Wednesday, August 17, 2011

Tiga Cahaya di Hari Kiamat



Di hari kiamat, ada 3 cahaya yang berlainan:

  • Cahaya pertama seperti bintang-bintang
  • Cahaya kedua seperti bulan
  • Cahaya ketiga seperti matahari
Apabila ditanyakan apakah cahaya ini? Lalu dijawab:
 "Cahaya yg pertama ialah cahaya wajah2 manusia yg ketika di dunia ini, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya  mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air. Maka untuk menjadikan hati itu kembali bersinar banyakkan mengingati maut dan membaca al-Quran"
Reactions:

2 comments: