Thursday, October 14, 2010

Bahagian2 Sihir


Kita sering mendengar tentang fenomena sihir. Seram sejuk dibuatnya kerana takut terkena sihir. Mana tidaknya, dalam keadaan tanpa kita sedari, kita sudah pun disihir. Mengapa perlu sihir? "Rambut sama hitam, tapi hati lain - lain." Kebiasannya, manusia menggunakan sihir untuk kepentingan diri mereka sendiri atau membalas dendam atau mungkin ketidakpuasan hati terhadap sesutu perkara. Menurut prmbacaan ana, didapati sihir itu terbahagi kepada 15 bahagian:

  1. Sihir Pemisah, iaitu untuk memisahkan di antara suami dengan isterinya atau di antara anak dengan ibunya atau di antara kawan dalam satu syarikat.
  2. Sihir Pengasih (nasi kangkang) iaitu sihir yang dilakukan oleh isteri melalui bomoh terhadap suaminya untuk tujuan mengawal suaminya.
  3. Sihir Khayal, iaitu sesorang melihat sesuatu tidak mengikut gambaran sebenar.
  4. Sihir yang menyebabkan seseorang menjadi gila.
  5. Sihir yang menyebabkan seseorang itu suka murung dan menyendiri.
  6. Sihir menerusi bisikan, seperti mimpi yang buruk, mendengar suara tetapi tidak melihat manusia, banyak was-was, banyak syak, melihat dalam tidur bahawa dia sedang jatuh dari tempat yang tinggi.
  7. Sihir yang menyebabkan seseorang jatuh sakit.
  8. Sihir yang menyebabkan wanita meneluarkan darah selepas masa haidnya yang biasa.
  9. Sihir yang menyebabkan seorang wanita tidak berkahwin. Biasanya jin akan memasuki mangsa dalam salah satu keadaan berikut: sangat takut, sangat marah, sangat lupa dan terlalu menuruti hawa nafsu.
  10. Sihir yang menyebabkan suami tidak mampu bersama isterinya.
  11. Sihir yang meneyebabkan isteri tidak memberi peluang kepada suaminya untuk bersama, sekalipun si isteri menghendaki sebaliknya.
  12. Sihir yang menyebabkan si isteri tidak merasakan apa2 ketika bersama dengan suaminya.
  13. Sihir yang meneyebabkan wanita mengeluarkan darah ketika mahu bersama dengan suaminya.
  14. Sihir yang menghalang suami isteri bersama kerana laluan tertutup.
  15. Sihir yang menyebabkan anak dara yang berkahwin didapati oleh suaminya seperti janda ketika bersama.

Sumber: Isu Dakwah Dan Kemanusiaan Dalam Era Globalisasi.

Saturday, October 9, 2010

KeWaJ!PaN Se0RaNg MuSL!m...

  • Membaca al-Quran -
"Al-Quran ini adalah sajian Allah, oleh itu terimalah sajiannya sekadar yang kamu boleh" (Riwayat al-Hakim daripada Ibn Mas'ud)

  • Memperelok bacaan al-Quran -
"Maka tidaklah mereka menghayati (bertadabbur) al-Quran" (Surah an-Nisa' 4:82)

  • Mempelajari sirah dan sejarah salafussoleh

  • Menjaga kesihatan -
"Dan seorang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih disayangi oleh Allah daripada seorang yang lemah. Dan pada setiap mereka ada kebaikan."

  • Mengelak minum minuman manis berlebihan (kecuali perlu) & sesuatu yang boleh menyebabkan ketagih (rokok dll) -
Mengambil sesuatu yang menyebabkan ketagihan seperti kopi menjadikan seseorang itu lemah bila dihentikan pengambilannya.

  • Menjaga kebersihan tempat tinggal, pakaian, makanan, tubuh badan, tempat kerja dll. -
"Allah itu cantik dan sukakan kecantikan"

  • Bercakap benar, tidak berdusta -
"Sesungguhnya bercakap benar itu memimpin ke arah kebaikan dan kebaikan pula memimpin ke syurga"

  • Menepati janji

  • Bersedia, berani memikul tanggungjawab

  • Bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara yang tidak sampai mengahalang untuk bergurau yang benar dan tersenyum -
"Dasar kehidupan Muslim ialah serius. Gurauan Rasulullah hanya ibarat garam pada makanan, sedikit sekali"

  • Pemalu, halus perasaan, mudah peka pada yang baik dan buruk. Merendah diri bukan kerana hina atau lemah. -
"Malu itu satu cabang iman." (Muttafaqun alaih)

  • Berlaku adil dan membuat hukuman yang betul. -
"Jadilah kamu penegak keadilan." (Surah an-Nisa' 4:135)

  • Bersifat belas kasihan.

