Thursday, December 30, 2010

Kuatlah Wahai Hati~

Jadilah orang yg kuat luar dan dalam~


Salam semua... ^____^

Lama sungguh aku xjenguk2 blog aku nih..
 since abes exam ritu kot...
yerla, tenet kat umah lembap tahap siput sedot kot...
tu yg berat tulang nak jengok2 tuh...
Btw, aku pon tengah kering otak nak gerak2 tgn nak menaip nih.....
korang pon bukan suker baca menda2 panjang lebaq nih..
ye dok??
angguk jer lah...
 hehehe.....

Tahniah aku ucapkan kepada yg suksess dalam exam yg lalu...
bg yang xpuas aty ngan result korang(termasuk daku)
berusahalah dengan lebih mantop tok sem depan yep..
gagal sekali xbermakna gagal dua 3 kali..
kan3...
so...............
KUATLAH WAHAI HATI!!!!!

Saturday, December 4, 2010

Semangat~

Luffy yg bersemangat!!!!!

Apa korang buat kalau kehilangan semangat??
Adakah semangat perlu dicari??
Atau ianya datang sendiri???
Atau memang lahir dari hati yg memang sentisa bersemangat macam Luffy??
huhuhuuhuhu.....
Kemah!!!!!
Bangun dan semangatkan diri kamu!!!!

oh no~~~~
aku tengah hilang semangat......
caner nie??
Sapa curik semangat aku??
cepat, pulangkan balik!!!!!

Paperpon, juz nak share cara nak pulihkan semangat... 
Baca dengan perasaan yakin pada Allah.....

ISTIGHFAR 3X,
SUBHANALLAH 33X,
ALHAMDULILLAH 33X,
ALLAHU AKBAR 33X
LALU DIAKHIRI DENGAN MEMBACA
LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHU LAASYARIIKALAH LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUAH YII WA YUMIITU WAHUA ‘ALLA KULLI SYAI ‘IN QADIIR

Amalan ni diajar oleh Rasulullah SAW kepada putri baginda siti Fatimaih. Bacakan la sebelum tido. Nescaya… SUKSES!!..
So, korang2 di luar sana,,
Sentiasalah bersemangat dalam apa jua perkara yg korang lakukan walaupun.....
dalam tanpa rela...
huhuhuhuhuh....
Lastly, doakan aku selamat untuk annual camp diz year~ ^__^

Saturday, November 27, 2010

Hati Sendu~~

Salam and selamat sejahtera semua... ^__^
Entry kali nie aku nak berjiwang2 ciket...
hehehehe...
Maklumlah, musim2 exam nie... 
otak cam senget siket ~__~ 
... ngehehehe....
Aku juz nak share 2 bijik video nie ngan korang...
video nie menyentuh hati aku yg selembut bayu nih..
 h0h0h0h0.....
jgn maen2, lagu nie mengingatkan aku pada ex-teett... 
hahaha...
paham2 sendiri sudah.. 
member2 sengal aku taw la sejarah lagu nie ngan aku.....
tengs to YANA, KAK UNA and HUSNA... 

lagu nie curik air mata aku..... ~__~

lagu nie yana suh aku tujukan buat ex-teett... sob sob.....

By the way, thank you very much to him...
Aku doakan yg terbaik untuk kamu..... ^__^


Posted on by Nakemah San | 4 comments

Friday, November 19, 2010

Harry Potter Part 1




Salam and selamat malam(lau baca entry ni tyme wak2 malam lar) to allz..... 
btw, kepada saper2 yg minat citer yang di atas nie HARRY POTTER,
cepat2 la tengok (kpd sapa yg lom tgk lg),
coz best sangat2!!!!!
hehehehe.....
aku gembire + happy + teruja + bersyukur = gembire sangat coz happy and teruja
bile dapat tgk citer nie..
huhuhuhu.....

tekun giler aku ngan member2 aku tgok citer nie.....
sampaikan satu part, aku pon.....
Arrrrrggghhhh!!!!!!!!!!!

