Assalamaualikum & Selamat Hari Raya Aidiladha
buat semua umat Islam di seluruh dunia..... ^__^
Dikesempatan ini, juz nak sharing kaifiyat solat raya..
tadi aku meng"google" then terjumpa lah..
aku tau, mesti ada yg tertanya2kan,
"dak ni xtau solat raya ker?"
"xpenah gi semayang raya ker??"
jawapannya.....
"memang xtaw and ta penah pon.... ^__^"
aiseh, malu aku...
umur da 20 tapi ta taw solat raya...
mane taknyer, dok umah kene tolong mak masak,
almaklumlah, anak sulung pompuan,
lau bukan aku yg tolong mak, sapa lagi kan.. kan3~~
tahun nie??
ahha, tahun nie laen sikit..
Alhamdulillah, berpeluang nak solat raya (esok), InsyaAllah....
coz aku xbalik kampung..... ~__~
key2, baru la aku taw solat raya camnie..........
Cara-cara menunaikannya :
-Mu’azzin melaungkan lafaz “ الصلاة جامعة ” menandakan solat hendak didirikan secara berjamaah. Gantian kepada lafaz Iqomah kerana iqomah hanya untuk solat fardhu sahaja.
-Bilangan rakaat ialah Dua seperti solat sunat yang biasa, hanya ditambah takbir dan tasbih tertentu sebelum bacaan surah al-fatihan dan surah-surah lain ketika berdiri :
Rakaat pertama :
-7 kali takbir tidak termasuk takbiratul ihram (takbir permulaan solat).
-Berzikir / bertasbih di setiap kali selepas takbir (takbir 7 kali).
-Imam memulakan bacaan seperti solat jahriyyah selepas takbir tersebut.
Rakaat kedua :
-5 kali takbir tidak termasuk takbir bangun dari sujud.
-Berzikir / bertasbih di setiap kali selepas takbir (takbir 5 kali).
-Imam memulakan bacaan seperti solat jahriyyah selepas takbir tersebut.
Khutbah hari raya :
Khutbah didirikan selepas selesai solat sunat hari raya. Rukun-rukunya seperti rukun khutbah jumaat. Hanya ditambah lafaz takbir sebanyak 9 kali dipermulaan khutbah pertama dan 7 kali pada permulaan khutbah kedua. Hukum khutbah tersebut adalah sunat.
Galakan bertakbir di hari raya :
Jenis bertakbir pada hari raya :
-takbir mursal : galakan bertakbir di setiap tempat dan masa (bermula dari terbenam matahari hari terakhir Ramadhan hingga Imam berkhutbah di hari pertama hari raya).
-takbir muqayyad : takbir hanya selepas solat fardhu sahaja (bermula selepas selesai solat hari raya sehingga sebelum terbenam matahari hari keempat aidiladha).
Perkara sunat sebelum solat sunat hari raya :
-Berpuasa (tidak makan dan minum) pada pagi hari raya sehingga solat sunat hari raya.
-Membersihkan diri sebelum ke masjid.
-Memakai pakaian yang cantik dan bersih.
-Memakai wangi-wangian bagi lelaki .
Lastly, hope kiter samer2 dapat manfaat utk Aidiladha tahun nie...
amik pengajaran dan tauladan dari kisah pengorbanan
Nabi Ibrahim and Nabi Ismail...
Siti Hajar.....
Salam Aidiladha..... ^__^
p/s: Salam takziah buat kawan aku, Afiqah Sharudin yang baru jer kehilangan atoknyer rinie,, semoga rohnya dicucuri rahmat and tenang di sana.... al-fatihah.... (amiinn)