Wednesday, August 3, 2011

Aku Hairan



Allah Taala berfirman :"Wahai sekalian manusia...aku hairan melihat orang yang meyakini kematian tetapi ia masih bergembira. Aku hairan melihat orang yang mempercayai hari hisab, tetapi ia masih terus mengumpul harta. Aku juga hairan melihat org yang meyakini akan masuk kubur tetapi ia masih tertawa. Aku hairan melihat orang yang meyakini hari akhirat, tetapi ia masih bersenang - lenang.


Aku hairan melihat org yg meyakini hidup di dunia dan segala bencananya tetapi ia masih tenteram bersamanya. Aku hairan melihat org yg alim dengan lidah tetapi jahil dengan hati. Aku hairan melihat org yg menyucikan dengan air, sedangkan hatinya tidak bersih. Aku hairan melihat org yg sibuk dengan aib dan cela org lain, tetapi ia melupakan aib dan cela dirinya sendiri, atau melihat orang yang tahu bahawa Allah sentiasa memperhatikan tingkah lakunya, tetapi ia terus membuat maksiat.


Begitu juga dengan org yg tahu bahawa;

  • maut itu dilalui seorang diri,
  • kubur itu dihuninya seorang diri,
  • dihisab seorang diri.
Tetapi... ia masih berjinak-jinak dengan manusia. Tidak ada Tuhan selain aku (Allah) sebenarnya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan RasulKu.

***Peringatan untuk diri sendiri dan perkongsian bersama...

---"Hawa, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini bisa menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan Ilahi. Jangan sesekali tangan ini juga menggoncang keimanan kaum Adam."---

0 comments: