Monday, December 5, 2011

Hari Asyura


Assalamualaikum semua :)
Sepertimana yang kita tahu, esok adalah hari selasa, 6hb bersamaan 10 Muharram.
Pernah dengar bubur Asyura :) 
Bubur Asyura paling femes adalah bubur Asyura kampung bharu, KL.
Setakat ni yg aku dengar la.
So, nak share sama2 apa yang kita boleh buat sempena Hari asyura nie :)


1. Melapangkan masa/belanja anak, suami & isteri (member nak belanja aku sok boleh =p)
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.


2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya dalam golongan org yg redha.


4. Menunjukkan orang yg sesat (tolong org sesat jalan pun boley =p)
fadhilat - Allah akan menunjukkan cahaya iman dalam hatinya.


5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.


6. Bersedekah 
fadhilat - Allah akan menjauhkan daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti - henti dari kecil hingga mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada fakir miskin di dunia ini.


7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


8. Mandi sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
lafaz niat - 'sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Ta'ala'


9. Bercelak
fadhilat - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.


10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1000x
fadhilat - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat diakhirat nanti.


11. Sembahyang sunat 4 rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat - 'sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura 4 rakaat kerana Allah Ta'ala'
                     (rakaat 1 dan ke-2 lepas al-Fatihah baca Qulhuwallah 11x)


12. Membaca 'Hasbiyallahu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'


13.  Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian org Islam berbuka puasa.




14. Puasa
fadhilat - Diberi pahala 1000x haji, 1000x umrah dan 1000x syahid dan diharamkan daripada neraka.
lafaz niat - 'sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kera Allah Ta'ala'




Wallahu'alam. InsyaAllah, tapi jangan mengharapkan balasan dengan setiap apa yg kita lakukan. Niat je apa yg kita buat kerana Allah :)
Hidup di dunia yang sementara ni lah tempat untuk kita kumpul bekalan buat kehidupan di akhirat nanty :)
Selamat beramal :)


Doa Pada Hari 'Asyura
Mari manfaatkan momen hari 'Asyura, hari yang penuh keutamaan dan kemuliaan dengan memanjatkan doa.
حَسْبُنَااللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
سُبْحَانَ اللَّهِ مِلْءَالْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعِلْمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَاوَزِنَةَالْعَرْشِ
لاَمَلْجَأَ وَلاَمَنْجَأَ مِنَ اللَّهِ اِلاَّ اِلَيْهِ سُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَالشَّفْعِ وَالْوِتْرِ
وَعَدَدَكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ كُلِّهَانَسْأَلُكَ السَّلاَمَةَبِرَحْمَتِكَ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَاِلاَّبِاللَّهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
وَهُوَحَسْبُنَ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

"Hasbunallahu wani'mal wakiilu ni'mal maulaa wani'man nashiiru
Subhanallahi mil-al miizaani wa muntahal 'ilmi wa mablaghar ridhaa wazinatal 'arsyi
Laa malja-a walaa manja-a minallahi illa ilaihi subhaanallahi 'adadasy syaf'ir wal witri
Wa 'adada kalimaatillahittaammaati kulliha nas-alukas salaamata birahmatika yaa arhamar raahimina
Walaa haula walaa quwwata illa billahil 'aliyyil 'azhiimi
Wa huwa hasbuna wa ni'mal wakiilu ni'mal maulaa wa ni'man nashiiru
Wa shallalahu 'alaa sayyidina muhammadin wa 'alaa aalihi washahbihii wasallam"

Ertinya:
"Cukuplah Allah menjadi sandaran kami, dan Dia sebaik-baik Pelindung, sebaik-baik kekasih, dan sebaik-baik Penolong. Maha Suci Allah sepenuh timbangan, sesempurna ilmu, sepenuh keridhaan dan timbangan 'arsy. Tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari Allah, kecuali hanya kepada-Nya. Maha Suci Allah sebanyak bilangan genap dan ganjil, dan sebanyak kalimat Allah yang sempurna, kami memohon keselamatan dengan rahmat-Mu wahai Dzat Yang Paling Penyayang diantara semua yang penyayang. Dan tiada daya upaya dan kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Dan Dialah yang mencukupi kami, sebaik-baik Pelindung, sebaik-baik kekasih, dan sebaik-baik Penolong. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurah kepada junjungan kami Nabi Muhammad, teriring keluarga dan sahabat beliau."



0 comments: