Monday, October 25, 2010

Kelas Halaqah Terakhir...


Hari nie merupakan hari terakhir kelas halaqah aku dengan ustaz yg cukup aku kagumi;
USTAZ AIZUDDIN
So, aku pon amik peluang tanya macam2 soklan yg terlintas kat minda aku~
Tapi, xley ar tnya bnyak2 ngat coz nanty apa plak member2 aku cakap,
nak conquer ustaz sorang nampak.... hehehehe.....
Antara soklan yg ku sempat tnya ustaz adalah:

1) Adakah org kafir yg nak peluk Islam cukup sekadar mengucap 2kalimah syahadah?
Ustaz: Ya. Walaupun dia xmenzahirkan, tp disisi Allah, dia telah memeluk Islam.

2) Habis tu, dorang nie perlu sunat ke tak??
Ustaz: kalau lelaki, perlu... perempuan, xyah pon xpa...

3) Hurm... Kalau org yg berzina, mengandung, then dia kawen b4 dia lahirkan anak tu, boleh ker dia "bin" kan anak dia tu pada suami dia?
Ustaz: Sekiranya lepas dia kawen dan baby tu ada lam perot dia melebihi tempoh 6 bulan (bape hari ntah, luper..^_^...) b4 dia bersalin, hukumnya boleh.. tapi lau kurang drpd tu, xleyh.. lau ikut kebiasaan negara kita, kene "bin" kan dgn Abdullah...

4) Boleh tak kita dedahkan aurat kita pada non-Muslim bila kita dok lama ngan dorang?? Contohnya cam PLKN ar.... Adakah boleh dikategorikan sebagai darurat??
Ustaz: Tak boleh... Dikhuatiri, dorang akan bukak keaiban kiter.. tapi, sekarang ada perbezaan pendapat, kerana zaman sekarang cara hidup berbeza.. Untuk memudahkan wanita.... (benda nie ustaz pon xsure sgt)

5) Ustaz, caner ek bg lelaki yg lembut2 tuh?? kira cam pondan ar.. kadang2, tu memang fitrah dorang ke ek??
Ustaz: hahaha... itu saya xboleh nak cakap.. coz kadang2 memang semula jadi.. tapi, ada ja yg suka buat2.. tapi lau yg buat2 tu of coz la dosa besar jawabnya...

6) Kenapa lelaki sangat dilarang untuk memakai sutera ea??
Ustaz: Sebab lelaki yg gagah takkan nak pakai sutera?? sedangkan sutera itu lembut dan untuk wanita..

7) Lelaki xleyh pakai emas puteh ker?? -ni soklan dr Syira-
Ustaz: Tak boleh sebab ianya still mengandungi unsur emas...

8) Caner ek, saya sampai masjid lambat, pastu tazkirah dah mula, tapi saya solat dulu. then, tengah solat tu, dalam masa yg sama, saya terdengar sekali tazkirah tu???
Ustaz: hahaha.. tu masalah khusyuk.. bukannya masalah nak menghukum.. (nie soklan dari wajdi.. -buat ku tergelak ja-)

p/s: jawapan dr ustaz tu ayat ku sendiri tapi xlari la dari jawapan yg ustaz bg...


Friday, October 22, 2010

Kemah Emo~



Malam nie air mata adalah teman baik aku...
entah kenapa aku jadik emo gila..
chatting ngan ex adik dorm aku pon meleleh... hakhakhak..
kemah2~

seriously, aku rindu zaman sekolah dulu.
dah masuk u nie, takkan dapat rasa nikmat hidup bersenang lenang cam kat sekolah.
mana taknya, kat u kene banyak berdikari...
kat sekolah dulu, semua depan mata..
tinggal nak blaja jer.

So, korang2 yang masih blaja kat sekolah tu,
nikmatilah sementara masih ada...
bukan nikmati dengan cara yang salah taw... ^_^

Kenangan tyme kat sekolah, ngan dak2 dorm aku, clas8 aku, takkan aku lupa..
korang!!!
aku sayang korang semua!!!

dedikasi buat adik dorm aku:
zalikha, zizie and syuhada..
akak doakan korang dapat buat yang terbaek tok SPM nie!!
yosh!! ganbatte kudasai... ^_^


Monday, October 18, 2010

Abang Cintakan Saya???


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka;


Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?


Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!


Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.


Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!


Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.


Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”


Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.


Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.


Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.


Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”


Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….. 

Cinta sejati tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kekurangan.....

Sunday, October 17, 2010

Kebaikan & Khasiat Susu Kambing

Assalamualaikum... Entry kali saya nak citer pasal susu coz saya suka minum susu... ^_^ So, saya nak ajak kawan2 saya minum susu.. Sedap taw =)

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu. Antara kebaikan susu kambing untuk kesihatan manusia boleh dihuraikan seperti berikut:

Susu Kambing Mudah Hadam

  • Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.
  • Disebabkan zarahnya yg halus & sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastric.

Alahan Laktosa

  • Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah
  • Susus kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.

Susu Kambing Bersifat Alkali

  • Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.
  • Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Susu Kambing Mengandungi Acid Lemak Yang Baik

  • Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yg mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.

Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir

  • Susu kambing tidak membentuk lender sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.

Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium

  • Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganic Sodium

  • Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodiem didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).

Susu Kambing – Keajaiban Untuk Kebaikan Kesihatan

  • Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat.
  • Kandungan potassium & calcium yg tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
  • Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
  • Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).
  • Susu kambing juga mengandungi factor anti barah.

Thursday, October 14, 2010

Hati !N! Milik Siapa?


================================

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "

Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..

Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam.

"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,

"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.

Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire


"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.

Lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.

Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil.

"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..

Mak takut pada Allah.

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain..

"Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.

Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."

emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.


Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?


"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.

Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."


Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,

"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.


Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..


Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.


"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."


"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha


"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.


"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya....


=================================


Kasih ibu..tak ada pengakhiran..xseperti cinta sesama manusia..kita tak tahu bila hati kita akn dipalingkan walaupun kita berusaha untuk setia..

tak ada ibu yang mahu anaknya menconteng arang di mukanya..tak ada ibu yang percaya anak y dididiknya tidak mengikuti didikannya..melainkan kalau ia telah terbukti..

lembutnya hati ibu,sedia memaafkan diri walaupun anak telah buncit dikerjakan orang,walaupun anaknya sudah ternoda dek sentuhan lelaki,walaupun anaknya telah merosakkan anak dara orang lain...

lembutnya hati ibu,lebih rela menyalahkan diri sendiri walaupun ia bukan salah ibu mengandung...=(


IBU...

EMAK..

MAMA..

UMMI...

MUMMY...

MUM..


semuanya 1 dalam seribu..tiada pengganti dan tiada y terbaik selainnya..

Wahai muslim n muslimah budiman...

bayangkanlah wajah ibumu..

bila kamu dilanda gelora cinta..

bila kamu ingin masuk ke pelukan pasanganmu..

bila kamu ingin berbicara melebihi batasan bersama pasanganmu..

bila kamu ingin membalas semula cinta dr insan y xhalal bgmu..

bila kamu terfikir utk melakukan dosa...

bila hatimu berdebar atas perbuatanmu...

bila kamu sudah melupakan ibumu akibat hebatnya panahan cinta itu.....

bila2 masa sahaja...

agar kamu tahu...

kepercayaan yang dipatri oleh ibumu terhadapmu...

tak mungkin akan dimiliki lg andai engkau cairkan...

agar kamu tahu...

apabila ibumu terluka...

tercatat sudah namamu sbg anak derhaka...

agar kamu tahu...

bahawa dialah insan yang melahirkn n mmbesarkanmu..

dgn titis susunya..

dgn sedaya upayanya..

dgn 1 juta pngorbanan y xmungkin kau balas....

PELIHARA DIRIMU.....(Y_Y)


sumber: Amirul Mukminin

Bahagian2 Sihir


Kita sering mendengar tentang fenomena sihir. Seram sejuk dibuatnya kerana takut terkena sihir. Mana tidaknya, dalam keadaan tanpa kita sedari, kita sudah pun disihir. Mengapa perlu sihir? "Rambut sama hitam, tapi hati lain - lain." Kebiasannya, manusia menggunakan sihir untuk kepentingan diri mereka sendiri atau membalas dendam atau mungkin ketidakpuasan hati terhadap sesutu perkara. Menurut prmbacaan ana, didapati sihir itu terbahagi kepada 15 bahagian:

