Monday, August 22, 2011

Adam


Innazzikra Tanfa'ul Mu'minin
(Sesungguhnya peringatan itu amat bermanfaat untuk orang mukmin)



Kalau entri yg lepas saya dah cerita sikit pasal wanita, kali ni nak kongsi sikit pasal jejaka. Atau bahasa manisnya buat kaum Adam :)
Sekadar untuk renungan kengkawan.....


Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara-perkara ini, sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum adam dan hawa dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-

  • Lelaki bujang kene tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
  • Lelaki berkahwin kene tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin, dan dosa anak lelaki yang belum baligh. Beratkan~
  • Hukum menjelaskan yang anak lelaki kene bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya, kalau buat tak baik dosanya akan ditanggung oleh suaminya. Beratkan~
  • Suami kene bagi nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.  
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggung seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa org perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana  tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah. Ini org lelaki kene tahu.
Wallahu'alam.....

"Barangsiapa yang mempunyai ilmu yang diamalkan dan diajarkan, maka dia mendapat gelaran seorang pembesar di alam langit." 
---Nabi Isa a.s---

Sunday, August 21, 2011

28 Surah Amalan yg Ditakuti Iblis



Bolehlah kita sama2 amalkan surah2 di bawah nie utk kebaikan kita. Kongsilah dengan sahabat2 lain :)



  • Surah Al-Fatihah
  • Surah Al-Baqarah (1-4)
  • Ayat Kursi (ditambah satu ayat sebelum dan dua ayat sesudah)
  • Surah Al-Baqarah (284-286)
  • Surah Al-Imran (1-9)
  • Surah Al-Imran (18-19)
  • Suran An-Nisa' (115-121)
  • Surah Al-A'raf (54-55)
  • Surah Al-Mu'minin (115-118)
  • Surah Yasin (1-12)
  • Surah As-Saffat (1-10)
  • Surah Ghafir (1-3)
  • Surah Ar-Rahman (1-16)
  • Surah Al-Hasyr (21-24)
  • Surah Al-Hadid (1-16)
  • Surah Al-Jin (1-3)
  • Surah Az-Zalzalah
  • Surah Al-Qariah
  • Surah Al-Humazah
  • Surah Al-Fiil
  • Surah Al-Quraisy
  • Surah Al-Kafirun
  • Surah Al-Lahab
  • Surah Al-Ikhlas
  • Surah Al-Falaq
  • Surah An-Nas
  • Surah Al-A'raf (117-122)
  • Surah Yunus (81-82)
"Kalau besar yg dituntut dan mulia yg dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya."
---Imam Al-Ghazali---

Saturday, August 20, 2011

Sahabat



Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yg baik.


Kawan yg baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya,
Kawan yg baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya,
Sebaliknya kawan yg baiklah yg paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.


Kawan yg baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara buruk dan sia-sia.
Kawan yg baik adalah org yg selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.



Kawan yg baik adalah org pertama yg akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yg baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yg baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yg baik.
Kawan yg baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.


Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!! =)

Thursday, August 18, 2011

10 Sikap Agar hidup Tetap Bahagia



Tips2 yg boleh diamalkan untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih bersemangat dan bahagia :)

  • Janganlah bimbang! - Kebimbangan adalah penyebab aktiviti dan fikiran kita tidak produktif.
  • Jangan membiarkan ketakutan yg tidak beralasan menguasai hidupmu! - Kebanyakan sesuatu yg kita takutkan tak pernah terjadi.
  • Jangan menyimpan dendam! - Hal inilah yg paling besar dan menjadi penghalang seluruh hidup kita.
  • Selesaikan masalah satu per satu! - Hanya inilah cara menangani setiap persoalan, satu demi satu.
  • Semua masalah tak perlu dibawa tidur! - Hal tersebut buruk dan tidak sihat, biasakanlah tidur dengan nyaman dan nyenyak.
  • Jangan mencampuri masalah/urusan org lain! - Mereka memiliki cara tersendiri untuk menangani setiap masalahnya.
  • Jangan hidup pada kenangan silam! - Nikmatilah masa lalu sebagai kenangan, namun jgn bergantung padanya. Konsentrasilah hidupmu pada kejadian ketika ini dan anda akan bahagia sekarang, bukan hanya pada kenangan silam.
  • Jadilah pendengar yg baik! - Hanya saat menjadi pendengar seseorang mendapat dan belajar idea-idea baru yg berbeza dari org lain.
  • Jangan biarkan rasa kecewa merosak dan mengatur hidupmu! - Kasihanilah dirimu lebih dari segalanya. Aktiflah dengan kegiatan-kegiatan yang positif.
  • Hitunglah rahmat Allah! - Jangan pernah melupakan rahmat Allah yang kita terima sekecil apa pun. Semakin bnyak rahmat kecil yg kita kumpulkan, akan semakin bererti hidup kita. 
"Dunia ini umpama lautan luas, kita adalah kapal yg belayar di lautan yang telah banyak kapal karam di dalamnya, andai muatan kita adalah IMAN dan layarnya adalah TAQWA, nescaya kita akan selamat daripada karam di lautan hidup ini."

