Sunday, October 30, 2011

Seuntai Rasa




Apabila berbicara tentang remaja saja, kerapkali akan dikatkan dengan cinta.
Mengapa?
Mungkin pada usia remaja mereka mengalami fasa ingin disayangi, ingin diambil berat, 
dan semuanya lah ingin.
 Ya, aku akui, aku juga pernah merasai benda yang sama. 
Tapi, aku selalu, fikir, xboleh ke alam remaja yang aku sedang lalui ni tanpa rasa begitu?
Kalau me and the gang cherita pasal perasaan ni, memang kalau sepanjang perjalanan 
dari Perlis sampai ke Johor takkan habis punyalah. 
Untuk sedapkan hati, aku selalu bertanya pada diri aku sendiri.
Percaya pada jodoh Tuhan tak?
Bagi mereka yang beragama Islam haruslah akan menjawab "ya" kan?
So, kenapa nak pening2 nak bercinta lah, ape lah.
 Tak fikir ke, kalau putus cinta nanti akan sakit hati jer. 
Tiba-tiba ada satu suara mencelah "Dah perasaan tu datang sendiri, bukan saya yang mintak. 
Cinta tu kan fitrah"
Ya, memang. Aku tahu. Aku pun pernah bercinta.
 Aku pun pernah kecewa bercinta. Tapi tyme aku bercinta taklah kemaruk mana.
 Means xda pun nak keluar2 dating ke, gayut berejam-rejam ke dan sebagainyalah.




Apa yang aku perhatikan sepanjang aku menempuh jerih perit kehidupan ni,
 berdasarkan pengalaman kawan2 sekeliling,
 bercinta ni banyak deritanya daripada manisnya.
Kalau bahasa basi-basi nya, lagi banyak racun dari madu la.
 Ada yang sampai nak bunuh diri la. Nangis berbulan-bulan. 
Tak mahu makan lah. And macam macam lagi lah bentuk penyeksaan yang ada.
Aku bersyukur la aku tak pernah rasa semua tu. 
"Ya Allah, jauhkanlah aku dari semua perkara-perkara tu Ya Allah" Amiinn...


Okeh, ni satu bab aku nak share. Pernah dengar tak kawan makan kawan? 
Umpama ikan haruan yang makan anaknya sendiri la. 
Aisy.. Ape jenis manusia la ni kan. Seriau aku. Tade perasaan agaknyer.
 Biarlah mereka dengan dunia mereka.
 Doakanlah manusia jenis ni diberikan hidayah oleh Allah.
Kita sebagai hambaNya ni sentiasalah berusaha perbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih bagus
 sebagai bekalan untuk akhirat kelak :)

Okies, dah malas nak fikir bab tu. Aku ase, aku tunggu mak aku carikkan untuk aku jelah. 
Tayah la aku susah-susah nak fikir. 
Buat sakit otak je kan. 
Sampai masa, adalah. kalau xda and xsempat kat dunia ni, 
kat akhirat nanty InsyaAllah :)


Okies, life aku sekarang stable. Little bit tension coz dah nak start mid sem. 
Cuti pun ada latihan menembak lagi. 
Dengan sakit aku yang tak sembuh-sembuh lagi.
Tapi, always remember nakemah, every ujian yang Allah bagi, 
untuk mendekatkan lagi hablu minallah kite.
 Pengalaman hidup akan mematangkan kita.
 Always think positive and u'll be ok :)
Buat kamu-kamu di luar sana, bersabarlah di setiap ujian dan dugaan yang Allah bagi.
 Ujian tanda Allah sayang kat kita. 
Balas balik rasa sayang kita pada Allah dengan berusaha untuk menjadi Muslim/Muslimah yg solehah.
(Berkata-kata memanglah senang, tapi nak mengejakannya tu, masyaAllah) 
Takpe, Allah pun dah berfirman,
 "Siapa usaha lebih, dia akan dapat lebih" 
Be strong girl! :)

2 comments:

conanaurora said...

pasti ada yg t'baik utk emah...go go makemah san!

Nakemah San said...

mekaseh ana :)