Thursday, December 6, 2012

Titik Noktah.


Andai aku masih bersama dia, genaplah 8 bulan kami. haha. tapi dah hampir sebulan aku bergelar single. so, hari ni memang tiada apa-apa makna dalam hidup aku. semoga kehidupan aku berjalan dengan baik hari ni InsyaAllah.
aku masih dalam proses memperbaiki diri. aku akui, dalam tempoh hampir sebulan nie, banyak kali jugak la aku ingin berbalik kepada dia. hampir setiap hari air mata aku ni tumpah memikirkan dia. dahsyat betul "cinta" nie. aku pun sebenarnya xfaham apa itu cinta. orang memang cakap aku "bodoh la ko ni, nanges sebab lelaki yang bukan suami kau lagi. belum tentu pun dia tu suami kau!" haha. tapi itulah aku. aku xcukup kuat. air mata ni dah jadi sahabat baik dan akrab aku dari dulu lagi. lepas aku nangis memang aku akan lega. tapi sampai bila aku nak nanges tiap hari fikir benda yang sama? come on kemah!

untuk berpisah, aku yang membuat keputusan. aku yang mintak. memang kadang2 aku menyesal. tapi, yakinlah yang setiap kejadian mesti ada hikmahnya. Allah mesti nak tunjukkan sesuatu. Allah dah bagi aku rasa pengalaman bercinta. Allah bagi aku rasa peritnya putus cinta. Allah nak aku tahu, mencintai seorang yang bukan muhrim itu memang salah. 
Semoga Allah memberi aku peluang untuk memperbaiki diri. aku yang penuh dengan dosa. moga masih doberi kesempatan sebelum ditarik nyawa untuk bertaubat. untuk abg, aku doakan kejayaan dunia akhirat itu milikmu. semoga Allah sentiasa memelihara abg. 
Aku takkan pernah berhenti belajar untuk menjadi seorang yang kuat. aku masih menjadi harapan mak dan abah untuk berjaya dala hidup aku. keluarga aku masih perlukan aku sebagai tiang untuk berdiri tegap sebagai sandaran keluarga. jangan sampai aku terlupa akan tanggungjawab aku yang lebih besar itu Ya Allah Ya Karim. biarkanlah ini menjadi pengalaman yang aku boleh ambil iktibar dalam hidup aku Ya Allah.
terima kasih buat sahabat2 aku yang banyak terlalu amat memberi sokongan terhadap aku. xpernah jemu membangkitkan aku. Allah saja yang akan membalas semua tu. thanks sahabat! :)
Semoga Allah xmenarik balik hidayah dan petunjuk itu setelah diberikan kepada hambaNya. Amiin.
semoga kita semua dapat mati dijalan Allah dan tergolong dalam kalangan hambaNya yang soleh/solehah. =)

Reactions:

0 comments: