Sunday, June 26, 2011

Sebuah Perjalanan

Latihan lanjutan PALAPES aku dah pun tamat semalam. Segala penat lelah, jerih perih kepayahan kemengantukan, kesengalan badan, dan bermacam2 rintangan yang ku hadapi kini sudah pun berakhir. Masalah jiwa yg melanda ketika ku sedang menjalani latihan, tengs to my dearest fren, coz sudi berkongsi and dengar luahan hati me. Tengs sgt2 ^^,


Sepanjang latihan, macam2 experience aku dapat. Syukur gak la even penatnyer tak terkata. Penat pon, bukan aku penat sorang2. Jurulatih and kawan2 aku pon penat sama. So, susah senag samer2 la kan. Sweett gitu. hehehe... Part paling best tyme latihan adalah lawatan. Selama 3 hari kitorang berjalan (naik bas tau, bukan jalan kaki). 1st day, kitorang gi Kluang, melawat IKEM(Institut Kejuruteraan Medan). Bnyak sangat benda aku blaja kat sini. Dpat naik bot tentera lagi. hehe. Peranan IKEM ekceli memang sangat besar lagi2 ketika berlakunya peperangan. Nak tahu lebih lanjut, googling yer. Takley bgtau bnyak2, rahsia negara. hehe..


Then, 2nd day kitorang gi 22 Komando kat Mersing. Kitorang masuk survival village komando and tgok persembahan dorang. Dapat makan monyet lagi. ura2 dorang la. haha.. saja nak bagi gempak... padahal kijang kot... BEST!! Sniper dorang, memang mantap la. Setelah aku mnyaksikan persembahan mereka, melihat latihan2 komando nie, aku tersedar yg actually, dorang sngat2 berjasa pada negara. Rakyat di luar sana ramai yang xmenyedari akan pengorbanan mereka memerah keringat dan membanting tulang untuk membuat persediaan mental dan fizikal. Mereka yg akan perthankan negara kita andai suatu masa nanti berlaku peperangan. Bukanlah mereka2 yg naik Mercedes ke, Unser ke, keje dok dalam air cond ker or aper2 la. So, naekkan gaji dorang!!!! hehehe...


Then, 3rd day gi TLDM kat Kuantan. Dapat naik KD Terengganu. Besar! 1st time la aku dapat naik KD nie. Teruja pon ada.  Ptg lak gi PULAMEK(Pusat Latihan Mekanize). Mesti korang tertanya2 apa ada kat sini kan? Hemm,, ada kete kebal and macam2 kenderaan untuk peperangan . Yang specialnya, kitorang dapat naek kete kebal!! hehe... Bergerak ok, bukan statik. Dapat jugak main simulasi bawak trak. Pengalaman yg best sgt!


Habis lawatan, latihan lanjutan aku pon berjalan seperti biasa. 3 hari terakhir sebelum habis latihan kitorang ada latihan pandu arah. Superb penat! Jalan kaki dengan membawa bag pack dan M16 dari dengkil (Jenderam) sampai UKM. Memang terbaik. Kitorang tak ikot jalan raya tau. Nama pon pandu arah kan. Kitorang dilepaskan dalam kumpulan, and dengan bekalan ilmu di dada, peta and kompas yg diberi, maka kami meredah bukit bukau, pencawang, paya, hutan,perkampungan and macam2 lah. Sampai jugak akhirnya!! hehehe.. Tahniah to all my ahli kumpulan. Korang memang the best! ^^,


Hari nie, cuci lambakan baju yg menimbun and ready untuk dicuci. half masuk washing machine, half tangan yg basuh.

Esok, pagi2 after subuh ready tok balik kg naik motor. Doakan selamat sampai key ^^, Miss my mum and dad already ~___~

p/s: gambar tyme latihan xdapat nak upload coz aku xda simpanan gambar. sume gambar2 kat kamera orang ~___~
Reactions:

2 comments:

.::lady_elxa::. said...

best nye dapat naek kete kebal..!!

-___-

selamat bercuti^^

Nakemah San said...

eheh. best! okaih. ko pon, selamat melancong! =)