Sunday, February 20, 2011

SENYUM


Anda sangat cantik bila senyum :)
Bila bengang, marah, tension, sedih, 
gembira,
jiwa kacau, tertekan, kompius,
and tak tahu nak buat apa, juz 
SENYUM key!!
Dunia akan senyum kembali pada anda! =)


Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse


Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus


Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
 
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
 
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
 
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
 
Ulang Chorus


Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
 
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
 
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
 
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
 
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Thursday, February 17, 2011

ADIK


Aku cuma ada seorang adik. Usianya 4 tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, juz untuk mendapatkan sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambik 50sen daripada poket seluar abah. Petang tu, balik je dari sekolah-abah panggil kitorang. Dia suh kitorang berdiri kat tepi dinding. Aku menggeletar tengok rotan panjang sedepa kat tangan abah.

"Sapa amik duit abah?" 
Tanya abah macam singa lapo. Aku langsung tak berdaya nak bertentang mata ngan abah. Aku ngan adik diam jer.
"Baik, kalau tanak mengaku, dua2 abah rotan!" 
Sambung abah sambil angkat tangan untuk rotan aku. Tiba-tiba adik tangkap tangan abah dengan dua2 tangan dia and cakap,
"adik yang amik!" 
Belum sempat pon adik nak tarik nafas, hayunan silih berganti menghentam badan adik. Aku gamam, lidah kelu nak berkata-kata. Walau perit menahan sakit, setitis airmata adik tak tumpah. Setelah puas tengok adik terjelepuk kat lantai, abah merungut;
"dah belajar mencuri kat rumah sendiri! Apa lagi yang kamu dah buat yang akan malukan abah nanti?!"

Malam tu, emak ngan aku xlepas2 mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pon air matanya tak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku menangis semahunya. Aku kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera memujuk aku lalu berkata;
"Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu."
Aku menyesali diri sendiri coz tak mampu nak bela adik. 

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik kene rotan disebabkan aku still fresh dalam otak aku. Adik dapat tawaran blaja kat SBP(sekolah berasrama penuh) and aku plak dapat tawaran sambung blaja kat universiti. Malam tu, abah duduk kat bawah cahaya lampu minyak tanah dengan mak kat ruang tamu. Aku dengar abah cakap;
"Yah, dua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi, apalah maknanya bang..........."
Aku terdengar mak teresak-esak.
"Mana kita nak cari duit nak biayai pelajaran dorang?"
Time tu lah adik keluar dari bilik. Dia berdiri kat depan mak ngan abah. 
"Abah, adik tanak sekolah lagi"
Perlahan-lahan abah bangun, betulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah mak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg.......... Sebuah penampar hinggap kat pipi adik. Seperti biasa yang aku mampu lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni?! Kalau abah terpaksa mengemis sekalipun sebab persekolahan kamu, abah akan buat!"
"Orang lelaki kene sekolah, kalau tak, dia takkan dapat bawak keluarganya keluar daripada kemiskinan."
Aku pujuk adik ketika sapu minyak kat pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan, biarlah kakak jer yang berhenti."
Takda sapa yang sangka, dinihari tu adik xda kat bilik. Dia bawak sekali bebrapa helai baju lusuh yang dia ada. Kat atas pangkin tempat selalu dia tidur ada notes..........
"Kak, untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Adik kerja dan akan kirimkan duit untuk akak."
Apalagi yang saya tahu selain menangis dan meraung. Abah termenung, jelas dia cukup kecewa. Emak hanya mampu gunakan air mata untuk memujuk abah.

Satu petang tyme kat asrama, room8 aku cakap;
"ada dak laki kampung tunggu ko kat luar"
"Budak kampung?" aku tertanya- tanya dalam hati.
Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan baju comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
"larr, kenapa cakap orang kampung? cakaplah adik yg datang" 
Sambil tersenyum adik menjawab,
"Kakak, tengoklah baju adik ni. Nanti apa plak kawan2 akak cakap kalau diorang tahu ni adik akak."
Jantung aku terhenti berdegup seketika. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen yang ada kat baju adik. Dalam antara dengar dan tidak, aku bersuara,
"Akak tak peduli apa orang nak kata."
Dari kocek seluarnya adik keluarkan sepit rambut kupu-kupu. Dia pakaikan kat rambut aku sambil berkata,
"Kak, adik tengok ramai perempuan yang pakai sepit macam ni. Adik belikan la satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku peluk adik dan dadanya dibasahi air mata aku yang tak dapat ditahan-tahan.

Habis sem, aku balik ke kampung sementara tunggu konvokesyen. Aku tengok tingkat dan dinding rumah bersih. Tak macam selalu.
"Mak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut kakak balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia balik semalam. Habis tangannya luka-luka." 
Aku menerpa ke biliknya.
Manis senyuman adik. Kami berdakapan.
"Sakit ker?"
Aku tanya sambil tengok luka-luka kat tangan adik.
"Tak... Kak tahu, masa kerja jadik buruh kontrak, kerikil ngan serpihan simen jatuh macam hujan jer kat badan nie. Sakit tu dah biasa kak.. alah dah." 
Aku cukup terharu dengan pengobanan adik.
Aku berkahwin ketikausia aku 27 tahun. Suamiku yang juga seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus pada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik xda pelajaran. Biar je lah adik keje dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak sekolah pon sebab akak." Aku berusaha pujuk adik.
"Kenapa sebut kisah lama kak?" 
Katanya ringkas. Adik terus tinggal di kampung dan keje as petani setelah ketiadaan abah. 

Pada majlis perkahwinannya dengan gadis sekampung, juruacara majlis bertanya.
"Siapakah orang yang paling anda sayangi?" 
Spontan adik menjawab.
"Selain emak, kakak saya...." 
katanya lantas menceritakan suatu kisah yang tidak kuingati.

"Semasa sama-sama sekolah rendah, setiap hari kamu berjalan kaki ke sekolah. Satu hari, tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya berjalan memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan berikan pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah, saya tengok kaki kakak berdarah disbabkan tertikam tunggul dan calar - balar. Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak. Saya berjanji akan jaga dia sampai bila-bila."

Sebaik saja adik habis bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik bersungguh-sungguh sambil mengalirkan air mata yang tak dapat dibendung lagi.

(Hargailah nikmat adik beradik)



Posted on by Nakemah San | 1 comment

Monday, February 14, 2011

Surat Syaitan Laknatullah

Syaitan Laknatullah!
     Tadi malam waktu nak tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca ayat Kursi dan Qulhu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Quran. Sesungguhnya engkau tidak membuang-buang masa. Maka aku kencingi telingamu hingga kau pekak dari dunia.

     Pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali! Engkau telah memnbuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang budiman. Janganlah engkau susah - susah bangun dan memendekkan tidurmu. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, seperti puteri kayangan.

     Aku lihat engkau jarang - jarang mengambil wudhu'. Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu. Aku lihat engkau tak pernah baca Bismillah sebelum makan. Ini bagus, kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. Dan bila sudah kenyang, engkau tidak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini bagus juga, cukuplah engkau sendawa kuat - kuat seperti lembu.

     Hai manusia yang kucintai,
     Semalam ada peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen ataupun seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tak membazirkan rezekimu yang melimpah ruah yang diberi oleh Allah kepadamu. Engkau seorang yang jimat cermat. Biarlah rezekimu untuk kegunaan engkau seorang. Untuk menonton wayang, holiday di genting, dan membeli segala kemewahan dunia.

     Aku lihat engkau bertemu sahabatmu, tidak mengucapkan salam. Engkau hanya mengucapkan "hi!". Ini bagus juga kerana engkau mengerti adat resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa inggeris. Tak perlu engkau belajar bahasa arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa. Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu engkau sangat budiman kepada kaumku.

     Duhai manusia,
     Jadilah sahabat karibku yang mengucapkan perkataan yang sia-sia, mengumpat malah mencipta persengketaan. Aduhai tubuh badanku yang segar sejak akhir-akhir ni, cukuplah NAFSU manusia sendiri yang menjadi penyambung tugasku... aku tidak perlu susah-susah menggoda pon jarumku berkesan sekali.
Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama....
Kita berpegangan tangan menuju neraka Jahannam.

Sahabatmu yang tercinta,
Iblis Laknatullah



"Ingatlah duhai manusia! Berpesan-pesanlah kamu sesama manusia. Sesungguhnya lupa itu adalah sifat lumrah bagi manusia. Syaitan tidak akan berputua asa untuk menyesatkan anak2 adam sehingga kiamat kelak."

Sunday, February 13, 2011

Kem Kepimpinan BADAR @ MRSM K.Klawang, Jelebu


Salam semua =)
Entry kali nie juz nak pahatkan kenangan ngan adik2 Badar at MRSM Klawang.
peserta terdiri daripada adik2 form 2 ngan form 3.
Diz is da 1st tyme aku jadik fasilitator taw.
cuak, gelabah, gabra sumer ada.
Aku gerak ke MRSM jumaat malam. sampai2 jep dah nak kol 12.. 
So, ketua faci bg penerangan sikit, then kitorang tido,,
Sok paginyer after qiamullail, ada senam pagi sikit2, then startla aktiviti kitorang...
Pagi, adik2 ni kene dengar talk dulu dari faci akhi.
Then, baru la faci muslimah conduct adik2 muslimat..
 segmen "kerosakan ummah masa kini"
har, tang nie baru aku cuak, ta taw nak cakap menda,, 
rasa ilmu kosong di dada.. adess...
goreng punya goreng, barulah aku rasa cam berkeyakinan sikit..
aku cuba try test yg terbaek bantu adik2 nih.
aku share pengalaman ngan dorang, biar dorang tau caner idop bila dah habis skolah nanty.
sian dorang, rupanya selama nie dorang ta taw nak luah masalah dorang kat sapa.
dalam sesi munaqashah tu adik2 ni pon luah la suma masalah depa..
bla, bla, bla,bla........
ptg, kitorang ada explorace.
pergh, penat seyh.. kitorang facy pon kene ikot sekali.. tapi xley bantu adik2..
juz follow jep...
kumpulan x-plorace (kat check point terakhir)
Then, malam plak litorang ada dua LDK.
LDK 1st munirah yg conduct,
1st LDK penerangan tentang caner nak counduct usrah,
second, adik2 dapat homework..
sian dorang..
Esoknya hari ahad (eh, hari ni lah)
adalah hari penutup and adik2 akan buat presentation tok homework dorang tuh..
dorang kene buat takwim tok aktiviti dakwah dorang.






then, b4 pisah, kitorang amik gambar ngan adik2 dulu utk kenang-kenangan...
group 1

group 2

group 3
group 4
group 5
sedih jep tinggalkan adik2 nie,,
hope stay keep in touch..'
sayang adik2 semua.. (^_^)

Wednesday, February 9, 2011

Nasihat Luqman Hakim Kepada Anaknya



Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka Nabi S.A.W sebagai pedoman hidup.

Kalimah itu ialah:

  1. Apabila engkau sedang solat, jagalah baik2 fikiranmu.
  2. Apabila engkau berada di rumah orang lain, jagalah matamu.
  3. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, maka jagalah lidahmu(perkataanmu).
  4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, maka jagalah perangaimu.
  5. Ingatlah selalu kepada Allah.
  6. Selalulah ingat akan mati dan bersedialah untuk menghadapinya.
  7. Lupakanlah budi baikmu kepada orang lain.
  8. Lupakanlah semua kesalahan orang lain terhadapmu.
Posted on by Nakemah San | 1 comment

Tuesday, February 8, 2011

Tido0o

Assalamualaikum.. 

Entry kali nie juz nak share about tido0o0...
^____^
Tido ni kan mati sekejap, pastu bangon balik (macam antu la plak bunyiknyer)
huhuhu.....
So, actually b4 kita tido sebaiknyer tido dalam keadaan sedia.
sedia kat sini bukanlah tido dalam keadaan stand to ke, or aper2 la.
Means dah siap solat isyak semua,
 dah minx ampun kat Allah,
 kire cam dah ready tok mati larr.. 
gittu~

Aku ada baca sikit advice lam buku pemberian ex-house8 aku dulu sal tido nie.
So, why not aku share ngan korang kan..
 ^_____^

  1. Jika seseorang hendak tidur, sebaiknya berwuduklah sebagaimana seseorang berwuduk sebelum solat.
  2. Biasakan berdoa dan berzikir sebelum tidur kemudian berbaringlah pada bahagian tubuh sebelah kanan.
  3. Jangan tidur dengan telangkup muka kerana tidur seperti ini tidak disukai Allah dan merupakan tidurnya ahli neraka.(Na'uzubillah)
  4. Jika seseorang bermimpi buruk ucapkanlah Astaghfirullah dan berlindunglah kepada Allah dan jangan menceritakannya kepada orang lain.
  5. Sewaktu terbangun dari tidur, maka berdoalah kepada Allah yang telah menghidupkanmu kembali setelah mematikanmu pada waktu tidur.
Maka, dengan ini, sampaikanlah kat kawan2 korang yep.
Sesungguhnya, ilmu yang berterusan itu, pahalanya pon sama berterusan.
^_______^

Tuesday, January 25, 2011