Sunday, June 26, 2011

Sebuah Perjalanan

Latihan lanjutan PALAPES aku dah pun tamat semalam. Segala penat lelah, jerih perih kepayahan kemengantukan, kesengalan badan, dan bermacam2 rintangan yang ku hadapi kini sudah pun berakhir. Masalah jiwa yg melanda ketika ku sedang menjalani latihan, tengs to my dearest fren, coz sudi berkongsi and dengar luahan hati me. Tengs sgt2 ^^,


Sepanjang latihan, macam2 experience aku dapat. Syukur gak la even penatnyer tak terkata. Penat pon, bukan aku penat sorang2. Jurulatih and kawan2 aku pon penat sama. So, susah senag samer2 la kan. Sweett gitu. hehehe... Part paling best tyme latihan adalah lawatan. Selama 3 hari kitorang berjalan (naik bas tau, bukan jalan kaki). 1st day, kitorang gi Kluang, melawat IKEM(Institut Kejuruteraan Medan). Bnyak sangat benda aku blaja kat sini. Dpat naik bot tentera lagi. hehe. Peranan IKEM ekceli memang sangat besar lagi2 ketika berlakunya peperangan. Nak tahu lebih lanjut, googling yer. Takley bgtau bnyak2, rahsia negara. hehe..


Then, 2nd day kitorang gi 22 Komando kat Mersing. Kitorang masuk survival village komando and tgok persembahan dorang. Dapat makan monyet lagi. ura2 dorang la. haha.. saja nak bagi gempak... padahal kijang kot... BEST!! Sniper dorang, memang mantap la. Setelah aku mnyaksikan persembahan mereka, melihat latihan2 komando nie, aku tersedar yg actually, dorang sngat2 berjasa pada negara. Rakyat di luar sana ramai yang xmenyedari akan pengorbanan mereka memerah keringat dan membanting tulang untuk membuat persediaan mental dan fizikal. Mereka yg akan perthankan negara kita andai suatu masa nanti berlaku peperangan. Bukanlah mereka2 yg naik Mercedes ke, Unser ke, keje dok dalam air cond ker or aper2 la. So, naekkan gaji dorang!!!! hehehe...


Then, 3rd day gi TLDM kat Kuantan. Dapat naik KD Terengganu. Besar! 1st time la aku dapat naik KD nie. Teruja pon ada.  Ptg lak gi PULAMEK(Pusat Latihan Mekanize). Mesti korang tertanya2 apa ada kat sini kan? Hemm,, ada kete kebal and macam2 kenderaan untuk peperangan . Yang specialnya, kitorang dapat naek kete kebal!! hehe... Bergerak ok, bukan statik. Dapat jugak main simulasi bawak trak. Pengalaman yg best sgt!


Habis lawatan, latihan lanjutan aku pon berjalan seperti biasa. 3 hari terakhir sebelum habis latihan kitorang ada latihan pandu arah. Superb penat! Jalan kaki dengan membawa bag pack dan M16 dari dengkil (Jenderam) sampai UKM. Memang terbaik. Kitorang tak ikot jalan raya tau. Nama pon pandu arah kan. Kitorang dilepaskan dalam kumpulan, and dengan bekalan ilmu di dada, peta and kompas yg diberi, maka kami meredah bukit bukau, pencawang, paya, hutan,perkampungan and macam2 lah. Sampai jugak akhirnya!! hehehe.. Tahniah to all my ahli kumpulan. Korang memang the best! ^^,


Hari nie, cuci lambakan baju yg menimbun and ready untuk dicuci. half masuk washing machine, half tangan yg basuh.

Esok, pagi2 after subuh ready tok balik kg naik motor. Doakan selamat sampai key ^^, Miss my mum and dad already ~___~

p/s: gambar tyme latihan xdapat nak upload coz aku xda simpanan gambar. sume gambar2 kat kamera orang ~___~

Thursday, June 16, 2011

Miss =.=

“Distance never seperates two hearts that really care, for our memories span the miles and in seconds we are there. But whenever I start feeling sad cuz I miss you I remind myself how lucky I am to have someone so special to miss.”

Tuesday, June 14, 2011

Sunday, June 12, 2011

Love =.=


“You can shed tears that he is gone, or you can smile because he has lived.You can close your eyes and pray that he'll come back,or you can open your eyes and see all he's left.Your heart can be empty because you can't see him,or you can be full of the love you shared.You can turn your back on tomorrow and live yesterday, or you can be happy for tomorrow because of yesterday.You can remember her only that he is gone,or you can cherish his memory and let it live on.You can cry and close your mind, be empty and turn your back.Or you can do what he'd want:smile, open your eyes, love and go on.”

“One of the hardest things in life is watching the person you love, love someone else.”


“It takes a minute to have a crush on someone, an hour to like someone and a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone.

Sunday, June 5, 2011

Permata Insan- 9th && 10th Day

Assalamualaikum and salam sejahtera.
Okaih, di saat ini, program permata insan nie dah pun tamat and berjaya disempurnakan even ada cacat celanya.
Yerla, nak buat sesuatu event yg 100% sempurna bukan senang kan. Pasti ada masalahnyer hanya sama ada kecik ataupun besar.


Okeh, pada hari yang kesembilan, rutin harian kitorang seperti biasa. Hanya malam tu kitorang busy untuk buat persiapan utk majlis penutup. Adik2 plak berlatih untuk persembahan and musabaqah.



















































On the last day, sedih beb!!
Melelehhhh.....
Memang xdapat tahan. Tyme adik2 nyanyi lagu permata insan, aku dah tak boleh tahan.
Pahtu tyme dorang nak balik, ada plak adik2 datang jumpa aku dalam keadaan nanges2, lagi la sebak di dada xboleh tahan. Sedih sangat2.
Adiq Afiq, adik Maizatul, nanges depan aku,xtau nak pujuk caner. Sebab aku pon sedih giler tahap gaban ar tyme uh. Yerla, seminggu dengan dorang, dari tido sampailah nak tido balik pon ngan dorang, mana xnyer. After kemas2 barang and adik2 semua dah balik, aku pon cepat2 blah dari kk1, aku xboleh tahan dok situ lama2. Mengimbau kembali kenangan rase nak menitiskan air mata balik. sob3.






Nota kaki: Akak sayang korang!! Hope sangat dapat jumpa lagi ~______~

Friday, June 3, 2011

Permata Insan- 8th Day

Assalamualaikum and salam sejahtera. 
Key, diz day my entry will be the shortest and no gambar will be upload... hehehe
why?
Because i'm too exhausted now and very2 hungry!! huaarrgghh!! -juz wanna be incredible hulk now-
Furthermore, today the class is running like usual. The children have arithmetic class, kelas agama and sukan.
But, the special one for today is they have cooking academy class!! hehehe...
What do they cook? Not by the kids but by the teacher maa..
Spagethi. Yup, they cooked spagethi. -aku xsuke ngat spagethi-
Petang, they maen2 cam biasa and lepas penat maen, makan, then malam menghafaz alquran. That's all 4 today, thank you ^^,


Nota kaki: Jiha balik sok. sedihhh ~________~

Thursday, June 2, 2011

Permata Insan- 7th Day

Assalamualaikum and salam sejahtera ^^,
Aku bangun pagi rini dengan keadaan resah and tidur yg xlena malam tadi. Tidur disamping adikku jiha yang tak sehat. Hati diselubungi kebimbangan kerana risau kalau2 adik aku tak dapat menyertai lawatan ke planetarium hari nie. Kurasakan dahi dan badannya. Panas! Yup, masih panas seperti semalam tetapi suhunya rendah sidikit dari yang semalam. Aku ragu2, nak kejut atau tidak si Jiha nie. Kak Aminah masuk pada masa yang tepat. “Jiha dah ok belum?” “Belum lagi la kak, panas lagi. Caner ea?” Kak Aminah pon kejut Jiha and suruh si kecil itu mandi. Alhamdullah si pintar Jiha mempunyai semangat yg besar (cita2nya adalah menjadi angkasawan Negara ^^,)dan terus bangun untuk mandi dan menunaikan solat subuh.

Selepas sarapan pagi, ku beri Jiha makan ubat demam dengan harapan demamnya akan cepat sembuh. Kemudian, kami semua menanti bas dan adik2 kelihatan begitu exited sekali untuk pergi lawatan pada hari ini. Sangat bersemangat!!



 Dalam bas, semua tidur termasuklah kakak2 fasi sekali.Macam2 gaya ada. Hehehehe…..




Setibanya di planetarium, kanak2 kecil yg bijak pandai nie sangat bersemangat untuk masuk ke dalam. Tapi, kami terpaksa menunggu dalam setengah jam kerana kami tiba awal dan planetarium masih belum dibuka. Alhamdulillah, Jiha tak banyak ragam. Semangatnya kuat untuk menimba pengalaman dan ilmu di planetarium nie. Kami menghabiskan masa selama setengah hari di planetarium. Puas jugak la pusing2 kat cnie sambil menemankan adik2. Adik2 diberi kuiz berbentuk soalan untuk dijawab berdasarkan apa yg terdapat di dalam planetarium nie. Kami juga berkesempatan untuk menonton movie or tayangan la. Best! Aku yg dah boleh dikira dewasa nie pon still excited lagi. Hehe…










Sepulangnya di KK1, kami kene kemas untuk pindah bilik!! Huarghh!! Sian kat adik2. It’s ok, adik2 nie penyabar and even banyak bunyi, still buat apa yg kami suruh.  Tacing aku tgk adik2 nie. Lagi2 yg bertubuh kecil mengangkut bagasi besar. Aduh!! Kasihann.. bayangkan, kami kene pindah ke tingkat 3 dari tingkat 1, pastu kene pindah tingkat 2 plak. Tapi, dari tingkat 3 ke tingkat 2 aku pindah sendiri. Tak sanggup dah nak suruh adik2 nie angkat barang. Petang, kami main dengan adik2. Yela, kalau kat rumah aku tak berpeluang nak main camnie. Adik aku dah besar weyh, xley nak main manja2. (lau adik aku bacer nie mesti dier geli-hahaha)




Nota kaki:Ya Allah, lagi 3 hari jer aku dapat bersama ngan adik2. Hurm……Kak Nana sayang kamu semua ^^, (aku dapat nama baru)