  • Berusaha membaca dan menulis dengan baik.

Sumber: Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul by Fatimah Syarha Mohd Noordin

Friday, October 8, 2010

Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami


Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta pada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan olehMu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,
andainya dia bukan jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan padaku.

Aminah Qutb
(adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati ditali gantung kerana ketajaman penanya)

Sumber: Buku bejudul "Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul" by Fatimah Syarha Mohd Noordin.

Thursday, September 30, 2010

Siapa Kita?


Assalamualaikum..
Entry kali nie aku amik dari satu risalah uni aku... lau rajin silalah baca yer~

~tatkala sibuk dgn urusan seharian, kita trkadang lupa utk brtanya pd diri kita, SIAPAKAH KITA sebenarnya..... mari sejenak kita merenung bersama mencari jawapan, SIAPAKAH KITA...?


SIAPAKAH ORANG YG SOMBONG?
  • Org yang diberi penghidupan tapi xmahu sujud pada yg menjadikan kehidupan itu iaitu Allah.
SIAPAKAH ORG YG TELAH MATI HATINYA?
  • Org yg diberi petunjuk melalui ayat2 Al-Quran, hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa xda apa2 dalam jiwa utk bertaubat.
SIAPA ORG YG DUNGU PALE OTAKNYER?
  • Org yg xnak beribadah tapi sangka Tuhan xkan menyeksanya dgn kelalaian tu dan sering rasa tenang dgn maksiatnya. (na'uzibillah)
SIAPA ORG YG KUAT?
  • Org yg dapat tahan marahnya.
SIAPA ORG YG LEMAH?
  • Org yg tgk maksiat depan mata tp xda sikit pon rasa benci dalam hati pada kemungkaran tu.
SIAPA ORG YG BAKHIL?
  • Org yg berat sgt lidahnya utk salawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
SIAPA ORG YG BUTA?
  • Org yg xmo baca & teliti kebesaran Al-Quran and amik pelajaran darinya.
SIAPA ORANG YG SIBUK?
  • Org yg xjaga waktu solatnya seolah2 dia ada kerajan Nabi Sulaiman.
SIAPA ORG YG MANIS SENYUMANNYA?
  • Org yg ditimpa musibah lalu dia berkata "Innalillahi wainna ilaihi raji'un.." lalu sambil berkata "Ya Rabbi aku redha dgn ketentuanMu", sambil mengukir senyuman.
SIAPA ORG YG MENANGIS AIRMATA MUTIARA?
  • Org yg bersedirian mengenang dosa dan memikirkan kebesaran Allah, lalu menitiskan air mata.
SIAPA ORG YG PANDAI?
  • Org yg bersiap sedia utk kematiannya kerana dunia ini hanya sementara dan singkat waktunya.
SIAPA ORG YG BODOH?
  • Org yg sgt berusaha utk dunia tapi akhirat diabaikan.
SIAPA ORG YG MAJU DLM HIDOPNYA?
  • Org yg sentiasa tingkatkan ilmu agamanya.
SIAPA ORG YG RUGI?
  • Org yg boleh kata tua tapi xsedar2 nak buat amal ibadat.
SIAPA ORG YG DITIPU?
  • Org yg percaya mati tu hanya akan sampai bila kita tua nanty.
SIAPA ORG YG CANTIK?
  • Org yg punyai akhlak yg baik.
SIAPA ORG YG ADA AKAL?
  • Org yg akan menghuni syurga kelak coz tahu guna akal tyme kat dunia utk hindar siksa neraka.
LALU SETERUSNYA, SIAPAKAH KITA??

Thursday, September 23, 2010

Sakit Jiwa~



k***: "kemah, aku ngah single nie. carikkan aku sorang kawan ko. aku nak yang baik + lawa."
aku: "ko ni dah kesunyian sangat ke weh?"
k***: "xlah, saja ja.huhu."

Apa yang ku nak ceritakan kat sini, adakah kita memang perlukan pasangan atau senang cakap awek@pakwe b4 kita nikah? Diakui zaman sekarang majoriti remaja sudah mempunyai pasangan mereka masing2~ Macam dah jadik trend zaman sekarang, pelik kalau xda pasangan. Pelik ker? Entahlah, kadang2 aku sbg remaja sendiri menghadapi masalah untuk atasi situasi ini. Aku ada gak ar pengalaman bercinta neyh.. Tapi, di usia hubungan yg mencecah sebulan, aku mintak putus. Bukan apa, tak nak hati ini lebih sakit dilukai~

