Monday, January 9, 2012

Bulatan Gembira ^^,



Assalamualaikum and salam sejahtera =)
Okai, before baca entry nie mesti dah tengok tajuk dulu kan?
So far, penah dengar tak pasal Bulatan Gembira nie?
heeee...
mesti ramai yg dah tau kan. saya je yang ketinggalan zaman.
hurm.. bg yg tak tau, takpa. masih belum terlambat. 
okai, bulatan gembira ni juga dikenali sebagai usrah. apa itu usrah? 
jap ea, baca nie:
Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, (الأسرة ( yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili. Di dalam kamus al-Munjid Fi al- lughatu Wa al-A’lam adalah mufrad kepada (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.
Manakala dari segi istilahnya pula, usrah  bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud “ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).
untuk maklumat selanjutnya, try googling lagi yer :) 
selepas aku menonton video Osem yang telah ditayangkan, baru aku dapat istilah baru iaitu bulatan gembira... Ekceli, dah lama aku teringin nak join usrah lagi. last time kat matrik ja. kat u nie, selalu rasa diri ini tak layak nak join usrah. kolot nyer la hai pemikiran aku nie.. aishh... macam tu, sampai bila pun aku takkan berubah~ then, one day, bila class8 aku ajak usrah..........
wah!! Syukur Alhamdulillah sangat! =) seronok!! hopefully akan jadi realiti usrah kitorang yg baru nak start mulai sem depan. sekarang semua org busy ngan final exam. pastu dah cuti sem. semua org balik rumah kan...
saya yakin terlalu ramai bilangan mahasiswa yang join usrah nie. pada yang tak lagi, pun masih belum terlambat untuk join usrah =) menuntut ilmu nie xda batasan nyer kan. apatah lagi ianya sangat2 bagus untuk saling memperingati antara satu sama lain di samping mengeratkan ukhwah sesama muslimah =)
Reactions:

0 comments: