Sunday, April 3, 2011

Air Soya


Assalamualaikum and Salam Sejahtera semua :)
Kali nie nak share information tentang air soya.
Kepada yg air feveret dier soya, baca and kaji balik la info sal air soya nih.
Aku tergerak hati nak buat entry sal air soya after my fren cakap dia xminum air soya.
I tanya "kenapa?"
Dia cakap, xelok and carik sendiri sebab apa.
Disebabkan sifat curious aku yg tinggi melambung, aku pon googling and dapat la bebrapa maklumat yg memang  mengatakan air soya ni kurang elok sebenarnya.
Bukanlah bermakna xelok langsung or mendatangkan keburukan fully 100%.
Tapi as u all know, every benda tu ada pro and cons nyer kan. 
Btw, u all la judge sendiri mana elok and mana buruknya.


Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. 
Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh 
golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya 
kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan 
soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia 
yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.


Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang 
menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia 
ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development  (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).


FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah 
cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia yang 
mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical 
bernama isoflavone(sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan 
symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar 
osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang 
dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses 
penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat 
menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna 
dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang 
soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai 
kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang 
penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk 
proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak 
mendeaktifkan perencat enzim ini. 
Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia 
bernama phytic acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien. 
Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam 
kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.


Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan 
perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di 
peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan 
proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, 
sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.


Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang 
mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan 
susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh 
University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu 
lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan 
isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang 
soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti 
estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. 
Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya 
menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi 
tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan 
soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, 
boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT


Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji
Posted on by Nakemah San | 4 comments

4 comments:

MAJDAH BAHARUDIN said...

ak tw sape y x minom soya...hehehehe... :p

Nakemah San said...

ahha,, very2 good sangat2 ko taw sapa =)

kiki said...

weyh,utk pengetahuan ko,sesape yg tringin nk besarkn brea** depa,leyh r minom banyak soya..ni ak punye hypothesis..ko try,pas2,gtau ak kene reject ke acceptable...

Nakemah San said...

belum sempat bre*** nak besar dah kene bre*** kanser.. har.. caner ley?