Syaitan Laknatullah! |
Tadi malam waktu nak tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca ayat Kursi dan Qulhu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Quran. Sesungguhnya engkau tidak membuang-buang masa. Maka aku kencingi telingamu hingga kau pekak dari dunia.
Pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali! Engkau telah memnbuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang budiman. Janganlah engkau susah - susah bangun dan memendekkan tidurmu. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, seperti puteri kayangan.
Aku lihat engkau jarang - jarang mengambil wudhu'. Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu. Aku lihat engkau tak pernah baca Bismillah sebelum makan. Ini bagus, kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. Dan bila sudah kenyang, engkau tidak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini bagus juga, cukuplah engkau sendawa kuat - kuat seperti lembu.
Hai manusia yang kucintai,
Semalam ada peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen ataupun seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tak membazirkan rezekimu yang melimpah ruah yang diberi oleh Allah kepadamu. Engkau seorang yang jimat cermat. Biarlah rezekimu untuk kegunaan engkau seorang. Untuk menonton wayang, holiday di genting, dan membeli segala kemewahan dunia.
Aku lihat engkau bertemu sahabatmu, tidak mengucapkan salam. Engkau hanya mengucapkan "hi!". Ini bagus juga kerana engkau mengerti adat resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa inggeris. Tak perlu engkau belajar bahasa arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa. Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu engkau sangat budiman kepada kaumku.
Duhai manusia,
Jadilah sahabat karibku yang mengucapkan perkataan yang sia-sia, mengumpat malah mencipta persengketaan. Aduhai tubuh badanku yang segar sejak akhir-akhir ni, cukuplah NAFSU manusia sendiri yang menjadi penyambung tugasku... aku tidak perlu susah-susah menggoda pon jarumku berkesan sekali.
Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama....
Kita berpegangan tangan menuju neraka Jahannam.
Sahabatmu yang tercinta,
Iblis Laknatullah
"Ingatlah duhai manusia! Berpesan-pesanlah kamu sesama manusia. Sesungguhnya lupa itu adalah sifat lumrah bagi manusia. Syaitan tidak akan berputua asa untuk menyesatkan anak2 adam sehingga kiamat kelak."
0 comments:
Post a Comment