Naper aku shout ea?? hahaha,,,,,,
coz ada satu babak nie,

harry kene serang secara mengejut!!!!!
Pergh, aku ni tgk citer dah la emo... mana tak terjerit aku......
tapi masalahnya,
aku sorang jer lam panggung tu yg menjerit... hahahaha.....
buat malu ja.. member2 aku pon bengong,
tyme tu jugak la tak nak mengaku kawan.. hahaha.. tah pape tah....
yela, mesti ar dorang pon malu kan,, hehehe
(korang pon mesti xsanggup nak tgk wayang ngan aku kan).....

then, ader plak babak mengalirkan air mata....
ades,,,,,
aku nie dah la cepat tacing....
dengan tak semene-mena dan tanpa dipinta,
air mata aku pon merembes...
coz dobby(nama elf) mati... sob sob.....

ni la dobby.... comel x dier?? dier sgt baek taw,,, bnyak tolong harry and da geng~

So, aku memang puas la dapat tgk harry potter...
tapi nie baru part 1.
kene tunggu part 2 next year plak...
hehehe....
aku nie, xsedar diri tol.....
next week dah exam tapi ley pulak kuar tgk wayang...
wawawawa.....
lau exam sal harry potter masuk,
confirm aku dapat A+++
hahahaha....
ok lar, selamat menonton..... ^__^
and,
GOOD LUCK IN UR EXAM
pada sapa2 yg baru nak exam and tak habis exam lagi.....
sayonara..... =p



Tuesday, November 16, 2010

Aidiladha... =)




Assalamaualikum & Selamat Hari Raya Aidiladha 
buat semua umat Islam di seluruh dunia..... ^__^

Dikesempatan ini, juz nak sharing kaifiyat solat raya..
tadi aku meng"google" then terjumpa lah..
aku tau, mesti ada yg tertanya2kan,
"dak ni xtau solat raya ker?"
"xpenah gi semayang raya ker??"

jawapannya.....
"memang xtaw and ta penah pon.... ^__^"
aiseh, malu aku...
umur da 20 tapi ta taw solat raya...
mane taknyer, dok umah kene tolong mak masak,
almaklumlah, anak sulung pompuan,
lau bukan aku yg tolong mak, sapa lagi kan.. kan3~~

tahun nie??
ahha, tahun nie laen sikit.. 
Alhamdulillah, berpeluang nak solat raya (esok), InsyaAllah....
coz aku xbalik kampung..... ~__~
key2, baru la aku taw solat raya camnie..........

Cara-cara menunaikannya :


-Mu’azzin melaungkan lafaz “ الصلاة جامعة ” menandakan solat hendak didirikan secara berjamaah. Gantian kepada lafaz Iqomah kerana iqomah hanya untuk solat fardhu sahaja.
-Bilangan rakaat ialah Dua seperti solat sunat yang biasa, hanya ditambah takbir dan tasbih tertentu sebelum bacaan surah al-fatihan dan surah-surah lain ketika berdiri :
Rakaat pertama :
-7 kali takbir tidak termasuk takbiratul ihram (takbir permulaan solat).
-Berzikir / bertasbih di setiap kali selepas takbir (takbir 7 kali).
-Imam memulakan bacaan seperti solat jahriyyah selepas takbir tersebut.

Rakaat kedua :
-5 kali takbir tidak termasuk takbir bangun dari sujud.
-Berzikir / bertasbih di setiap kali selepas takbir (takbir 5 kali).
-Imam memulakan bacaan seperti solat jahriyyah selepas takbir tersebut.

Khutbah hari raya :
Khutbah didirikan selepas selesai solat sunat hari raya. Rukun-rukunya seperti rukun khutbah jumaat. Hanya ditambah lafaz takbir sebanyak 9 kali dipermulaan khutbah pertama dan 7 kali pada permulaan khutbah kedua. Hukum khutbah tersebut adalah sunat.


Galakan bertakbir di hari raya :
Jenis bertakbir pada hari raya :
-takbir mursal : galakan bertakbir di setiap tempat dan masa (bermula dari terbenam matahari hari terakhir Ramadhan hingga Imam berkhutbah di hari pertama hari raya).
-takbir muqayyad : takbir hanya selepas solat fardhu sahaja (bermula selepas selesai solat hari raya sehingga sebelum terbenam matahari hari keempat aidiladha).

Perkara sunat sebelum solat sunat hari raya :
-Berpuasa (tidak makan dan minum) pada pagi hari raya sehingga solat sunat hari raya.
-Membersihkan diri sebelum ke masjid.
-Memakai pakaian yang cantik dan bersih.
-Memakai wangi-wangian bagi lelaki .

Lastly, hope kiter samer2 dapat manfaat utk Aidiladha tahun nie...
amik pengajaran dan tauladan dari kisah pengorbanan
Nabi Ibrahim and Nabi Ismail...
Siti Hajar.....
Salam Aidiladha..... ^__^

p/s: Salam takziah buat kawan aku, Afiqah Sharudin yang baru jer kehilangan atoknyer rinie,, semoga rohnya dicucuri rahmat and tenang di sana.... al-fatihah.... (amiinn)

Sunday, November 14, 2010

Family + Kawan







Salam kamu2 semua..... ^__^
hope korang bahagia sentiasa bersama family and kawan2 korang.....
tapi kan,
antara family ngan kawan..
mana lagi penting??

certain orang, xda kawan pon xpa,
ada family pon dah cukop.
tapi,
ada pulak yang xda family pon xpa..
tapi xley idop law xda kawan.....

aku??
lau aku of coz la dua2 penting..
tanpa parents, xda la kita...
tanpa siblings, sunyi la umah kiter kan..
tanpa gelak tawa, tanpa sendu tangis, bosan la plak kan....
and.....
kawan pon penting gak.
amat bosan jerk idop xda kawan...
kadang2, ada certain masalah yg boley citer kat member jer,
tapi xseswai tok dicerita kat parents..

btw, appreciate la family korang
and berbakti la kat parents
coz kita ada satu mak and satu jer ayah lam dunia nie...
sayangilah kawan korang cam korang
syang kat diri sendiri..
Rasulullah pon penah bersabda...
"xsempurna iman seseorang
selagi kamu tidak menyayangi sahabat kamu
sepertimana kamu meyayangi diri kamu sendiri"
[lau salah betolkan ea-arigatou]

To my family, I love u all sooo much!!
to all my frens, thanx 4being my super great frend~~ ^__^


Tuesday, November 9, 2010

xdapat =(


apa perasaan korang bila xdapat apa yang korang nak??
sedih, kecewa, geram,tension, bengang........
semua la yg -ve..
walau aper pon, kita xboleh nak paksa keadaan untuk memenuhi
semua permintaan kiter..
tol x??

"kita merancang, Allah jua merancang, tapi perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan..."
kalau aku fikir2kan balik, betol la statement nie...
xsemua yg kita nak adalah terbaek utk kiter..
kadang2 yg kite nak tu lah,
akan bawak keburukan pada kiter..

korang mesti tertanya2kan,
nape la aku membebel pasal xdapat2 nie..
actually, ada something yg aku nak,
tapi xdapat.. =(
hahaha,,,

aperpon, aku kene faham situasi aku..
aku xbertuah seperti kawan2 aku yg laen...
setiap manusia ada qada' & qadar masing2~
tol x??

btw, bersyukurlah dengan apa yg kiter ada sekarang..
lgpon, bukannyer bawak mati.
tah esok tah lusa, ajal menjemput,
bukan kite tau kan...
kan..kan..kan... =)

so, korang2, sila appreciate apa yg korang ada...
tata.. titi.. tutu... =)

Friday, November 5, 2010

Putus Asa~


salam...
entry kali nie aku juz nak share perasaan aku....
xtaw naper, selalu sgt rasa putus asa..
entah kenapa, putus ase bukan apa,,,
putus ase nak jadik budak baek....
ada ker putus ase camnie??
entahlah..............

aku nie budak jahat ker??
xlah, bukanlah jaat ngat sampai merompak ker, menculik ker.. xlah...
tapi....
tulah, nak jadik solehah lar maksud aku...

aku putus ase biler......
hehehe....
mesti korang nak taw naper kan...
xpa la...
tetibe ase cam yg nie xyah share lak~
ngeee.....

aperpon, juz nak ingatkan diri sendiri yg sifat putus ase tu xelok taw..
jom kita same2 sentiasa perbaiki diri sendiri...
manusia memang xlari dr buat khilaf..
so, same2 lah kita doa,
semoga Allah sentiasa lindungi kita..
amiinn...

Thursday, October 28, 2010

Duhai Wanita~


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

p/s: fwd from tmn2 syurga...........bgus tuk peringatan kita....kaum hawa....sila ambil perhatian.....share la dgn yg lain..mayb ada yg pernah bc...tp bc skali lg tuk peringatan kita....