Sebenarnya tak perlulah kita mengejar2 cinta manusia. Better kita carik cinta pencipta cinta itu..... Cinta Allah takkan pernah mengecewakan kita. Ingat Allah, hati kita tenang, dekat dengan Allah, banyak pahala kita dapat. Sekiranya banyak ujian yg menimpa kita, bukanlah bererti Allah xsayang kita, tapi Allah nak uji sejauh mana kita yakin pada Allah, kita percaya pada Allah, yang Dia akan bantu kita. Bila kita susah, kita akan sentiasa berdoa dan minta pertolongan dariNya. Kita semakin dekat denganNya. Itu yang Dia mahu~

Kat sini aku nak ingatkan diri aku and korang semua, jom kita kejar cinta Yang Maha Esa, pencipta kita. Satu hari nanti, kita akan kembali padaNya~ Bersediakah kita sebagai seorang hamba untuk bertemu denganNya dengan cinta yg kita bawa? Pikir2kanlah.....

Saya Cinta Allah
Saya Cinta Rasulullah

Saya Cinta Ibu dan Ayah

Saya Cinta Keluarga
Saya Cinta Sahabat2 sayer lillahita'ala..... ^_^

Tuesday, September 21, 2010

cukup ilmu tak??


semalam aku terpana + tersentak + terkaku jap~ tetiba ada orang telah mengutarakan soklan nie pada aku.....

"apa maksud.....ISLAM?"

tak penah2 ada orang tanya aku soalan camni..... and tak penah aku terfikir apa apa nak jawab lau ada orang tanya kat aku~ dengan tenang aku pon menjawab.....

"Islam mengandungi 3 perkara utama iaitu tauhid, akidah dan akhlak. tauhid merangkumi keimanan dan kepercayaan kita pada Allah. mengEsakan Allah dan bukan menyekutannya....."

bla bla bla... aku jawab lah apa yg aku tahu dengan sedikit ilmu yg aku pelajari selama 20 tahun aku hidup.

apa yg aku nak bgtau kat sini, aku TERsedar yg ilmu aku xcukup lagi.. memang sangat sedikit lau dibandingkan dengan ilmu Allah yg sangat banyak bahkan lebih banyak jika diukur dengan seluas laut sekalipun.. Subhanallah~ ustaz aku penah cakap yg ilmu fardhu ain tu ada 3 cabang utama:
  1. ilmu tauhid-mengEsakan Allah
  2. ilmu fiqh-fiqh ibadah + fiqh munakahat
  3. ilmu tazkiyyatun nafs-memperbaiki diri kepada yg lebih baik
so, aku nak ajak korang jomlah kita sama2 memperbaiki diri dan carik ilmu agama sebanyak yg mungkin and semampu yg kita boleh selagi dikurniakan nikmat sehat nie~ Islam itu Indah~ selalu kita dengar ungkapan nie kan. tapi, lau xdapat nak menghayatinya pon xguna jugak~

btw, semoga kita semua sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah daripadaNya~ amin..... ^_^

Friday, September 10, 2010

1 Syawal~

Alhamdulillah~ Segala puji bagi Allah, dapat gak aku celebrate raye tahun nie~ sedih ar Ramadhan pergi meninggalkan kiter. aku suka bulan Ramadhan sebab apa tau; pahala berganda and takder hantu,, hehehe..

btw, juz wanna share pengalaman raya tahun nie..^_^ malam raya kat tempat aku dah meriah ngan bunyi mercun + meriam +bunga api."damm dumm" and "kaboommm"!! huhuhu.. memang meriah ar~ malam raya la aku ngan family baru nak sebok pasang langsir, basuh gelas+bekas kueh raya+masak and bla bla bla...

esok paginya(pagi raya lar) renyai2 hujan turun,, first2 agak lebat gak r~nak monjong(anta mkanan kat umah org) pon xley~ basah la baju aku nanty*_* then ayah aku yg baik hati pon mengofferkan dirinya utk bawak aku and adik aku naik kete~ ngeee,,,, dah siap pakai baju raya and make up semua,, kitorang pon bermaaf-maafan ^_^ rasa kurang sikit dosa aku,, haha~ dahtu pe agy, cam biasa "kita gerak sekarang" >>umah nenek ^_^

sampai jer umah nenek.........."kak, xramai org pon". "aah la, naper ek??" xlama lepas tu, halaman umah nenek penoh ngan kete~ pergghh.. ramainya sanak saudara dtg berkunjung ke umah nenek,,, heheh.. tyme ni la baru dapat bersua muka ngan sanak saudara yang jauh di mata..cewwaahh~ lepas bermesra2 dah tgh hari kitorang pon balik ar.. mak aku kerja ptgnya. so xdapat la nak berlama-lamaan kat umah nenek..

kepada sepupu aku>>wati>>good luck PMR ea~ ^_^
to u all>> selamat hari raya maaf zahir & batin... ^_^
semoga raya tahun nie akan membawa seribu satu erti pada kita semua...^_^