Thursday, June 2, 2011

Permata Insan- 7th Day

Assalamualaikum and salam sejahtera ^^,
Aku bangun pagi rini dengan keadaan resah and tidur yg xlena malam tadi. Tidur disamping adikku jiha yang tak sehat. Hati diselubungi kebimbangan kerana risau kalau2 adik aku tak dapat menyertai lawatan ke planetarium hari nie. Kurasakan dahi dan badannya. Panas! Yup, masih panas seperti semalam tetapi suhunya rendah sidikit dari yang semalam. Aku ragu2, nak kejut atau tidak si Jiha nie. Kak Aminah masuk pada masa yang tepat. “Jiha dah ok belum?” “Belum lagi la kak, panas lagi. Caner ea?” Kak Aminah pon kejut Jiha and suruh si kecil itu mandi. Alhamdullah si pintar Jiha mempunyai semangat yg besar (cita2nya adalah menjadi angkasawan Negara ^^,)dan terus bangun untuk mandi dan menunaikan solat subuh.

Selepas sarapan pagi, ku beri Jiha makan ubat demam dengan harapan demamnya akan cepat sembuh. Kemudian, kami semua menanti bas dan adik2 kelihatan begitu exited sekali untuk pergi lawatan pada hari ini. Sangat bersemangat!!



 Dalam bas, semua tidur termasuklah kakak2 fasi sekali.Macam2 gaya ada. Hehehehe…..




Setibanya di planetarium, kanak2 kecil yg bijak pandai nie sangat bersemangat untuk masuk ke dalam. Tapi, kami terpaksa menunggu dalam setengah jam kerana kami tiba awal dan planetarium masih belum dibuka. Alhamdulillah, Jiha tak banyak ragam. Semangatnya kuat untuk menimba pengalaman dan ilmu di planetarium nie. Kami menghabiskan masa selama setengah hari di planetarium. Puas jugak la pusing2 kat cnie sambil menemankan adik2. Adik2 diberi kuiz berbentuk soalan untuk dijawab berdasarkan apa yg terdapat di dalam planetarium nie. Kami juga berkesempatan untuk menonton movie or tayangan la. Best! Aku yg dah boleh dikira dewasa nie pon still excited lagi. Hehe…










Sepulangnya di KK1, kami kene kemas untuk pindah bilik!! Huarghh!! Sian kat adik2. It’s ok, adik2 nie penyabar and even banyak bunyi, still buat apa yg kami suruh.  Tacing aku tgk adik2 nie. Lagi2 yg bertubuh kecil mengangkut bagasi besar. Aduh!! Kasihann.. bayangkan, kami kene pindah ke tingkat 3 dari tingkat 1, pastu kene pindah tingkat 2 plak. Tapi, dari tingkat 3 ke tingkat 2 aku pindah sendiri. Tak sanggup dah nak suruh adik2 nie angkat barang. Petang, kami main dengan adik2. Yela, kalau kat rumah aku tak berpeluang nak main camnie. Adik aku dah besar weyh, xley nak main manja2. (lau adik aku bacer nie mesti dier geli-hahaha)




Nota kaki:Ya Allah, lagi 3 hari jer aku dapat bersama ngan adik2. Hurm……Kak Nana sayang kamu semua ^^, (aku dapat nama baru)

2 comments:

Anonymous said...

weh cptnye, da 7th day dah~
nnti nak psah jgn nangis tau

Nakemah San said...

weh, aku ase aku nak nanges ar. tadi adik aku bgtau dier balik sok. patutnya dorang balik lusa. tapi dia ada hal. tu pon dah breair mata aku. jar!! caner nih!!