Sunday, October 30, 2011

Seuntai Rasa




Apabila berbicara tentang remaja saja, kerapkali akan dikatkan dengan cinta.
Mengapa?
Mungkin pada usia remaja mereka mengalami fasa ingin disayangi, ingin diambil berat, 
dan semuanya lah ingin.
 Ya, aku akui, aku juga pernah merasai benda yang sama. 
Tapi, aku selalu, fikir, xboleh ke alam remaja yang aku sedang lalui ni tanpa rasa begitu?
Kalau me and the gang cherita pasal perasaan ni, memang kalau sepanjang perjalanan 
dari Perlis sampai ke Johor takkan habis punyalah. 
Untuk sedapkan hati, aku selalu bertanya pada diri aku sendiri.
Percaya pada jodoh Tuhan tak?
Bagi mereka yang beragama Islam haruslah akan menjawab "ya" kan?
So, kenapa nak pening2 nak bercinta lah, ape lah.
 Tak fikir ke, kalau putus cinta nanti akan sakit hati jer. 
Tiba-tiba ada satu suara mencelah "Dah perasaan tu datang sendiri, bukan saya yang mintak. 
Cinta tu kan fitrah"
Ya, memang. Aku tahu. Aku pun pernah bercinta.
 Aku pun pernah kecewa bercinta. Tapi tyme aku bercinta taklah kemaruk mana.
 Means xda pun nak keluar2 dating ke, gayut berejam-rejam ke dan sebagainyalah.




Apa yang aku perhatikan sepanjang aku menempuh jerih perit kehidupan ni,
 berdasarkan pengalaman kawan2 sekeliling,
 bercinta ni banyak deritanya daripada manisnya.
Kalau bahasa basi-basi nya, lagi banyak racun dari madu la.
 Ada yang sampai nak bunuh diri la. Nangis berbulan-bulan. 
Tak mahu makan lah. And macam macam lagi lah bentuk penyeksaan yang ada.
Aku bersyukur la aku tak pernah rasa semua tu. 
"Ya Allah, jauhkanlah aku dari semua perkara-perkara tu Ya Allah" Amiinn...


Okeh, ni satu bab aku nak share. Pernah dengar tak kawan makan kawan? 
Umpama ikan haruan yang makan anaknya sendiri la. 
Aisy.. Ape jenis manusia la ni kan. Seriau aku. Tade perasaan agaknyer.
 Biarlah mereka dengan dunia mereka.
 Doakanlah manusia jenis ni diberikan hidayah oleh Allah.
Kita sebagai hambaNya ni sentiasalah berusaha perbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih bagus
 sebagai bekalan untuk akhirat kelak :)

Okies, dah malas nak fikir bab tu. Aku ase, aku tunggu mak aku carikkan untuk aku jelah. 
Tayah la aku susah-susah nak fikir. 
Buat sakit otak je kan. 
Sampai masa, adalah. kalau xda and xsempat kat dunia ni, 
kat akhirat nanty InsyaAllah :)


Okies, life aku sekarang stable. Little bit tension coz dah nak start mid sem. 
Cuti pun ada latihan menembak lagi. 
Dengan sakit aku yang tak sembuh-sembuh lagi.
Tapi, always remember nakemah, every ujian yang Allah bagi, 
untuk mendekatkan lagi hablu minallah kite.
 Pengalaman hidup akan mematangkan kita.
 Always think positive and u'll be ok :)
Buat kamu-kamu di luar sana, bersabarlah di setiap ujian dan dugaan yang Allah bagi.
 Ujian tanda Allah sayang kat kita. 
Balas balik rasa sayang kita pada Allah dengan berusaha untuk menjadi Muslim/Muslimah yg solehah.
(Berkata-kata memanglah senang, tapi nak mengejakannya tu, masyaAllah) 
Takpe, Allah pun dah berfirman,
 "Siapa usaha lebih, dia akan dapat lebih" 
Be strong girl! :)

Saturday, October 29, 2011

Mencari Sakinah


Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini, merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan, namun masih tak sedarkah kita tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya? Dipetik dari ceramah oleh Dr. MAZA bertajuk 'Mencari Sakinah', semoga kita semua mendapat manfaat bersama. Insyaallah...


----------------------------------------------------------------

Teks penuh video 'Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!'

Apabila kita asyik termenung
memikirkan nasib diri di sini...
merenung jauh mereka di sana 
hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
namun, kita masih tak sedar tentang hakikat 

erti kebahagiaan yang sebenarnya...
Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud 
ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh jadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya
Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita
Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk-pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan
satu dua mata lauk...
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya
Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"
Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar 
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!

[Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah]
Jika Allah hendak memnberikan kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah
Apa yang orang rasa rugi
Allah akan berikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan
[Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...]
Tuan-tuan tengoklah dunia ni
kadang-kadang tuan-tuan
manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya
saya nak sebut tuan-tuan
berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan,
kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik
Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata: "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini
Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku,
Ya Allah... tolonglah aku, aku susah ya Allah"
hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu
dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya
Orang-orang yang diberitahu kepada mereka
"Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada hang"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada kau"
"Nun, ada orang nak bertindak kepada kau"
Kata Allah: "iman dia tambah"
Bukan kita kata: "pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?"
Tidak, tidak!
Kata Quran: "iman mereka bertambah"
Mereka kata: حسبنا الله ونعم الوكيل"
"Cukuplah bagi kami, Allah...
Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"
(آل عمران: 173)
[Pengalaman sering mematangkan kita]

Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal
dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal 
Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb
إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليك

Ya Allah... aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah 
[Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat]
Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil 
kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini
Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini
Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga 
Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga
kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya:
"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Dia kata: "tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini
Segala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia
"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata: "tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka
Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya
[Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?]
Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar
Satu hamba Allah
yang patah kakinya
yang dia tidak pernah pun sebut
dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki
Dia kata: "Ya Allah... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"
Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
Tetapi insan...
bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada
[Bersyukurlah wahai diri ini...]

Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut
Syukur kadang kala makamnya lebih tinggi daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
Bila dia susah nak kata apa?
"Sabar je la, nak buat apa?"
Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan
syukur di atas nikmat
اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق

فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر

"Ya Allah... apa saja yang aku alami
daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan
bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran.
Subhanallah...!
Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها : إبراهيم: 34
Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu
Tuan-tuan... bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan
kita akan rasa ma syaa Allah hidup ini
apa yang Allah kurniakan kepada kita
lebih dari harapan kita sebenarnya
Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan
tempat tuan-tuan dilahirkan
rumah tuan-tuan dilahirkan
sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini
Ma syaa Allah...!
Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu
[Firman Allah yang bermaksud:]
"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia
ketika dia salah seorang dari dua, dia dan Abu Bakar
yakni Nabi dan Abu Bakar
Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)
Ketika dia berkata kepada sahabatnya
لا تحزن إن الله معنا

"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"
لتوبة: 40)

[Petikan dari ceramah: Mencari Sakinah, Dr. MAZA, 1 Nov 2009]

sumber: http://salafus-sholih.blogspot.com


Friday, October 21, 2011

The Memory =)



untuk melupakan kenangan bukan mudah, 
tapi xmustahil.
walaupun kenangan tu xbanyak, 
tapi ia bermakna :)


Sunday, October 9, 2011

Sepanjang perjalanan pulang :)


     Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum and hello they world!! :)
Hari ni ku balik rumah coz esok ada appoinment ngan doktor. Cuak pon ada nih. So, perjalanan aku pg tadi start dari stesen KTM UKM. After aku physical training palapes, aku pun minx kebenaran jurulatih aku untk balik. YO Pn Yati yg baik tolong hantar aku kat setesen KTM :) Mekaseh puan. Sampai2 je, tup2, depan mata aku ada "nangka". Maaf dengan bahasa, saya xberniat nak panggil anda nangka. Tapi, kepada perempuan di luar sana, saya menyeru kepada anda, silalah sedar diri sikit. Xcantik xpa. Tapi, kalau dah tau diri tu "berisi", janganlah pakai baju yg bersaiz adik umur 6 or 7 tahun yer. Saya yang segan tengok anda. Bkanlah niat saya nak menghina or what. Saya pun bukanlah insan yang sempurna =) Sekadar teguran yg xseberapa.

     Ok, seterusnya, aku pun msuklah lam KTM tu bile dia sampai untuk bawak aku ke Sg.Buloh. Tetiber ada plak minah nie jerit2. Aku yg tengah syok2 layan lagu ngan earphone, terkujut kot. Ntah ada mamat kacau dia kot. Aku pun pelik la ngan lelaki yg xpaham bahasa. Yerla, xtau la plak kalau dorang ni xtahu membaca. Dah banyak simbol and tulisan kan yg mention KOC WANITA SAHAJA. Adoyai, pondankah anda? DONUT sangat... Okies, tu satu kes, pastu ada plak pemandangan yg menggelikan bijik mata aku. Aku xtaula dorang ni kawan yg terlebih mesra ke apa. Tapi, gaya macam.... Isyh..  geli aku.. Aku ngan kawan pompuan aku pn xpenah buat camtu. Naúzubillah la ya Allah ~_~ Pastu, masukla sorang dak kecik ni ngan mak and nenek dia kot. Daripada dia masuk sampailah dia keluar, apa yg dia cakap adalah "ayah mano? nak ayah" hehe... comel je budak tu. Aku pun musykil, xpenat ke asyik tanya benda yg sama tanpa henti.

     Okeh, da sampai kat Sg Buloh, tahap kesabaran aku cam nak meletup je rase. Sabo jela aku tnggu bas. Naseb baik la jauh lagi, lau x memang aku dah jalan kaki nak menapak dah. Satu jam lebih tunggu bas saja. Masuk2 lam bas pe lagi. Membuta la aku =) Sesampainya di Kuala Selangor, isi perut sikit. Berkeroncong dah ni haih. Alangkah separuh terkejutnya aku, bas balik tg karang dah xdak. Memang xkan ada bas. Adehh, dah la duit tinggal 8 hengget je. Berjalan la aku cari tempat cocok duit. Nak tanak, balik la naik teksi. Nak nak pulak, pak cik ni klaka giler. Pelik aku. Pantang kete dekat dia wajib hon kete tuh. Aku ase, dalam average 5 minit dia akan tekan hon dia berulang kali. Mungkin tu dah jadi rutin dia kot. Hahha. Nak je aku gelak lam kete tuh. Seb bek dia pak cik, aku tahan jer =p

     Okeh, sekian saja perjalanan pulang aku ke rumah kali nie. Tetibe cam aku menyesal xbalik bawak motor jer. Lau naik motor 2 jam dah boleh sampai. Naik ktm ngan bas ni, nak dekat setengah hari. Mana taknya, tunggu bas je berejam2 ~_~Aigoo2... Okies, sekian. Selamat memulakan kuliah untuk esok hari kawan-kawan =)