Tuesday, October 2, 2012

Jalan Yang Belum Pasti

Hampir 6 bulan aku bukan single. Dalam masa yang singkat ni lah aku belajar terlalu banyak perkara.
Menyayangi, disayangi, marah, kecewa, sedih, geram, cemburu, terkilan, gembira tak terkata, excited, and etc. Menyayangimu adalah sesuatu perkara yang paling membahagiakan dalam hidupku. Tapi ketahuilah, andai ku dapat memilikimu sebagai suamiku adalah sesuatu yang sangat dan terlalu menggembirakan dan membahagiakan dalam hidupku.
Sepanjang kita bersama, aku terlalu kerap menyakitimu. Cari pasal dan cari gaduh. Macam xpernah serik. Tapi bila aku dapat rasakan yang kamu marah, ianya amat menakutkan. Aku berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Tapi kini juga, ada sesuatu yang amat kurasai sangat. Sayangmu semakin surut. Tidak seperti dulu yang sering mengambil berat padaku. Tidak ku nafikan kebaikan terlalu banyak. Mungkin betul dan terbukti orang kata, benda baik sepatutnya dipercepatkan. Orang pun cakap, bercinta sebelum kahwin ni, xberapa nak elok. 
Aku sering berfikir apa yang akan terjadi sekiranya kita tiada jodoh. Siapalah kita manusia biasa yang tidak ketahui jalan takdir hidup kita yang ditentukan Allah sejak azali lagi. Apabila memikirkan tentang kehilangan mu juga sering menumpahkan air mataku. Tapi siapalah aku juga untuk memaksamu menikahi ku seawal yang mungkin. Aku pernah terbaca "perempuan yang minta untuk dinikahi bukanlah perempuan yang gatal" Aku hanya ingin memlihara diriku. Aku tahu, aku bukan perempuan yang cukup baik seperti perempuan2 lain. 
Seringkali ada sahaja mereka2 yang bercerita tentang kita. "kenapa dia pilih perempuan tu??!!" statement ni sangat menyakitkan hatiku. Mungkin engkau tidak dapat memahami apa yang ada dalam hatiku. Aku juga kadangkala  merasa kita seperti enggang dan pipit. Pipit yang kecil itulah aku. Yang terbangnya tidak setinggi enggang. Juga tidak se gah enggang. Yang punyai sayap lebar. Aku sedar aku tidak punyai apa. Harta, rupa, dan banyak lagi yang kau punyai. Jurang perbezaan ini sedikit sebanyak mengganggu keyakinan diriku untuk terus disayangi olehmu. 
Abang, tapi mengertilah, apa jua yang berlaku, aku masih menyayangimu dan sayangku padamu tak pernah berubah dari dulu lagi. Aku sering dan selalu berdoa dalam solatku Allah memanjangkan jodoh kita andai itu yang terbaik buat kita. Maafkanku kerana andai tidak pandai untuk berbicara di depanmu. 

0 comments: