Friday, August 10, 2012

Mari kita Bunuh Cicak!!

pelbagai jenis cicak :)
Assalamualaikum semua :)
Rini aku nk menyemarakkan semangat korang2 semua untuk membunuh cicak..
hehe.. dah macam nk jadi pembunuh tegar je.
juz wanna share with u alls yg aku memang pantang kalau nampak cicak!
lagi2 tahi cicak!! cess.. cukup aku bengang!
syukurlah bunuh cicak tu sunat.
dapatkn info lebih di SINI dan SINI :)
Apa aku buat kalau nmpak cicak?
Aku akan tangkap pastu panggil kucing aku.. (meow2)
bg kucing aku mkn.. (eerrkk.. takkan aku nak makan?)
disamping aku puas hati dpt gembirakan kucing aku sebab dpt mkn cicak, at least berkurang la sumber cicak yg suka berak merata2 tu kan.. *sigh*
so, korang2 yg kat luar sana, bunuhlah cicak! hehhe.. 
say No to tahi cicak! kekeke..
adios~

xdapat dinafikan kau agak comell =p
gerek seyh!!!
                                     


Thursday, August 9, 2012

Madah Bicara


Orang yg bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca ialah sumber hikmah.
Membaca menyediakan waktu ketawa kerana ketawa ialah muzik jiwa. 
Membaca menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir adalah pokok kemajuan.
Beramal adalah pangkal kejayaan.
Beribadat ialah ibu segala ketenangan jiwa =)

Nak Jadi Baik Memang Lambat


"Ustaz, saya dulu hafiz al-Quran. Dulu, solat ini memang saya tidak tinggal. Saya semakin hanyut dengan dunia. Sekarang, saya sudah tidak solat. Saya ingin berubah. Masih adakah sinar untuk saya?"

Ustaz N memandang telefon bimbit Masjid Kuning Kota Damansara. Bagus masjid ni. Ada segmen Tanyalah Ustaz. Sesiapa jemaah yang ingin bertanya, boleh menghantarkan SMS.

"Masih ada sinar" Ustaz N menjawab pendek.

Jemaah mengangguk. Kebanyakannya faham sifat al-Ghafur Allah. Jemaah di situ memang boleh letak belakang nama mereka dengan Ahmad atau Abu al-Damansari. Berlumba-lumba duduk di dalam taman-taman Syurga ilmu.Marvellous!

Ustaz N menyambung, "Kembalilah kepada Allah, nak. Allah menciptakan rahmat sebelum menciptakan murka. Pintu taubat terbuka luas. Sibukkan diri dengan kebaikan. Jika anda jatuh, maknanya, masa anda masih banyak yang belum diisi dengan kebaikan."

"Terima kasih, Ustaz. Macam mana nak jadi baik? Apa langkah pertama untuk saya berubah selepas bertaubat?"


"SMS masuk, Pak" Telefon Bimbit Tanyalah Ustaz berbunyi lagi.

Ustaz N tersenyum. "Pernah tidak dengar kisah Abu Hurairah r.a. bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w. tentang seorang yang solat tetapi masih mencuri?"

Jemaah terlopong. Sah, tak dapat nak recall. Ini yang pentingnya hadir di ceramah-ceramah dan kuliah. Dapat peringatan, dapat refresh ilmu, dapat kesedaran. Dapat macam-macam. Best!

Ustaz N menarik nafas dan berkata, "Abu Hurairah r.a. bertanya bagaimanakah orang yang sedemikian? Rasulullah menegaskan, solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri."

Jemaah mengiyakan. Mereka teringat firman Allah s.w.t bahawa solat akan mencegah perkara keji dan mungkar.

"Maksud baginda Rasulullah s.a.w. dengan memperbaiki dan meningkatkan mutu solat, dari segi rukun qauli (percakapan), rukun fi'li (perbuatan) dan rukun qalbi (rasa hati), lambat laun solat akan berjaya menjadi benteng kepada amalan keji dan mungkar."

Jemaah berpandangan sesama sendiri. Mereka tersenyum dan mengangguk.

"Kesimpulannya, nak jadi baik memang lambat. Nak membina memerlukan masa. Nak meruntuh sekelip mata. Teruskan bermujahadah untuk istiqamah. Tutup ruang-ruang untuk melakukan kemaksiatan. Isi kehidupan dengan kebaikan. Berkawan dengan kawan-kawan yang baik. Usaha dan terus usaha. Insya-Allah, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita."

Dalam jemaah itu, seorang anak muda tunduk. Matanya berkaca. Dia berbisik:

Ya Allah, dosaku menggunung tinggi, tapi rahmat-Mu melangit luas. Ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat. 


sumber:penpatah.blogspot.com

Wednesday, August 8, 2012

Kenapa Allah Uji Aku?



Soalan 1: Kenapa Aku Diuji?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."
(Surah al-Ankabut ayat 2-3).


Soalan 2 : Kenapa Aku Tidak Dapat Apa Yang Aku Idam-Idamkan?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)


Soalan 3: Kenapa Ujian Seberat Ini?

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(Surah al-Baqarah ayat 286)


Soalan 4: Kenapa Kita Rasa Kecewa?

"Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman"
(Surah Ali Imran ayat 139)


Soalan 5: Bagaimana Harus Aku Hadapi Kesusahan Ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
(Surah al-Baqarah ayat 45)


Soalan 6: Kepada Siapa Aku Berharap?

"Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal"
(Surah at-Taubah ayat 129)


Soalan 7: Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ujian Ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka"
(Surah at-Taubah ayat 111)


Soalan 8: Aku Tidak tahan dengan ujian ini!
"...dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"
(Surah Yusuf ayat 12)


Soalan 9: Sampai bila aku Akan Merana?


"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
(Surah al-Insyirah ayat 5-6)


Akhir kata

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah "
(Surah Al-Hadid ayat 22)

"Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz)"
(Surah Yunus ayat 61)

Tuesday, August 7, 2012

Men are from Mars, Women are from Venus


Assalamualaikum and salam sejahtera :)
Today wanna share about this book. setelah sekian lama aku mencari buku nie, lastly jumpa jugak!
dah, nak gi MPH xterpegi2. kat tg karang ni mana la nak ada MPH.
kalau kat Nilai, boley gak gi Alamanda.
Aperpun, dah jumpa buku ni kat 1 plaza, kuala selangor.
Apa yg best pasal buku nie?
best!! 
sebab it tells us the different between man and women.
the different between their way of thinking and attitude.
the reason why they do that and etc etc....
i believe maybe ramai yg dah baca kot cume me je yg ketinggalan baru nak baca.. huhu..
it's ok, my fren penah cakap
"better late than never"
kan3? =)
oryte, hari tu jumpa buku ni terus beli 2.
sebab satu nak bg kat 'abg' (hope die xbaca entry ni before dia dpt buku ni) ^^,
okies, sapa yg xbaca lagi buku ni. bacerlah! :)
ia membantu ada serba sedikit dari segi komunikasi.
lau tak nak beli baca online pon ada.
sampai di sini sajer. sayonara~

Monday, August 6, 2012

Kenapa Couple tu Haram


(Peringatan untuk diri sendiri)


Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..


Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!

Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu???

Sizuka : Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah…awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram…sehinggalah nobita mula meluah perasaan…

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???

Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi…awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan…kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ……

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

Renung2kan
Sumber: penpatah.blogspot.com

Nor Husna Md Salim

saya dan kak husna :)

Annyong! Assalamualaikum akak =)
Akak, firstly nak cakap... Saranghaeyo!! :)
hehe.. thanx a lot sangat2 banyaknyer coz sudi jadi kawan kite masa susah dan senang. Akak always ada masa kite nanges ke mase kite gembire ke and macam2 masa lagi lah.. I'm writing this post dikala i 
really miss u at this moment.. hehe.. Miss U!
Akak, banyak kenangan kita dulu2 kan? Bila ingat balik nak gelak ada, nak nanges ada. bercampur baur lah perasaan nie.
kene marah ngan akak, kene bebel ngan akak. aish.. macam2 lah. haha..
time kasih sebab suke belanje kite makan.. hihi.. nanty kawen WAJIB jemput kite tau.
maybe sem depan dah xdapat nak luangkn masa bersama sgt. lgpun tempat tinggal dah xsama. 
tapi xpe, ape2 hal roger je kiter ea. saya dtg macam superman.. hihi.
akak, kite nak mintak maaf banyak2 ea selama kita berkawan kita banyak kecikkan aty akak.
akak tu dah la memang kecik (bukan rendah, tp kurus), makin kecik dibuatnyer.
huhu. lau gaduh2 tu buat la sbg kenangan jer. 
aperpun, sayang akak n thanks a lot sudi jadi kawan baek kite! =)
SAYANG AKAK!! ^^,

Posted on by Nakemah San | 1 comment