Tanggal 17 July 2012 aku dengan rasminya bergelar Pegawai Muda. Alhamdulillah, setelah jerih perih 3 tahun hadap macam2, 3x annual camp, latihan menembak and latihan berterusan, terbayar jugak akhirnya. Palapes banyak ajar aku erti kesusahan. sampai satu tahap kalau tengah training tu, dalam hati sering berkata "bodohnya la aku, asal la aku masuk Palapes" haha.. tapi bila habis latihan jer.. fuhhh.. satu kepuasan yang tak tergambar coz puas hati kerana telah berjaya mengharungi latihan yg sangat2 exhausted and memenatkan tu. aku rasa kalau aku xjoin palapes ni, aku xkan dapat merasa macam2 benda. Yerla, korang pernah menembak guna peluru hidup? tak pernah kan? haha (gerek seyh) setakat M16 dah jadi mainan dah. kitorang pon blaja menembak and dapat merasa menembak guna senjata yg lebih besar dah hebat such as M203 and GPMG. Kenangan dari junior sampailah dah tauliah ni, tak habis2 kalau nak diceritakan. Tyme junior dulu, duduk hutan sampai 2 minggu xkeluar2. bila balik jer, macam org batak tengok jalan raya, tengok traffic light, kedai. haha.. serius klakar.. Intermediate pulak, kene dengar ceramah dari pukul 10 malam sampai 4 pagi sambil kene buat macam2. komando rest lah, skuad jump lah.. dahla tyme tu hujan renyai2.. memang berbakul2 jurulatih tu kene maki ngan aku dalam hati.. ish2.. xbaik tol.. haha.. Senior yang paling tak boleh blah, kene gali kubu. dapat plak buddy kubu yang "terbaik". memang terbaiklah.. Pengunduran memang takkan ku lupakan sampai bila2. Terjelepuk aku jatuh, menangis then barulah bangun balik.. haha.. hayun je kaki sambil mengalir2 air mata.. haiihh.. Really miss that moment.. Seriously after this, aku akan rindu kenangan2 bersama geng2 Palapes. Yang bestnye, batch aku adalah pioneer untuk Palapes USIM :) wee.. Oryte lah, bila dah ada anak nanty pun aku akan fikir twice utk bg dia masuk Palapes. haha.. If lelaki, aku takkan larang, if perempuan, tengok setabah mana hati dia. Adakah macam mama dia? haha.. Btw, memories in Palapes takkan aku lupakan and will be tersimpan semart dalam hati nieyh :)
with ma and abah :) |
0 comments:
Post a Comment