  1. Sihir Pemisah, iaitu untuk memisahkan di antara suami dengan isterinya atau di antara anak dengan ibunya atau di antara kawan dalam satu syarikat.
  2. Sihir Pengasih (nasi kangkang) iaitu sihir yang dilakukan oleh isteri melalui bomoh terhadap suaminya untuk tujuan mengawal suaminya.
  3. Sihir Khayal, iaitu sesorang melihat sesuatu tidak mengikut gambaran sebenar.
  4. Sihir yang menyebabkan seseorang menjadi gila.
  5. Sihir yang menyebabkan seseorang itu suka murung dan menyendiri.
  6. Sihir menerusi bisikan, seperti mimpi yang buruk, mendengar suara tetapi tidak melihat manusia, banyak was-was, banyak syak, melihat dalam tidur bahawa dia sedang jatuh dari tempat yang tinggi.
  7. Sihir yang menyebabkan seseorang jatuh sakit.
  8. Sihir yang menyebabkan wanita meneluarkan darah selepas masa haidnya yang biasa.
  9. Sihir yang menyebabkan seorang wanita tidak berkahwin. Biasanya jin akan memasuki mangsa dalam salah satu keadaan berikut: sangat takut, sangat marah, sangat lupa dan terlalu menuruti hawa nafsu.
  10. Sihir yang menyebabkan suami tidak mampu bersama isterinya.
  11. Sihir yang meneyebabkan isteri tidak memberi peluang kepada suaminya untuk bersama, sekalipun si isteri menghendaki sebaliknya.
  12. Sihir yang menyebabkan si isteri tidak merasakan apa2 ketika bersama dengan suaminya.
  13. Sihir yang meneyebabkan wanita mengeluarkan darah ketika mahu bersama dengan suaminya.
  14. Sihir yang menghalang suami isteri bersama kerana laluan tertutup.
  15. Sihir yang menyebabkan anak dara yang berkahwin didapati oleh suaminya seperti janda ketika bersama.

Sumber: Isu Dakwah Dan Kemanusiaan Dalam Era Globalisasi.

Saturday, October 9, 2010

KeWaJ!PaN Se0RaNg MuSL!m...

  • Membaca al-Quran -
"Al-Quran ini adalah sajian Allah, oleh itu terimalah sajiannya sekadar yang kamu boleh" (Riwayat al-Hakim daripada Ibn Mas'ud)

  • Memperelok bacaan al-Quran -
"Maka tidaklah mereka menghayati (bertadabbur) al-Quran" (Surah an-Nisa' 4:82)

  • Mempelajari sirah dan sejarah salafussoleh

  • Menjaga kesihatan -
"Dan seorang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih disayangi oleh Allah daripada seorang yang lemah. Dan pada setiap mereka ada kebaikan."

  • Mengelak minum minuman manis berlebihan (kecuali perlu) & sesuatu yang boleh menyebabkan ketagih (rokok dll) -
Mengambil sesuatu yang menyebabkan ketagihan seperti kopi menjadikan seseorang itu lemah bila dihentikan pengambilannya.

  • Menjaga kebersihan tempat tinggal, pakaian, makanan, tubuh badan, tempat kerja dll. -
"Allah itu cantik dan sukakan kecantikan"

  • Bercakap benar, tidak berdusta -
"Sesungguhnya bercakap benar itu memimpin ke arah kebaikan dan kebaikan pula memimpin ke syurga"

  • Menepati janji

  • Bersedia, berani memikul tanggungjawab

  • Bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara yang tidak sampai mengahalang untuk bergurau yang benar dan tersenyum -
"Dasar kehidupan Muslim ialah serius. Gurauan Rasulullah hanya ibarat garam pada makanan, sedikit sekali"

  • Pemalu, halus perasaan, mudah peka pada yang baik dan buruk. Merendah diri bukan kerana hina atau lemah. -
"Malu itu satu cabang iman." (Muttafaqun alaih)

  • Berlaku adil dan membuat hukuman yang betul. -
"Jadilah kamu penegak keadilan." (Surah an-Nisa' 4:135)

  • Bersifat belas kasihan.

  • Berusaha membaca dan menulis dengan baik.

Sumber: Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul by Fatimah Syarha Mohd Noordin