Monday, February 4, 2013

2nd Seoul Garden! =)

Assalamualaikum and hyep2 guys! =)
Long long time sangat x update blog. xda feeling nak menulis or sharing apa-apa.
Tahun lepas last entry bulan bape tah. hihhi (writer yang snagat teruk!)
ok, here, wanna share few pictures tyme my classmate buat makan2 a.k.a melantak kat
 seoul garden.
yang paling best makan free! haha..
 (duit kelas tu kire duit kitorang jugak sebenarnya!)
btw, the next step is lets the pictures tell the story :) 
and, btw, kitorang gi Seoul Garden kat IOI Mall, Puchong. 
Sama je tempat yang macam FIRST TIME aku pegi dulu :)
setibanya sampai di IOI Mall, amik gambar dulu! =)


btw, before jumpa Seoul Garden kitorang sesat2 dulu.. haha.. kasihan.. maklumlah, aku ni baru je 2nd time dtg IOI ~_~
oke, sampai2 wajiblah jugaknye amik snap dulu kan! :P
Btw, kitorang seramai 16 orang serbu beramai2 masuk dalam Seoul Garden nie, waitress dorang pon pening nak layan kitorang. wakaka~ So, kitorang menggunakan kad matrik and kad siswa utk bayar. So, dapatlah diskaun sikit. Total up semua sekali 500++ :P

this bestfren eat together and anah the tudung coklat one suke masak2! al  the pinky one waiting for the food! hehe ;P

the only three jejaka in our class... masak lah ekau sendiri!! xdo yo kami nak layan.. hihhi.. peace! =)



the other table :)
muka sweet tapi kuat makan boleh tahan! haha...



alollolo~

masak tanpa henti.. chaiyok!!



konyang dah! bye2 Seoul Garden! :)
Orait, finish then. Tapi trip yang kali nie aku perasan makanan kurang dari yang aku pernah pegi dulu. Dulu jenis2 mee korean dia banyak. And, yang x bestnye, xley nak amik gambar foods dier! cess! 
Baru nak tolong pomote ;P 
Well then, will miss u all guys! Meet again after intern okey! :) (insyaAllah)
Sekian, wassalam.
Adios~


Thursday, December 6, 2012

Titik Noktah.


Andai aku masih bersama dia, genaplah 8 bulan kami. haha. tapi dah hampir sebulan aku bergelar single. so, hari ni memang tiada apa-apa makna dalam hidup aku. semoga kehidupan aku berjalan dengan baik hari ni InsyaAllah.
aku masih dalam proses memperbaiki diri. aku akui, dalam tempoh hampir sebulan nie, banyak kali jugak la aku ingin berbalik kepada dia. hampir setiap hari air mata aku ni tumpah memikirkan dia. dahsyat betul "cinta" nie. aku pun sebenarnya xfaham apa itu cinta. orang memang cakap aku "bodoh la ko ni, nanges sebab lelaki yang bukan suami kau lagi. belum tentu pun dia tu suami kau!" haha. tapi itulah aku. aku xcukup kuat. air mata ni dah jadi sahabat baik dan akrab aku dari dulu lagi. lepas aku nangis memang aku akan lega. tapi sampai bila aku nak nanges tiap hari fikir benda yang sama? come on kemah!

untuk berpisah, aku yang membuat keputusan. aku yang mintak. memang kadang2 aku menyesal. tapi, yakinlah yang setiap kejadian mesti ada hikmahnya. Allah mesti nak tunjukkan sesuatu. Allah dah bagi aku rasa pengalaman bercinta. Allah bagi aku rasa peritnya putus cinta. Allah nak aku tahu, mencintai seorang yang bukan muhrim itu memang salah. 
Semoga Allah memberi aku peluang untuk memperbaiki diri. aku yang penuh dengan dosa. moga masih doberi kesempatan sebelum ditarik nyawa untuk bertaubat. untuk abg, aku doakan kejayaan dunia akhirat itu milikmu. semoga Allah sentiasa memelihara abg. 
Aku takkan pernah berhenti belajar untuk menjadi seorang yang kuat. aku masih menjadi harapan mak dan abah untuk berjaya dala hidup aku. keluarga aku masih perlukan aku sebagai tiang untuk berdiri tegap sebagai sandaran keluarga. jangan sampai aku terlupa akan tanggungjawab aku yang lebih besar itu Ya Allah Ya Karim. biarkanlah ini menjadi pengalaman yang aku boleh ambil iktibar dalam hidup aku Ya Allah.
terima kasih buat sahabat2 aku yang banyak terlalu amat memberi sokongan terhadap aku. xpernah jemu membangkitkan aku. Allah saja yang akan membalas semua tu. thanks sahabat! :)
Semoga Allah xmenarik balik hidayah dan petunjuk itu setelah diberikan kepada hambaNya. Amiin.
semoga kita semua dapat mati dijalan Allah dan tergolong dalam kalangan hambaNya yang soleh/solehah. =)

Posted on by Nakemah San | 1 comment

Wednesday, November 14, 2012

Hari Yang Diharamkan Berpuasa



"kriiiinngg!!!"
Seawal pagi lagi mak dah tepon. mak nak tahu hari nie, 1 Muharam nie, boleh puasa tak. Untuk perkongsian sahabat, hari yang diharamkan berpuasa adalah seperti berikut =)
Pertama : Diharamkan berpuasa pada hari raya Eidul Fitri dan hari raya Eidul Adha. Samada puasa sunat atau pun puasa wajib ataupun nazar . 
Kedua : Hari Tasyrik iaitu 11,12,13 Zulhijjah.

Ketiga : Puasa sunat pada hari Syak tanpa sebab ataupun berpuasa untuk ramadhan .

HARI SYAK ITU IALAH TIGA JENIS:- 
1. Hari yang manusia bercakap padanya telah kelihatan anak bulan tanpa membawa datang si penglihatnya .

2. Hari yang didakwa akan penyaksian anak bulan padanya oleh sesiapa yang tidak diterima penyaksian dan perakuan daripada mereka, seperti kanak-kanak, orang perempuan , orang fasik , hamba dan hari itu jatuh hari ke- 30 Syaaban .

3. Sekiranya kita yakin pada kebenaran dakwaan melihat anak bulan , maka wajib berpuasa , sekiranya membenarkan sahaja tanpa keyakinan maka haru berpuasa , kalau sekiranya syak pada kebenaran dakwaan tersebut maka haram berpuasa padanya.

Saturday, November 10, 2012

Hakikatnya ~_~

Terlalu menyedihkan apabila kita menemui seseorang dan mencintainya, dan kemudian kita menyedari bahawa dia bukanlah jodoh kita, kita mensia-siakan hari demi hari untuk seseorang yang tidak untuk kita. jika hari ini dia bukan untuk kita, sememangnya hatta 10 tahun lagi pun, dia tetap bukan untuk kita...terimalah, lepaskan dia pergi.

Sunday, October 7, 2012

Untungnya Aku

Many people said that,"untung nya kau dapat dia!" hahha. Yes, syukur Alhamdulillah. Memang aku bersyukur and aku rasa beruntung sangat2! He's kind, he's nice, he's smart, he's clever, he's handsome, he's  .......................................... banyak lagi yang spesel about him. Yes, and this things almost make me myself runtuh keyakinan diri kadangkala. Even sometimes still bangga. Nandre? Wwheeaa? Why? Because people keep talking and mumbling about us. Enough!! I beg for those keep jealous on me and xpuas hati towards me. Thanx to Kak Jaz yang sentiasa memberi sokongan to me. I really appreciate it kak =) Sometimes don't know to who aku nak bercerita. Aku rasa pun aku rimas ngan diri aku sendiri. Fokus! Stay focus on your study. Don't think about it anymore.Let the time decide. Just follow the path. Allah have decide it. Just do ur best what comes to you. You don't know nothing in the future. Kuatkan your semangat oke Kemah! Bbasya! Fighting! ^_^

Thursday, October 4, 2012

Terima Kasih Awak =)

Firstly, mekaseh abang belanja makan tadi :)
This week kita membawa haluan masing2. Me balik rumah and abang go to hiking. Yeah, even though sangat jeles sebab tak dapat ikut, tapi its ok. You pernah said that, "family first". lagipun dah lama sangat tak balik rumah. (xda la lama sangat mana pon) tapi mak keep going tanya, bila nak balik. and lagipun jugak, balik ni nak celebrate birthday mak. adik ngan abang pun balik jugak. if i je yang xbalik, mesti mak merajuk nanti. and, gi daki gunung tu hati2 key. (lupa pulak kamu tu dah expert) haha. 
btw, thanx a lot sebab kadang2 abang selalu membuka minda me untuk terus berfikir jauh dan matang. (oh, susahnya nak jadi matang macam kamu!) so, i will keep going belajar dengan sungguh2 and cepat2 jadi matang key. me nak fokus and kuatkan semangat untuk if something happen in future. i must trust Allah 200% so that tak terlalu kecewa. i serahkan semuanya pada Allah. Dia yang menentukan rezeki dan jalan hidup kita. and... bersyukur sangat2 dapat mengenali kamu becoz dapat belajar and tahu banyaaakkkk benda. thanx alot! :) ok then, don't know what to say anymore. please take care of yourself. Semoga Allah memelihara kita :) 
Posted on by Nakemah San | 2 comments

Tuesday, October 2, 2012

Jalan Yang Belum Pasti

Hampir 6 bulan aku bukan single. Dalam masa yang singkat ni lah aku belajar terlalu banyak perkara.
Menyayangi, disayangi, marah, kecewa, sedih, geram, cemburu, terkilan, gembira tak terkata, excited, and etc. Menyayangimu adalah sesuatu perkara yang paling membahagiakan dalam hidupku. Tapi ketahuilah, andai ku dapat memilikimu sebagai suamiku adalah sesuatu yang sangat dan terlalu menggembirakan dan membahagiakan dalam hidupku.
Sepanjang kita bersama, aku terlalu kerap menyakitimu. Cari pasal dan cari gaduh. Macam xpernah serik. Tapi bila aku dapat rasakan yang kamu marah, ianya amat menakutkan. Aku berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Tapi kini juga, ada sesuatu yang amat kurasai sangat. Sayangmu semakin surut. Tidak seperti dulu yang sering mengambil berat padaku. Tidak ku nafikan kebaikan terlalu banyak. Mungkin betul dan terbukti orang kata, benda baik sepatutnya dipercepatkan. Orang pun cakap, bercinta sebelum kahwin ni, xberapa nak elok. 
Aku sering berfikir apa yang akan terjadi sekiranya kita tiada jodoh. Siapalah kita manusia biasa yang tidak ketahui jalan takdir hidup kita yang ditentukan Allah sejak azali lagi. Apabila memikirkan tentang kehilangan mu juga sering menumpahkan air mataku. Tapi siapalah aku juga untuk memaksamu menikahi ku seawal yang mungkin. Aku pernah terbaca "perempuan yang minta untuk dinikahi bukanlah perempuan yang gatal" Aku hanya ingin memlihara diriku. Aku tahu, aku bukan perempuan yang cukup baik seperti perempuan2 lain. 
Seringkali ada sahaja mereka2 yang bercerita tentang kita. "kenapa dia pilih perempuan tu??!!" statement ni sangat menyakitkan hatiku. Mungkin engkau tidak dapat memahami apa yang ada dalam hatiku. Aku juga kadangkala  merasa kita seperti enggang dan pipit. Pipit yang kecil itulah aku. Yang terbangnya tidak setinggi enggang. Juga tidak se gah enggang. Yang punyai sayap lebar. Aku sedar aku tidak punyai apa. Harta, rupa, dan banyak lagi yang kau punyai. Jurang perbezaan ini sedikit sebanyak mengganggu keyakinan diriku untuk terus disayangi olehmu. 
Abang, tapi mengertilah, apa jua yang berlaku, aku masih menyayangimu dan sayangku padamu tak pernah berubah dari dulu lagi. Aku sering dan selalu berdoa dalam solatku Allah memanjangkan jodoh kita andai itu yang terbaik buat kita. Maafkanku kerana andai tidak pandai untuk berbicara di depanmu.