg di bawah niey:

kalau hujan kasut korang xla basah =) 

kaki dalam kaki. yeeww.. geli aku. huhuhu...

ni memang sesuai la utk wanita sebg perlindungan diri kan =)


kasut paling lucah penah aku jumpa. haha

smart ar plak kasut niey kan.

sesuai giler utk lelaki buaya darat!! hahaha

buat yg suka makan =)

sweet sgt tau kasut niey!

seliper penyamaran. hehe...

Sekian saja perkongsian saya buat kali niey =) Kalau korang nak reka kasut yg lebih pelik dialu-alukan key ^^,

Sunday, July 10, 2011

Hope!


“To love is to risk not being loved in return. To hope is to risk pain. To try is to risk failure, but risk must be taken because the greatest hazard in life is to risk nothing.”

“May the love hidden deep inside your heart find the love waiting in your dreams. May the laughter that you find in your tomorrow wipe away the pain you find in your yesterdays.”

“Love comes to those who still hope even though they've been disappointed, to those who still believe even though they've been betrayed, to those who still love even though they've been hurt before.”

“Hope is the most exciting thing in life and if you honestly believe that love is out there, it will come. And even if it doesn't come straight away there is still that chance all through your life that it will.”

Saturday, July 9, 2011

Kek Unik =)

Konbanwa =) Sapa suker makan kek angkat idong!! heheh... Terdapat pelbagai bentuk dan jugak design kek kita boleh tgok kat luar sana kan. Macam2 bentuk, rasa, rupa dan sebagainya. Kek kebiasaannya akan dibeli untuk menjayakan sesuatu majlis. Contohnya birth celebration, annivisery, jamuan perpisahan, dan sebagainya. Jarang la plak org beli kek for lunch ker, or breakfast ker kan. To me, i xsuker makan kek yg over cream. Muacks! hehehe. Haruslah kan i suker choc cake! Setakat nie, kek yg sedap and fantastic from Secret Recipe la. Tu jer yg paling mampu or affordable pon. Tapi tu pon me dah rasa cam mahal gak. 


Straight to my tujuan for entry diz tyme is sharing the uniquness of the cake design! =) 


ini topping jer! bukan kek tau =)

alalalala... sweetnyer kek bertemakan garden kan..

aduh! ni kompom buat wedding kat dalam laut kan. eheh =)

OMG!! so sweett and look romantic kan diz cake!

uiii... cweeettt cgt2 kek nie =)

okies, yg nie muffin cake. chomel2 =)

ni pon topping cake gak. sesaper yg kawen ngan  asykar ley la.

again bertemakan laut =)

saper yg giler polka dots boley la tempah cake nie =)
Okeh, sekian. Credit to Hazliana coz ritu belanja aku secret recipe masa tetiber tak pasal ko mengidam nak makan kek. Ehehehe.. Credit to all my frens yg penah bg ku menjamah kek free2 jer =) But remember, jgn makan kek bnyak sgt coz it contains a lot of sugar!! ^^,

Monday, July 4, 2011

Sugar Gliders


Hello everyone! =)
Okay, do you know what kind of animal above? Kepada yang dah menonton Majalah 3 minggu lepas mesti tahu kan. Okeh, saya perkenalkan haiwan di atas namanya Sugar Gliders. OMG2!! Sangat kiut! Masa tengok dokumentari Majalah 3 pasal binatang nie tetiber terus teringat satu peristiwa yg berlaku masa kat campus suatu masa dulu.

Kemah: (Ternampak sorang boys bawak binatang nie atas bahu dier)---sangat tertarik dan terus mendekati lelaki tersebut walaupun tak kenal =) "Eh2, apa nie? chomellnyer!"
Unknown: Ni monyet.
Kemah: Eleh, nek membohong agak2 la kan. (Macam la aku nie bangang sgt tak tau monyet tu macam mana)
Tanpa mempedulikan loya buruknyer; "Nak pegang boleyh?"
Unknown: Peganglah =) (sambil tersenyum)---mungkin kelakar tengok gelagat aku waktu itu.
Kemah: Lembunya bulu dier! Dahlah comel plak tu! Dier xlari ker?
Unknown: Xla. Dia jinak.
Kemah: Okeh, tengs yer =) (Berlalu pergi dengan perasaan geram coz nak jugak menatang tu satu!)

Sumpah memang aku suka sangat Sugar Gliders nie coz teramat la comel dan manja! Sangat la sesuai untuk aku yg masih kesunyian nih. Hehehe... Sebagai peneman untuk menghiburkan hati. Give me one please!! Aper susah, beli jer la kan. Nak mintak2 plak. You know what? Harga dier beratus key! Aku xpunya kemampuan untuk membelinya dengan status aku sbg seorang student sekarang nie. Walau bagaimanapun, aku berazam untuk memilikinya suatu hari nanti. ^^,

Mungkin Sugar Gliders nie belum ramai yang tahu sebab asal dier bukan daripada Malaysia pun. Mereka2 nie berasal dari Australia and Indonesia. Mereka perlukan penjagaan yang rapi. Mandi pon xley sesuka hati nak mandikan. Takut diserang demam or selesema. Life dorang lebih kurang cam kelawar gak. Siang tido, malam aktif giler. Time malam mereka akan memburu serangga. hehe.. Untuk maklumat lanjut pasal Sugar Gliders nie boleh la Klik Sini and Sini or Sini pon boleyh =) Dan, untuk permulaan mengambil menatang nie sebagai teman korang, eloklah membelinya pada usia mereka 3 bulan. So nanty dorang akan anggap korang mummy or daddy dorang. haha. xderlah. Just kidding! 

Okeh, kalau rasa2 berkemampuan and minat serta yakin boleyh jaga dorang dengan baik, bolehlah dapatkan dorang di pasaran yg masih belum luas lagi. Try la search2 or googling2. Sekarang dah ramai peminat menatang nih. Cer tgok sini =) Dengan membela binatang ni kompom korang akan menjadi seorang yang lebih manja dan caring! hahahaha... Aku tayah ada pon memang dah semula jadi manja+caring. (yuck! puji diri kot)
Sugar Glider juga punya aksesori tau. Pouches, cage, tempat dorang maen and macam2 la. jenguk2 la sini, sini pon boleyh, or sini dan jugak sini =) Lebih senang jenguk jer blog pemilik sugar gliders yg masuk majalah 3 ritu =) banyak info pasal Sugar Gliders kat sini coz beliau membela 5 ekor Sugar Gliders dengan jayanya. 

Antara masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan Sugar Gliders adalah Obes! Ingat human jer ker obes? Dorang pon ada risk untuk obes tau. So, bawaklah dorang gi jogging. hehe.. Korang pon boleyh kurus sekali. Maen2 jer =) Korang kene la sediakan tempat untuk dorang exercise. Searh la kat kedai aksesori dorang. Mesti ada punya. Okeh, untuk kesekian kalinya, lau ada sapa2 nak hadiahkan aku Sugar Gliders, aku mengalu2 kan key =) hehehehehe.. Ti aku peluk cium korang (for ladies only! ^^,)