Wednesday, November 14, 2012

Hari Yang Diharamkan Berpuasa



"kriiiinngg!!!"
Seawal pagi lagi mak dah tepon. mak nak tahu hari nie, 1 Muharam nie, boleh puasa tak. Untuk perkongsian sahabat, hari yang diharamkan berpuasa adalah seperti berikut =)
Pertama : Diharamkan berpuasa pada hari raya Eidul Fitri dan hari raya Eidul Adha. Samada puasa sunat atau pun puasa wajib ataupun nazar . 
Kedua : Hari Tasyrik iaitu 11,12,13 Zulhijjah.

Ketiga : Puasa sunat pada hari Syak tanpa sebab ataupun berpuasa untuk ramadhan .

HARI SYAK ITU IALAH TIGA JENIS:- 
1. Hari yang manusia bercakap padanya telah kelihatan anak bulan tanpa membawa datang si penglihatnya .

2. Hari yang didakwa akan penyaksian anak bulan padanya oleh sesiapa yang tidak diterima penyaksian dan perakuan daripada mereka, seperti kanak-kanak, orang perempuan , orang fasik , hamba dan hari itu jatuh hari ke- 30 Syaaban .

3. Sekiranya kita yakin pada kebenaran dakwaan melihat anak bulan , maka wajib berpuasa , sekiranya membenarkan sahaja tanpa keyakinan maka haru berpuasa , kalau sekiranya syak pada kebenaran dakwaan tersebut maka haram berpuasa padanya.

Saturday, November 10, 2012

Hakikatnya ~_~

Terlalu menyedihkan apabila kita menemui seseorang dan mencintainya, dan kemudian kita menyedari bahawa dia bukanlah jodoh kita, kita mensia-siakan hari demi hari untuk seseorang yang tidak untuk kita. jika hari ini dia bukan untuk kita, sememangnya hatta 10 tahun lagi pun, dia tetap bukan untuk kita...terimalah, lepaskan dia pergi.