Tuesday, July 19, 2011

Terima Kasih Sahabat =)

Pagi2 lagi aku terpanggil untuk check email. Aku terima sepucuk email dari seorang sahabat. Aku fikir, xsalah andai aku berkongsi isi kandungan email tersebut. Untuk perkongsian bersama2 teman yang lain.


Pada zaman dulu di Kufah, Iraq, terdapat seorang pemuda kacak yang sangat kuat beribadat dan kuat melawan hawa nafsu. Pada suatu hari dia bermusafir bersama kaumnya dan telah terpandang seorang wanita yang sangat cantik, lalu dia terpikat dan jatuh cinta kepada wanita tersebut. Wanita itu juga turut terpikat dengan pemuda itu. Kemudian, pemuda itu terus meminangnya, tetapi pinangannya ditolak kerana wanita sudah bertunang dengan sepupunya. Tetapi cinta mereka berdua telah membuak-buak sehingga menyiksa batin mereka, wanita itu terus mengirim surat kepada lelaki tersebut yang tertulis.


"Sesungguhnya aku telah mengetahui begitu mendalamnya cintamu padaku dan sesungguhnya aku juga teramat mencintaimu. Jika kamu setuju, aku akan menziarahi mu ataupun aku akan memudahkan kamu supaya kamu datang berjumpa dengan ku." Kemudian si lelaki itu membalas surat tersebut "Aku tidak memilih salah satu dari 2 pilihan ini. Aku takut azab pada hari kiamat yang agung sekiranya aku membuat maksiat kepada tuhan ku."(15: Al-Anam) aku takut api neraka yang tidak akan padam dan tidak akan hilang kepanasannya."

Apabila wanita itu mendapat kata-kata lelaki tersebut, dia menjawab "Aku merasakan dia memilih demikian kerana dia takut kepada Allah. Sepatutnya semua hamba perlu ada sifat takut kepada Allah kerana semua hamba adalah sama."

Kemudian wanita itu terus menjauhi pemuda itu dan beribadat bersungguh-sungguh. Walaupun begitu, cinta wanita itu tetap memuncak sehingga akhirnya dia mati kerana derita cintanya. Selepas wanita itu meninggal, pemuda itu menziarahi kuburnya, sambil berdoa dan menangis sehinggalah dia tertidur. Dalam tidurnya dia bermimpi bertemu wanita itu dalam keadaan yang amat baik sekali. Perempuan itu bertanya "Bagaimana dengan keadaan mu dan apa yang kamu buat setelah kematianku." Dan wanita itu melafazkan satu rangkap syair:

"Sebaik-baik cinta wahai permintaanku adalah cinta kepada mu, cinta mu membawa kepada kebaikan dan ihsan"

Lelaki itu bertanya "Apa yang engkau dapat sekarang?"

Wanita itu menjawab,"Mendapat nikmat dan kehidupan yg tidak akan hilang di dalam syurga yg kekal dan kerajaan yg tidak akan musnah"

Lelaki itu berkata "Ingatlah aku disana kerana aku tidak melupakanmu." wanita itu menjawab "Demi Allah aku tidak pernah melupakanmu dan aku telah meminta kepada Allah supaya kita dapat disatukan. Hendaklah kamu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ku." Lelaki itu bertanya "Bilakah aku boleh berjumpa dengan mu?"

Wanita itu menjawab "Engkau akan bertemu dengan ku tidak lama lagi."

Setelah tujuh hari pemuda itu pun meninggal dunia. Semoga Allah merahmatinya.

Rujukan:- Raudatul Muhibbin oleh syeikh Muhammad bin Abu bakar az-Zurie'.
-Ustaz Salman, www.akhisalman.blogspot.com"

Sambil membaca email ini, berguguran air mataku kerana aku tersentuh dengan kandungannya. Apa yang pernah ku lalui sebelum ini, biarlah ia menjadi pengajaran dan pedoman dalam hidupku. Aku akan mengambil iktibar dan semoga dapat menjadikan aku seorang yang lebih matang dalam mengharungi cabaran hidup ini.
Semoga hati ini terus kuat.

Ya Allah…
Engaku tahu hati-hati ini berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa dalam taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syari’at-Mu
Teguhkanlah ya Allah, ikatannya
Kekalkanlah cinta kasihnya
Tunjukilah jalan-jalannya
Penuhilah hati-hati tersebut dengan cahaya-Mu yang tidak pernah hilang
Lapangkanlah dada-dada kami dengan kelimpahan iman kepada-Mu
dan indahnya bertawakal kepada-Mu
Hidupkanlah hati ini dengan ma’rifat kepada-Mu
Matikanlah ia dalam syahid di jalan-Mu
Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong

0 comments: