Thursday, February 17, 2011

ADIK


Aku cuma ada seorang adik. Usianya 4 tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, juz untuk mendapatkan sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambik 50sen daripada poket seluar abah. Petang tu, balik je dari sekolah-abah panggil kitorang. Dia suh kitorang berdiri kat tepi dinding. Aku menggeletar tengok rotan panjang sedepa kat tangan abah.

"Sapa amik duit abah?" 
Tanya abah macam singa lapo. Aku langsung tak berdaya nak bertentang mata ngan abah. Aku ngan adik diam jer.
"Baik, kalau tanak mengaku, dua2 abah rotan!" 
Sambung abah sambil angkat tangan untuk rotan aku. Tiba-tiba adik tangkap tangan abah dengan dua2 tangan dia and cakap,
"adik yang amik!" 
Belum sempat pon adik nak tarik nafas, hayunan silih berganti menghentam badan adik. Aku gamam, lidah kelu nak berkata-kata. Walau perit menahan sakit, setitis airmata adik tak tumpah. Setelah puas tengok adik terjelepuk kat lantai, abah merungut;
"dah belajar mencuri kat rumah sendiri! Apa lagi yang kamu dah buat yang akan malukan abah nanti?!"

Malam tu, emak ngan aku xlepas2 mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pon air matanya tak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku menangis semahunya. Aku kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera memujuk aku lalu berkata;
"Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu."
Aku menyesali diri sendiri coz tak mampu nak bela adik. 

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik kene rotan disebabkan aku still fresh dalam otak aku. Adik dapat tawaran blaja kat SBP(sekolah berasrama penuh) and aku plak dapat tawaran sambung blaja kat universiti. Malam tu, abah duduk kat bawah cahaya lampu minyak tanah dengan mak kat ruang tamu. Aku dengar abah cakap;
"Yah, dua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi, apalah maknanya bang..........."
Aku terdengar mak teresak-esak.
"Mana kita nak cari duit nak biayai pelajaran dorang?"
Time tu lah adik keluar dari bilik. Dia berdiri kat depan mak ngan abah. 
"Abah, adik tanak sekolah lagi"
Perlahan-lahan abah bangun, betulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah mak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg.......... Sebuah penampar hinggap kat pipi adik. Seperti biasa yang aku mampu lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni?! Kalau abah terpaksa mengemis sekalipun sebab persekolahan kamu, abah akan buat!"
"Orang lelaki kene sekolah, kalau tak, dia takkan dapat bawak keluarganya keluar daripada kemiskinan."
Aku pujuk adik ketika sapu minyak kat pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan, biarlah kakak jer yang berhenti."
Takda sapa yang sangka, dinihari tu adik xda kat bilik. Dia bawak sekali bebrapa helai baju lusuh yang dia ada. Kat atas pangkin tempat selalu dia tidur ada notes..........
"Kak, untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Adik kerja dan akan kirimkan duit untuk akak."
Apalagi yang saya tahu selain menangis dan meraung. Abah termenung, jelas dia cukup kecewa. Emak hanya mampu gunakan air mata untuk memujuk abah.

Satu petang tyme kat asrama, room8 aku cakap;
"ada dak laki kampung tunggu ko kat luar"
"Budak kampung?" aku tertanya- tanya dalam hati.
Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan baju comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
"larr, kenapa cakap orang kampung? cakaplah adik yg datang" 
Sambil tersenyum adik menjawab,
"Kakak, tengoklah baju adik ni. Nanti apa plak kawan2 akak cakap kalau diorang tahu ni adik akak."
Jantung aku terhenti berdegup seketika. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen yang ada kat baju adik. Dalam antara dengar dan tidak, aku bersuara,
"Akak tak peduli apa orang nak kata."
Dari kocek seluarnya adik keluarkan sepit rambut kupu-kupu. Dia pakaikan kat rambut aku sambil berkata,
"Kak, adik tengok ramai perempuan yang pakai sepit macam ni. Adik belikan la satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku peluk adik dan dadanya dibasahi air mata aku yang tak dapat ditahan-tahan.

Habis sem, aku balik ke kampung sementara tunggu konvokesyen. Aku tengok tingkat dan dinding rumah bersih. Tak macam selalu.
"Mak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut kakak balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia balik semalam. Habis tangannya luka-luka." 
Aku menerpa ke biliknya.
Manis senyuman adik. Kami berdakapan.
"Sakit ker?"
Aku tanya sambil tengok luka-luka kat tangan adik.
"Tak... Kak tahu, masa kerja jadik buruh kontrak, kerikil ngan serpihan simen jatuh macam hujan jer kat badan nie. Sakit tu dah biasa kak.. alah dah." 
Aku cukup terharu dengan pengobanan adik.
Aku berkahwin ketikausia aku 27 tahun. Suamiku yang juga seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus pada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik xda pelajaran. Biar je lah adik keje dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak sekolah pon sebab akak." Aku berusaha pujuk adik.
"Kenapa sebut kisah lama kak?" 
Katanya ringkas. Adik terus tinggal di kampung dan keje as petani setelah ketiadaan abah. 

Pada majlis perkahwinannya dengan gadis sekampung, juruacara majlis bertanya.
"Siapakah orang yang paling anda sayangi?" 
Spontan adik menjawab.
"Selain emak, kakak saya...." 
katanya lantas menceritakan suatu kisah yang tidak kuingati.

"Semasa sama-sama sekolah rendah, setiap hari kamu berjalan kaki ke sekolah. Satu hari, tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya berjalan memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan berikan pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah, saya tengok kaki kakak berdarah disbabkan tertikam tunggul dan calar - balar. Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak. Saya berjanji akan jaga dia sampai bila-bila."

Sebaik saja adik habis bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik bersungguh-sungguh sambil mengalirkan air mata yang tak dapat dibendung lagi.

(Hargailah nikmat adik beradik)



Posted on by Nakemah San | 1 comment

1 comments:

attholib said...

uh.. bergenang airmataku membaca kisah ini.... Jagalah adikmu baik2..