Wednesday, September 21, 2011

Suara Hati

Terkadang aku berfikir sendirian. Apakah aku perlukan perhatian dari seorang insan yg bergelar kekasih. Adakah aku xboleh hidup tanpa seorang insan yg istimewa dalam hidup aku. Bukankah aku punyai kawan-kawan di sisi yang boleh aku kongsikan masalah dan bergurau senda. Kenapa hati aku selalu memberontak inginkan dia?

Tanya sama hati kembali. Jantung aku akan berdegup kencang apabila berhadapan dengan dia. Nervous xtentu pasal. Kadang bila member aku mention je nama dia, mula la dup dap makin laju. Haisy.. Sungguh, aku xselesa dengan semua nie. Apa yg terjadi pada aku nie hanya akan membuatkan aku berharap dan terus berharap. Dari hari ke hari. Makin kuat perasaan ingin memiliki itu. Semakin kuat dan kuat. Adakah aku cukup sedar yang aku hanya akan membuat hati aku bertambah kecewa dan luka andai aku xmampu dan tidak ditakdirkan untuknya? Ingatlah kemah.....

Aku pernah terbaca wall sorang hamba nie. Lebih kurang la maknanya. "Kalau kita suka kan, seseorang tu, jgn beritahu si dia. Simpan je." So, that's apa yang aku lakukan sekarang. Aku xbgtahu pun. Aku takkan biarkan sejarah berulang untuk kali kedua. Cukuplah kecewa sekali kan :) Pedih..... Even relation aku time tu xla matang mana, and xderla sesedih mana kalau dibandingkan ngan sahabat2 lain yang pernah clash, tapi aku kesal. Aku sangat berharap yang pertama akan kekal. Tapi.....

Quotation popular pon penah cakap kan, "anda umpama epal yg berada di dahan yg tinggi. Hanya yg layak je mampu menggapai dan memetik anda. dan janganlah sesekali anda menjatuhkan diri anda sendiri kerana anda telah terpilih untuk menjadi epal yg bernilai." Lebih kurang macam tu la maksudnya. Well, kadang2 je quotation ni membantu aku menabahkan diri aku. But, aku always think, "Kemah, biler nak jadi budak baik nih?!!!"

Sampai satu masa kalau aku dah xtahan simpan sorang2, aku nangis jela. Itu je solusi aku yg aku fikirkan terbaik untuk diri aku. Jangan tak tahu, menangis juga merupakan satu terapi yg bagus untuk diri kita. Tapi jangan buat selalu ye. Tapi, sedarkah kamu wahai kemah, lebih baik kamu mengalirkan air mata yg disebabkan oleh terknenangnya kamu akan dosa-dosa yang lalu. Lalainya kamu dalam mengerjakan suruhanNya. Betapa alpanya kamu dalam mengingatiNya. Pernah kah kamu merenung kembali? Mungkin kadang-kadang.Tapi, ingatlah, tanpa kasih sayangNya, manakan kamu akan dapat kasih sayang yg tulus dari insan ciptaanNya kerana perasaan kasih insan itu juga datang dariNya :)

Jadi, Kemah..... Tabahkanlah hati kamu. Teruskanlah jihad kamu. Simpan "sesuatu" itu selama mana kamu mampu :)

2 comments:

conanaurora said...

jgn biarkan hati dilukai andai belum benar2 bersedia menghadapinya...

Nakemah San said...

nice advice ana :) mekaseh :)