Innazzikra Tanfa'ul Mu'minin
(Sesungguhnya peringatan itu amat bermanfaat untuk orang mukmin)
Kalau entri yg lepas saya dah cerita sikit pasal wanita, kali ni nak kongsi sikit pasal jejaka. Atau bahasa manisnya buat kaum Adam :)
Sekadar untuk renungan kengkawan.....
Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara-perkara ini, sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum adam dan hawa dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-
- Lelaki bujang kene tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
- Lelaki berkahwin kene tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin, dan dosa anak lelaki yang belum baligh. Beratkan~
- Hukum menjelaskan yang anak lelaki kene bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya, kalau buat tak baik dosanya akan ditanggung oleh suaminya. Beratkan~
- Suami kene bagi nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggung seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa org perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah. Ini org lelaki kene tahu.
Wallahu'alam.....
"Barangsiapa yang mempunyai ilmu yang diamalkan dan diajarkan, maka dia mendapat gelaran seorang pembesar di alam langit."
---Nabi Isa a.s---
0 comments:
Post a Comment