Wednesday, August 17, 2011

Tiga Cahaya di Hari Kiamat



Di hari kiamat, ada 3 cahaya yang berlainan:

  • Cahaya pertama seperti bintang-bintang
  • Cahaya kedua seperti bulan
  • Cahaya ketiga seperti matahari
Apabila ditanyakan apakah cahaya ini? Lalu dijawab:
 "Cahaya yg pertama ialah cahaya wajah2 manusia yg ketika di dunia ini, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya  mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air. Maka untuk menjadikan hati itu kembali bersinar banyakkan mengingati maut dan membaca al-Quran"

Tuesday, August 16, 2011

12 Barisan di Akhirat



Suatu ketika, Muaz bin Jabal RA mengadap Rasulullah SAW dan bertanya; "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT;


"Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris"(Surah An-Naba';18) 


Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab; "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri..." Maka ditanyakan apakah 12 barisan tersebut:-


BARISAN PERTAMA - Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah org2 yg sewaktunya hidup menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEDUA - Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah org yg sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KETIGA - Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala-jengking. "Mereka itu adalah org yg enggan membayar zakat, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEEMPAT - Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah org yg berdusta di dalam jual beli, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KELIMA - Diiringi dari kubur dengan bau busuk drpd bangkai. Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di padang mahsyar. "Mereka itu adalah org yg menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia  tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEENAM - Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah org yg menjadi saksi palsu, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KETUJUH - Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar darah dan nanah. "Mereka itu adalah org yg enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KELAPAN - Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kakai ke atas. "Mereka adalah org yg berbuat zina, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEMBILAN - Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru seementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu org yg makan harta anak yatim dgn cara yg tidak sebenarnya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEPULUH - Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah org yg derhaka kepada org tuanya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEBELAS - Diiringi dari kubur dgn berkeadaan buta mata - kepala,dan gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah org yg minum arak, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEDUA BELAS - Diiringi dari kubur dengan wajah yg bersinar-sinar laksana bulan pernama. Mereka melalaui titian siratul mustaqim seperti kilat. Maka datanglah suara Allah memaklumkan, "Mereka adalah org yg beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat 5 waktu, ketika meninggal dunia mereka sudah dalam keadaan bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga. Mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang Maha Pengasih..."




JIKA ENGKAU MAHUKAN KEMESRAAN DENGAN ALLAH, MAKA GARANGLAH TERHADAP DIRIMU SENDIRI. JIKA ENGKAU MERASAKAN MANISNYA BERHUBUNG DENGAN ALLLAH, TAHULAH ENGKAU BETAPA PERITNYA BERPISAH DENGANNYA.

Monday, August 15, 2011

3 Tanda



Wasiat Rasulullah kepada Syaidina Ali. Wahai Ali:


Bagi org yg JUJUR itu ada 3 tandanya:

  • Merahsiakan ibadahnya
  • Merahsiakan sedekahnya
  • Merahsiakn ujian yang menimpanya
Bagi org yg MUKMIN itu ada 3 tandanya:
  • Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
  • Tidak terpesona dengan pujuk rayu
  • Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia
Bagi org yg ALIM itu ada 3 tandanya:
  • Jujur dalam berkata-kata
  • Menjauhi segala yang haram
  • Merendahkan diri
Bagi org yg TAQWA itu ada 3 tandanya:
  • Takut berlaku dusta dan keji
  • Menjauhi kejahatan
  • Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman
Bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya:
  • Mengawasi dirinya
  • Menghisab dirinya
  • Memperbanyakkan ibadah kepada Allah

"Seseorang yg tiada mempunyai sebarang ayat (Al-Quran) pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong"