Tuesday, September 21, 2010

cukup ilmu tak??


semalam aku terpana + tersentak + terkaku jap~ tetiba ada orang telah mengutarakan soklan nie pada aku.....

"apa maksud.....ISLAM?"

tak penah2 ada orang tanya aku soalan camni..... and tak penah aku terfikir apa apa nak jawab lau ada orang tanya kat aku~ dengan tenang aku pon menjawab.....

"Islam mengandungi 3 perkara utama iaitu tauhid, akidah dan akhlak. tauhid merangkumi keimanan dan kepercayaan kita pada Allah. mengEsakan Allah dan bukan menyekutannya....."

bla bla bla... aku jawab lah apa yg aku tahu dengan sedikit ilmu yg aku pelajari selama 20 tahun aku hidup.

apa yg aku nak bgtau kat sini, aku TERsedar yg ilmu aku xcukup lagi.. memang sangat sedikit lau dibandingkan dengan ilmu Allah yg sangat banyak bahkan lebih banyak jika diukur dengan seluas laut sekalipun.. Subhanallah~ ustaz aku penah cakap yg ilmu fardhu ain tu ada 3 cabang utama:
  1. ilmu tauhid-mengEsakan Allah
  2. ilmu fiqh-fiqh ibadah + fiqh munakahat
  3. ilmu tazkiyyatun nafs-memperbaiki diri kepada yg lebih baik
so, aku nak ajak korang jomlah kita sama2 memperbaiki diri dan carik ilmu agama sebanyak yg mungkin and semampu yg kita boleh selagi dikurniakan nikmat sehat nie~ Islam itu Indah~ selalu kita dengar ungkapan nie kan. tapi, lau xdapat nak menghayatinya pon xguna jugak~

btw, semoga kita semua sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah daripadaNya~ amin..... ^_^

0 comments: