Wednesday, November 14, 2012

Hari Yang Diharamkan Berpuasa



"kriiiinngg!!!"
Seawal pagi lagi mak dah tepon. mak nak tahu hari nie, 1 Muharam nie, boleh puasa tak. Untuk perkongsian sahabat, hari yang diharamkan berpuasa adalah seperti berikut =)
Pertama : Diharamkan berpuasa pada hari raya Eidul Fitri dan hari raya Eidul Adha. Samada puasa sunat atau pun puasa wajib ataupun nazar . 
Kedua : Hari Tasyrik iaitu 11,12,13 Zulhijjah.

Ketiga : Puasa sunat pada hari Syak tanpa sebab ataupun berpuasa untuk ramadhan .

HARI SYAK ITU IALAH TIGA JENIS:- 
1. Hari yang manusia bercakap padanya telah kelihatan anak bulan tanpa membawa datang si penglihatnya .

2. Hari yang didakwa akan penyaksian anak bulan padanya oleh sesiapa yang tidak diterima penyaksian dan perakuan daripada mereka, seperti kanak-kanak, orang perempuan , orang fasik , hamba dan hari itu jatuh hari ke- 30 Syaaban .

3. Sekiranya kita yakin pada kebenaran dakwaan melihat anak bulan , maka wajib berpuasa , sekiranya membenarkan sahaja tanpa keyakinan maka haru berpuasa , kalau sekiranya syak pada kebenaran dakwaan tersebut maka haram berpuasa padanya.

0 comments: