Monday, August 22, 2011

Adam


Innazzikra Tanfa'ul Mu'minin
(Sesungguhnya peringatan itu amat bermanfaat untuk orang mukmin)



Kalau entri yg lepas saya dah cerita sikit pasal wanita, kali ni nak kongsi sikit pasal jejaka. Atau bahasa manisnya buat kaum Adam :)
Sekadar untuk renungan kengkawan.....


Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara-perkara ini, sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum adam dan hawa dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-

  • Lelaki bujang kene tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
  • Lelaki berkahwin kene tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin, dan dosa anak lelaki yang belum baligh. Beratkan~
  • Hukum menjelaskan yang anak lelaki kene bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya, kalau buat tak baik dosanya akan ditanggung oleh suaminya. Beratkan~
  • Suami kene bagi nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.  
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggung seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa org perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana  tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah. Ini org lelaki kene tahu.
Wallahu'alam.....

"Barangsiapa yang mempunyai ilmu yang diamalkan dan diajarkan, maka dia mendapat gelaran seorang pembesar di alam langit." 
---Nabi Isa a.s---

Sunday, August 21, 2011

28 Surah Amalan yg Ditakuti Iblis



Bolehlah kita sama2 amalkan surah2 di bawah nie utk kebaikan kita. Kongsilah dengan sahabat2 lain :)



  • Surah Al-Fatihah
  • Surah Al-Baqarah (1-4)
  • Ayat Kursi (ditambah satu ayat sebelum dan dua ayat sesudah)
  • Surah Al-Baqarah (284-286)
  • Surah Al-Imran (1-9)
  • Surah Al-Imran (18-19)
  • Suran An-Nisa' (115-121)
  • Surah Al-A'raf (54-55)
  • Surah Al-Mu'minin (115-118)
  • Surah Yasin (1-12)
  • Surah As-Saffat (1-10)
  • Surah Ghafir (1-3)
  • Surah Ar-Rahman (1-16)
  • Surah Al-Hasyr (21-24)
  • Surah Al-Hadid (1-16)
  • Surah Al-Jin (1-3)
  • Surah Az-Zalzalah
  • Surah Al-Qariah
  • Surah Al-Humazah
  • Surah Al-Fiil
  • Surah Al-Quraisy
  • Surah Al-Kafirun
  • Surah Al-Lahab
  • Surah Al-Ikhlas
  • Surah Al-Falaq
  • Surah An-Nas
  • Surah Al-A'raf (117-122)
  • Surah Yunus (81-82)
"Kalau besar yg dituntut dan mulia yg dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya."
---Imam Al-Ghazali---

Saturday, August 20, 2011

Sahabat



Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yg baik.


Kawan yg baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya,
Kawan yg baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya,
Sebaliknya kawan yg baiklah yg paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.


Kawan yg baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara buruk dan sia-sia.
Kawan yg baik adalah org yg selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.



Kawan yg baik adalah org pertama yg akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yg baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yg baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yg baik.
Kawan yg baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.


Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!! =)

Thursday, August 18, 2011

10 Sikap Agar hidup Tetap Bahagia



Tips2 yg boleh diamalkan untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih bersemangat dan bahagia :)

  • Janganlah bimbang! - Kebimbangan adalah penyebab aktiviti dan fikiran kita tidak produktif.
  • Jangan membiarkan ketakutan yg tidak beralasan menguasai hidupmu! - Kebanyakan sesuatu yg kita takutkan tak pernah terjadi.
  • Jangan menyimpan dendam! - Hal inilah yg paling besar dan menjadi penghalang seluruh hidup kita.
  • Selesaikan masalah satu per satu! - Hanya inilah cara menangani setiap persoalan, satu demi satu.
  • Semua masalah tak perlu dibawa tidur! - Hal tersebut buruk dan tidak sihat, biasakanlah tidur dengan nyaman dan nyenyak.
  • Jangan mencampuri masalah/urusan org lain! - Mereka memiliki cara tersendiri untuk menangani setiap masalahnya.
  • Jangan hidup pada kenangan silam! - Nikmatilah masa lalu sebagai kenangan, namun jgn bergantung padanya. Konsentrasilah hidupmu pada kejadian ketika ini dan anda akan bahagia sekarang, bukan hanya pada kenangan silam.
  • Jadilah pendengar yg baik! - Hanya saat menjadi pendengar seseorang mendapat dan belajar idea-idea baru yg berbeza dari org lain.
  • Jangan biarkan rasa kecewa merosak dan mengatur hidupmu! - Kasihanilah dirimu lebih dari segalanya. Aktiflah dengan kegiatan-kegiatan yang positif.
  • Hitunglah rahmat Allah! - Jangan pernah melupakan rahmat Allah yang kita terima sekecil apa pun. Semakin bnyak rahmat kecil yg kita kumpulkan, akan semakin bererti hidup kita. 
"Dunia ini umpama lautan luas, kita adalah kapal yg belayar di lautan yang telah banyak kapal karam di dalamnya, andai muatan kita adalah IMAN dan layarnya adalah TAQWA, nescaya kita akan selamat daripada karam di lautan hidup ini."

Wednesday, August 17, 2011

Tiga Cahaya di Hari Kiamat



Di hari kiamat, ada 3 cahaya yang berlainan:

  • Cahaya pertama seperti bintang-bintang
  • Cahaya kedua seperti bulan
  • Cahaya ketiga seperti matahari
Apabila ditanyakan apakah cahaya ini? Lalu dijawab:
 "Cahaya yg pertama ialah cahaya wajah2 manusia yg ketika di dunia ini, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya  mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air. Maka untuk menjadikan hati itu kembali bersinar banyakkan mengingati maut dan membaca al-Quran"

Tuesday, August 16, 2011

12 Barisan di Akhirat



Suatu ketika, Muaz bin Jabal RA mengadap Rasulullah SAW dan bertanya; "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT;


"Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris"(Surah An-Naba';18) 


Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab; "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri..." Maka ditanyakan apakah 12 barisan tersebut:-


BARISAN PERTAMA - Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah org2 yg sewaktunya hidup menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEDUA - Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah org yg sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KETIGA - Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala-jengking. "Mereka itu adalah org yg enggan membayar zakat, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEEMPAT - Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah org yg berdusta di dalam jual beli, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KELIMA - Diiringi dari kubur dengan bau busuk drpd bangkai. Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di padang mahsyar. "Mereka itu adalah org yg menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia  tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEENAM - Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah org yg menjadi saksi palsu, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KETUJUH - Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar darah dan nanah. "Mereka itu adalah org yg enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KELAPAN - Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kakai ke atas. "Mereka adalah org yg berbuat zina, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEMBILAN - Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru seementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu org yg makan harta anak yatim dgn cara yg tidak sebenarnya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEPULUH - Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah org yg derhaka kepada org tuanya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEBELAS - Diiringi dari kubur dgn berkeadaan buta mata - kepala,dan gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah org yg minum arak, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEDUA BELAS - Diiringi dari kubur dengan wajah yg bersinar-sinar laksana bulan pernama. Mereka melalaui titian siratul mustaqim seperti kilat. Maka datanglah suara Allah memaklumkan, "Mereka adalah org yg beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat 5 waktu, ketika meninggal dunia mereka sudah dalam keadaan bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga. Mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang Maha Pengasih..."




JIKA ENGKAU MAHUKAN KEMESRAAN DENGAN ALLAH, MAKA GARANGLAH TERHADAP DIRIMU SENDIRI. JIKA ENGKAU MERASAKAN MANISNYA BERHUBUNG DENGAN ALLLAH, TAHULAH ENGKAU BETAPA PERITNYA BERPISAH DENGANNYA.

Monday, August 15, 2011

3 Tanda



Wasiat Rasulullah kepada Syaidina Ali. Wahai Ali:


Bagi org yg JUJUR itu ada 3 tandanya:

  • Merahsiakan ibadahnya
  • Merahsiakan sedekahnya
  • Merahsiakn ujian yang menimpanya
Bagi org yg MUKMIN itu ada 3 tandanya:
  • Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
  • Tidak terpesona dengan pujuk rayu
  • Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia
Bagi org yg ALIM itu ada 3 tandanya:
  • Jujur dalam berkata-kata
  • Menjauhi segala yang haram
  • Merendahkan diri
Bagi org yg TAQWA itu ada 3 tandanya:
  • Takut berlaku dusta dan keji
  • Menjauhi kejahatan
  • Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman
Bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya:
  • Mengawasi dirinya
  • Menghisab dirinya
  • Memperbanyakkan ibadah kepada Allah

"Seseorang yg tiada mempunyai sebarang ayat (Al-Quran) pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong"

Sunday, August 14, 2011

Wanita



Assalamualaikum.....
Ramai yang cakap susah jadi wanita Islam, lihat saja peraturan di bawah:



  • Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
  • Wanita perlu meminta izin suami jika nak keluar dari rumah tetapi lelaki tidak perlu melakukan begitu.
  • Wanita saksinya kurang daripada lelaki.
  • Wanita menerima wasiat kurang daripada lelaki.
  • Wanita perlu menanggung kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
  • Wanita wajib taat pada suami tetapi lelaki tidak perlu taat pada isteri.
  • Talak terletak ditangan suami bukan isteri.
  • Wanita kurang ibadahnya kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan bersepah. Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

  • Wanita perlu taat pada suaminya tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3x lebih utama dari bapanya. Bukankah ibunya seorang WANITA?
  • Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki perlu menggunakannya untuk isteri dan anak-anak.
  • Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh kejadian Allah di muka bumi ini dan matinya kerana melahirkan adalah syahid.
  • Di akhirat kelak, seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita; ibunya, isterinya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki; suaminya, ayahnya, abangnya, dan anak lelakinya.
  • Seorang lelaki perlu berjihad fisabilillah, tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya akan menerima pahala seperti orang yang pergi berperang tanpa perlu mengangkat senjata.
"Wanita solehah cahaya rumah tangga"

Saturday, August 13, 2011

Petua Menjauhi Sombong



Beberapa panduan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh =)



  • Jika berjumpa dengan kanak - kanak, anggaplah kanak -kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak - kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
  • Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
  • Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
  • Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
  • Jika melihat orang jahat, anggaplah mereka lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat akan kesalahannya.
  • Apabila bertemu dengan orang kafir, katakanlah di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi Hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni Allah.
KEREDHAAN ILAHI CITA-CITA DI HATI

Friday, August 12, 2011

Teka - Teki Imam Ghazali



Suatu hari, Imam Ghazali berkumpul dengan murid - muridnya lalu beliau bertanya:


SOALAN PERTAMA
Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ni?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3:Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah mati. Sebab itu, janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah al-Imran:185)


SOALAN KEDUA
Imam Ghazali: Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1: Negeri China
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, kita tetap tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari ini, hari esok, dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.


SOALAN KETIGA
Imam Ghazali: Apa yang paling besar di dunia ni?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar tetapi yang besar sekali adalah hawa nafsu. (Surah al-a'raf:179) Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita. Jangan sampai nafsu kita membawa kita ke neraka.


SOALAN KEEMPAT
Imam Ghazali: Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar tetapi yang paling berat adalah memegang amanah. (Surah al-Azab:72) Tumbuhan-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini, tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.


SOALAN KELIMA
Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jwapan itu benar. Tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.


SOALAN KEENAM
Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- murid dengan serentak menjawab: Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang palig tajam sekali di dunia ini adalah lidah manusia. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


Wallahu'alam.....

Thursday, August 11, 2011

Fadhilat Wudhuk




  • Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
  • Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, janganlah kau hitamkan muka ku ini".
  • Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kanan ku ini".
  • Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, janganlah kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
  • Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang mahsyar dengan Arasy Mu".
  • Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
  • Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, permudahkanlah aku melintas titian siratul mustaqim".
  • Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat". 
"Kebekuan air mata datangnya dari kerasnya hati, kerasnya hati itu datang dari banyaknya dosa, banyaknya dosa itu datang dari kerana banyaknya angan-angan mencintai dunia dan cinta kepada dunia adalah sumber kepada segala dosa."

Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah


okies, tengah xda keje =p
namaku nakemah. 
nama popular nakemah san.
 nama popular bajet kiut kemah chan =p
[---------->merapu xtentu hala.]

then, my hobby adalah baca komik. (baekla ko baca Quran)
and aku jugak suka chatting. 
sebab aku suka membebel kot.. LOL :)

dah2, tanak merapu banyak2. 
lau korang nak join segmen nie, just klik HERE =)

Tuesday, August 9, 2011

Jika Kau.....



"Jika kau memancing ikan.....setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.....janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.....kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.




Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang.....setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.....janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.....kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.....




Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.....cukuplah sekadar keperluanmu.....apabila sekali ia retak.....tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.....akhirnya ia dibuang.....sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.....


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya.....janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.....anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah untuk kamu menerimanya..... Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.....




Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi.....yang kamu pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan, berkhasiat, mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..... Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seseorang insan.....yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah."


"Everyone has a beauty but not everyone sees it"
Posted on by Nakemah San | 1 comment

Tanda-tanda Mati



100 hari : Seluruh badan rasa bergegar/bergetar.
60 hari : Pusat rasa bergerak - gerak.
40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu akan mendampinginya sehingga saat kematiannya.


Kadang - kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang runsing.


7 hari : Mengidam makan.
5 hari : Anak lidah bergerak - gerak.
3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak - gerak.
2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak - gerak.
1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak - gerak di antara waktu subuh dan asar.


Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan)


p/s: semoga kita tergolong dalam kalangan yang sentiasa mendapat petunjuk Allah. amiin...

Monday, August 8, 2011

Cari M/S Quran



cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap hu...ruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tips yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.



Sumber:sahabat dr FB =)

Sunday, August 7, 2011

Kemuliaan Ibu Dalam Islam


  • 2 rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • Wanita yang hamil dapat pahala puasa di siang hari & pahala ibadat di malam hari.
  • Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
  • Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
  • Wanita yang beri minum susu badannya kepada anknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
  • Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
  • Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 org hamba.
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & apabila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.
Sayangi ibu anda yg telah banyak berkorban kerana kita ada sorang je ibu yang melahirkan kita ke dunia nie =)

Dia Yang Terluka Hatinya




Gadis tahu jejaka terluka. Marahnya berapi – api kepada gadis. Bencinya membara – bara meski masih terselit rasa cinta. Tapi gadis minta agar jejaka mengerti. Gadis minta jejaka faham bahawa gadis adalah manusia. Seperti juga jejaka.. dan manusia tidak sempurna, tiada upaya apa – apa melainkan atas kehendakNya.

Gadis hormati jejaka. Zaman menadah dan menggali ilmu di menara gading, jejaka antara nama utama dalam organisasi agama. Lantas mengapa hanya kerana seorang wanita sederhana seperti gadis, maka jejaka jadi tidak tentu hala? Jejaka kata jejaka sayang. Jejaka kata jejaka amat kerugian andai gadis hilang. Jejaka kata tiada pengganti setanding gadis. Jejaka kata sukanya dan cintanya kepada gadis tiada tergambar dengan kata – kata. Tiada terhitung nilainya. Infiniti! Gadis kira jejaka terlupa seketika bahawa tiada cinta lebih agung melainkan kepada DIA.

Gadis kagumi jejaka. Jejaka berani tampil menegur cela dalam kalangan mahasiswa hatta peringkat kepimpinan teratas sekalipun. Jejaka mengaku pejuang agama. Jejaka benci kemungkaran di depan mata. Namun, jejaka bukan lagi jejaka yang sama bila gadis katakan “rasanya antara kita sampai di sini sahaja.”

Dahulu, ketika mula jejaka meluahkan hasrat yang tersimpan; gadis katakan pada jejaka, “saya tidak mahukan cinta lelaki di luar alam rumah tangga” kata jejaka, “beri saya peluang” janji jejaka dia takkan tersasar dari landasan. Jejaka cuba kotakan kata; gadis dan jejaka tidak pernah bertemu melainkan berteman dan ada urusan. Hati gadis tetap kurang tenteram.Gadis katakan lagi, inikah yang Tuhan ajarkan? Jejaka diam.

Masa berlalu. Sekali sekala jejaka sudah berani ajak gadis bertemu di waktu malam. Kata jejaka, sehari tak pandang gadis bikin hati jejaka tidak tenteram. Bila gadis datang berteman, jejaka pula tunjuk ragam. Gangguan, tiada privasi katanya. Gadis hairan. Ini bukan jejaka yang gadis kenal di kala awal persahabatan.

Jejaka makin menjadi2. Pergerakan gadis diawasi. Hatta ke petronas, kafetaria atau ke librari! Gadis rimas. Lemas. Sifat curiganya buat jejaka fikir semua lelaki mahu merampas gadis darinya. Jejaka bukan lagi jejaka yang dulu. Mula melenting bila gadis tak menurut kata.

Maaf jejaka, gadis bukan isteri anda!

Gadis sujud panjang di hadapan Tuhan. Mohon tunjukkan jalan penyelesaian. Jejaka yang dahulunya ketua Biro Kerohanian umpama hilang panduan. Gadis tidak mahu jadi punca jejaka hilang pertimbangan. Kerana gadis tahu wanita adalah punca fitnah akhir zaman.

Sudahnya, gadis memilih untuk tarik diri dari semua yang tidak berfaedah ini. Gadis minta jejaka renung kembali siapa dia dulu dan sekarang. Kembali menjadi jejaka yang gadis kenal dahulu. Jejaka bertanya, “apa lagi yang kurang?” jejaka sudah serahkan segenap perasaan. Malah, menolak hasrat wanita lain demi gadis seorang.

Gadis katakan “saya mahu lelaki sebagai pembimbing, sebagai teman perjuangan di dunia yang sementara. Yang boleh saya hormat dan percaya. Yang bawa saya dekat kepada agama. Bukan lelaki yang tunduk di kaki saya hanya kerana cinta! Yang hilang thiqah malah goyang prinsipnya kerana seorang wanita! Saya tidak mencari – cari kekasih untuk dijadikan suami. Saya mencari suami yang mampu menjadi seorang kekasih. Dan saya mahu hadir di dalam hidup lelaki itu terlebih dahulu sebagai isteri sebelum kemudiannya yang menjadi kekasihnya yang setia; ketika hidup dan selepas mati. Dengan izin Allah…”

Sekian tahun berlalu. Hari ini gadis pinta pada jejaka, cukuplah menagih cinta bila sudah ditegaskan bahawa tiada terbuka peluang kedua. Usahlah dicanang keburukan gadis yang sengaja jejaka reka – reka. Hentikanlah mengganggu gadis dengan kata – kata dan sikap jejaka. Biarlah gadis tenang dan bahagia. Andai benar jejaka cinta.

Jua gadis minta jejaka akur, bahawa mencintai tidak semestinya memiliki!

Posted on by Nakemah San | 1 comment

Friday, August 5, 2011

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak


  • Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
  • Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
  • Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel - sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.
  • Penggunaan gula berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
  • Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
  • Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak, tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel - sel otak kita mati.
  • Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
  • Membiarkan otak bekerja semasa kita berada dalam keadaan kurang sihat - Bekerja seamasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel - sel otak.
  • Kurang berimaginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
  • Jarang berfikir - Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan otak kita.
Sayangi otak anda =)

Thursday, August 4, 2011

Tanda-tanda Bahagia



Tanda2 bahagia:



  • Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
  • Kemahuan kuat kepada ibadah dan membaca Al-Quran
  • Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan
  • Sangat memlihara solat 5 waktu
  • Menjaga diri dari yang haram dan syubhah, sedikit atau banyak
  • Bersahabat dengan orang2 soleh dan baik
  • Rendah diri
  • Bersifat dermawan yang ikhlas
  • Belas kasihan terhadap makhluk2 Allah yang lain
  • Bermanfaat kepada orang lain
  • Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya

---> banyak lagi antara sifat2 nie yg xkumiliki... wahai hati, sedarlah sebelum terlambat~

Tujuh kalimat



Sabda Rasulullah SAW:


"Barangsiapa yang menghafal tujuh kalimat, dia akan dipandang mulia di sisi Allah SWT dan malaikat serta diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan."



  • Mengucap Bismillah pada permulaan melakukan sesuatu pekerjaan.
  • Mengucapkan Alhamdulillah setelah selesai melakukan sesuatu pekerjaan.
  • Mengucap Astagfirullah jika lidah terucap perkataan yang tidak sepatutnya.
  • Mengucap InsyaAllah jika merancang untuk melakukan sesuatu perkara.
  • Mengucap La Haula Wala Quwwata Illa Billah jika menghadapi sesuatu yang tidak diingini.
  • Mengucap Innalillahi Wainna Ilaihi Raji'un jika menghadapi atau menerima sesuatu musibah.
  • Mengucapkan Lailaha Illallah Mauhammadur Rasululllah sepanjang siang dan malam sehingga tidak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi untuk dipermudahkan ingatan dan dilancarkan terhadap sesuatu perkara. 
"Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir tetapi terletak pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya" (Al-Ghazali) 

Wednesday, August 3, 2011

Aku Hairan



Allah Taala berfirman :"Wahai sekalian manusia...aku hairan melihat orang yang meyakini kematian tetapi ia masih bergembira. Aku hairan melihat orang yang mempercayai hari hisab, tetapi ia masih terus mengumpul harta. Aku juga hairan melihat org yang meyakini akan masuk kubur tetapi ia masih tertawa. Aku hairan melihat orang yang meyakini hari akhirat, tetapi ia masih bersenang - lenang.


Aku hairan melihat org yg meyakini hidup di dunia dan segala bencananya tetapi ia masih tenteram bersamanya. Aku hairan melihat org yg alim dengan lidah tetapi jahil dengan hati. Aku hairan melihat org yg menyucikan dengan air, sedangkan hatinya tidak bersih. Aku hairan melihat org yg sibuk dengan aib dan cela org lain, tetapi ia melupakan aib dan cela dirinya sendiri, atau melihat orang yang tahu bahawa Allah sentiasa memperhatikan tingkah lakunya, tetapi ia terus membuat maksiat.


Begitu juga dengan org yg tahu bahawa;

  • maut itu dilalui seorang diri,
  • kubur itu dihuninya seorang diri,
  • dihisab seorang diri.
Tetapi... ia masih berjinak-jinak dengan manusia. Tidak ada Tuhan selain aku (Allah) sebenarnya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan RasulKu.

***Peringatan untuk diri sendiri dan perkongsian bersama...

---"Hawa, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini bisa menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan Ilahi. Jangan sesekali tangan ini juga menggoncang keimanan kaum Adam."---

Tuesday, August 2, 2011

10 Wasiat Rasulullah



Telah bersabda Rasulullah SAW :



  • Barang siapa menyebut nama Allah sebelum fajar dan sebelum terbit matahari atau sebelum terbenamnya, nescaya Allah malu untuk menyeksanya dengan api neraka.
  • Apabila engkau selesai sembahyang subuh, duduklah sehingga matahari terbit. Maka sesungguhnya Allah Taala akan menulis pahala haji dan umrah atau pahala memerdekakan hamba atau bersedekah seribu dinar pada jalan Allah.
  • Biasakan dirimu berdoa antara azan dan iqamah, sesungguhnya doa itu tidak akan ditolak.
  • Hamba yang paling dicintai Allah ialah orang yang sujud sambil berkata dalam sujudnya... "Ya Allah, bahawasanya aku telah menzalimi diriku, maka kau ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada apa yang mengampuni dosaku melainkan Engkau."
  • Sembahyanglah engkau di tengah malam walau sekadar memerah susu kambing. Sesungguhnya org yg bersembahyang di tengah malam itu adalah secantik2 manusia mukanya.
  • Sesungguhnya para malaikat akan memohon keampunan bagi manusia selagi dia berada dalam kesucian dan tidak berhadas.
  • Lazimkanlah diri dengan sembahyang secara berjemaah kerana di sisi Allah adalah seperti jalan mu mengerjakan haji dan umrah. Dan tidak ada yang bersungguh2 menunaikan sembahyang melainkan orang mukmin yg dicintai Allah.
  • Barangsiapa yg Allah berikn nikmat kepadanya, dia bersyukur dan Allah beri dugaan, dia bersabar dan jika dia berbuat jahat dia memohon ampun, nescaya bolehlah dia masuk syurga dari pintu yang dia kehendaki.
  • Barangsiapa yang membaca surah At-Taariq pada waktu malam sebelum tidur, nescaya dituliskan baginya sebanyak bilangan bintang di langit menjadi kebajikan.
  • Berilah salam kepada org yang engkau jumpai daripada kaum muslimin, nescaya Allah tuliskan bagimu 20 kebajikan dan jika menyambut salam, maka Allah akan tuliskan 40 kebajikan.

"Duhai diriku: Jadilah wanita yang bakal menjadi Ummi Sholihah pewaris ketauhidan ISLAM, insyaALLAH, amiin..."

Peneman Ku

Okies, selama aku dok menetap kat umah nie sebagai penganggur and hanya kerja sambilan sebagai bakal tailor, aku dok melangut kat umah sorang2. Bosan.Uiihh,, boleh naik gila aku dibuatnya.. Seb baik ada peneman yang setia =_= My cat gemok and anak die bang cik also my ikan ciku ^^,









Monday, August 1, 2011

Terima Seadanya



Bacalah kisah di bawah. Sesungguhnya ada pengajaran yang boleh diambil dan diaplikasi dalam hidup kita. Mungkin bukan setakat pada orang yang disayangi tetapi juga rakan-rakan, teman-teman dan orang di sekeliling kita.


Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.


Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:


"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita."katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing2 kita akan mencatatkan hal2 yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal2 tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia..."


Suaninya setuju dan mereka mula memikirkan hal2 pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal2 yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu, mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing2.


Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Saya akan mulai dulu ya." kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat.
Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai menegnai diri suaminya, ia memperhatikan bahawa air mata suaminya mulai mengalir...
"Maaf, apakah saya harus berhenti?" tanyanya.
"Oh, tidak. teruskan..." jawab suaminya.


Si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, "Sekarang giliran abang membacakan senaraimu". Dengan suara perlahan suaminya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku. Tiada satu pun daripada peribadimu yang kudapati kurang..."


Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya... Bahawa suaminya menerimanya apa adanya. Ia menunduk dan menangis...


p/s: sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan sendiri =)